Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Wednesday, 23 October 2013

School World

23 October 2013_RABU

Assalamualaikum~~~

Well today aku bangun awal sebab aku teringat aku belum membaca untuk exam hari ni. Then bla3. Aku bersiap and go to school. Today Azlin sekolah.

Sampai sekolah baris la macam biasa. Then ada budak P.K ni cakap

Budak PK : Semekom Sabtu

Huahuahuahua. Lawakk padan muhaa. Cikgu Sabtu ba kena cakap camatu. Wakakaka.

Okei so bla3. Then masuk kelas. Bla3 again.

Paper Sejarah 3 start. Agak susah. Luckily open book. Tapi tu pun masih main hentam lagi. Habis exam Yap and Q pi kantin. Aku and Amira makan dekat kelas. Gitu gini kitaurang mula la buka cer.

Amira : Tadi ba, patut aku rujuk soalan kan. Tapi itu pula yang aku salin

Aku : Hahh ? ! Nda paham. Okai. Ko dengar cerita ku pula. Ko paham ni. Tadi kan aku tingu soalan, Then sikit lagi aku mo salah tulis

Amira : Nda paham. Sini aku kasi paham ko cer aku

Oke serius. Dia fikir aku mo paham ka ? Haha. Mandangkan dia cakap tanpa henti aku biaq je lahh......

Then kitaurang go to toilet. Agak kekok ditambah lagi dengan kes aku nyampah dengan dia hari tu. Haha. Sorry frenzzz :D

Kemudian naik and bla3. Paper Sejarah 2 start

Yap : Wawwww senangggg

Aku tengok ja dia. Dan aku rasa nak lempang. Sebab bila dia kata gitu, maksudnya soalan dia susah braderr. Bila aku tengok ja soalan, memang dalam otak aku ready set "Makkk~~ I wanna sleep ! SERIOUS !" Tapi bila aku teringat muka singa cikgu Sejarah, aku terus berusaha jawab mana ja yang mampu sampai lah aku tergamak meniru kertas banyak2 hahaha. Mula2 aku cek notes aku yang aku sengaja letak dalam box pencil. Selak punya selak. Belek punya belek. TAKDA beb ! Yup. Satu pun tiada. Aku masa tu rasa macam mo sumpah diri sendiri ja. Napa la aku malas sangat mo salin satu buku tu ? Last2 aku habiskan masa dengan pandang di luar

Then Chucky pergi toilet. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nda lama kemudian, aku nampak dia dibawah. Aku minta jawapan dengan dia. Nda sangka aku dia bagi jawapan betul2. Dan bagusnya jawapan dia tu memang real. Masa tu aku rasa bersyukur kawan dengan dia hahahaha. Lawak beb. Apa2 pun. Tengkiuh brothaa.

Then kat belakang pula. Line M4 la tu. Kami mula baling2 paper. Paper jawapan. Tapi nda banyak la sayang yang kami tiru. Tapi ada la kot orang tak puas hati. Tapi memang salah kitaorang. Sapa2 pun akan marah derr kalau hang meniru. Sorry la brader. Tahap kau tak macam aku. Sapa suruh kau tak sanggup buka paper tu huahuahua.

Then balik. Aku memang stress beb. Tapi tak pa. Nasib last exam hari ni. Dan esuk sentuhan nurani. Baru ja aku plan tak  mo sekolah. Boelh2 pula esuk sentuhan nurani. Plan change. Aku rasa nak cuti jumaat je laa. Okeu gotta go. Baii babyyy nanti saya update yang lain tu

Wednesday, 11 September 2013

Biar tangan "BICARA"

Assalammualaikum~

Hello there. Lama juga saya tiada update blog pasal school world oh kann. Sorry sangat2. Bukan apa. BB mati. Lepas tu saya tiada masa la mo update lama2 ni. Kemudian masalah line yang terlalu lidut macam siput babi. But, don't worry. Nanti2 saya update la ituu. Tunggu nanti2 la huahuahua. Okei2. Actually, saya ada beberapa cerita yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca yang comel loteh semua. Kuikuikui.

#Cerita 1
Hari tu kan, masa pesta rumbia tu. 8 September 2013_Ahad. Saya jumpa LTG. Dia datang pergi kedai kitaurang. Masa aku ambil order, dia tiada. Masa aku hantar order dia ada. Tapi Girlfriend dia entah mana. Bila nampak aku, dia macam mo lari ni. Dia berdiri then macam mo lari kan diri la. Kawan dia bawa makan pun dia bagi alasan kenyang. Nampak panik la. Oke sampah menyampah aku dengan dia ! Bila benda ni berlaku, aku tertanya-tanya (Siapa sebenarnya yang takut ni ? Aku ka dia ?) Setelah ku amati perkara ini, rupanya dia lagi gelabah dari aku. Ayat dia "Aku ni pemalu" memang terbukti. Okei takpa. Aku tak kisah lohh pasal engko walau sebenarnya hati kecil aku setiap masa mau mengikuti perkembangan engko walau di mana seja. Euww~ Disgusting ! Yak yak tuii ! ! !

#Cerita 2

Aku mo marah ni sebenarnya. Sebab ? Sebab ada alien yang bongo lagi bangang nda pandai faham dengan perkataan "JANGAN KACAU". Saya fikir mereka yang duduk di kelas hujung masih lagi boleh dikategorikan sebagai "MASIH BOLEH MEMAHAMI". Tapi, saya salah ! Diaorang memang nda kan faham laa. Saya bukan mengata. Bukan pandang rendah. Jauh sekali hendak bermegah. Saya minta maaf pada yang terasa. Gini ceritanya. Ada la sorang manusia ni. Hari tu masa exam dia panggil2 aku. Tapi aku nda layan sebab busy jawab soalan. Tiba2 malam tu Amira text. Dia cakap manusia tu minta number aku. Serius aku fikir adalah benda penting yang dia mo cakap. Jadi aku bagi lah keizinan untuk Amira bagi number aku tempat manusia tu. Rupanya tiada apa2 pun. Tapi aku oke ja. Tapi hari2 dia text aku. Tiap masa, tiap jam. Serius sampai rasa mo muntah bila nampak nama dia ! Sampai akhirnya aku buat keputusan untuk tak layan semua sms dia. Biar padan dengan muka huahuahua. Tapi pelik nya dia ni masih lagi text2 aku walaupun  aku nda balas. Then aku fikir (Memang dia nda paham ka ? Kalau aku nda balas ertinya aku mo dia stop texting aku la ! Yang dia BODOH pergi sms2 lagi apdehal ? Ngokk !) Sampai satu tahap aku rasa macam mo gila akhirnya aku minta tolong cousin aku menyamar jadi BF aku. Siap bagi amaran balik2 "JANGAN KACAU GF AKU" Dia reply "k larr". Tapi baru2 ni dia text lagi aku. Aku rasa macam (Ko ni bodoh tahap apa arr ?). Sakit hati oii~ Lagi sakit bila dia bagitau kawan dia yang dia konon nya ada GF di kelas kami ? Eh BODOH la luu~~ Bila plan samar menyamar pun nda jadi, aku try promote dia dikolony. Tapi tiada sorang pun yang mo kpopp aku sebab berminat dengan promotion aku. Sakitnya hati oii. Benda ni bukan aku sorang ja alami, tapi Amira pun alami okeii. kami 2 la mangsa dia. Sekarang ni nda tau plan apa lagi. Harap la dia nda text lagi. Tolong laa !

#Cerita 3

Start semalam cousin saya jawab UPSR. Good luck ! Sadang2 ta kan bermian saja !

#Cerita 4
Kedai kami start sudah buka. Datang beramai2 okei haha. Sejak berkedai ni adalah beberapa cerita yang buat panas. Semalam abang aku marah gila dengan satu customer ni. Kan dorang minum. Terus customer tu minta kira makanan dia. Abang aku kira la. Salah kira lagi. Terus tu customer cakap

Customer : Hehh kau ani wangg~Lain kali kira ta banar2. Atu taa~ lain kali belajar tinggi2

Abang : Tembirang jua kitani

Uiii naa. Aku pun sakit hati bila suda sedemikian kurapak pak cik atu arr

Okei ituu saja laaa. School world nanti saya bikin okeii

Friday, 23 August 2013

RAYA~! :D

Assalamualaikum~

Haihai~ Selamat hari raya saya ucapkan buat saudara saudari pembaca sekalian. Sambutlah hari kemenangan ini dengan bersederhana. Amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan belum tentu di terima. Jadi jangan lah melebih2 pula di bulan syawal ni. Siapa2 yang bulan puasa tu pun nda pandai taubat tapi time raya dia berhabis, bayangkanlah orang yang kalah dalam peperangan tapi meraikan kekalahan itu dengan bangganya ? Kalau aku lah. Malu nya Ya Allah. Tiada yang mahu dibanggakan. Muhasabah diri ! Huahuahuahua.

Okei2 saya percaya anda2 para pembaca pun nda hingin di leteri. Tak pa. Itu bukan leter. Itu sekadar bicara dan nasihat. Oke la. So, saya cuma mahu cerita sikit pasal raya tahun ni.

Raya tahun ni memang nampak LAME sikit la bagi aku. Tapi ramadhan meriah. Itu bagi aku. Tahun ni pun abang aku si Haziq nda pulang. Dia bertugas sebagai bomba di serdang, selangor. In sha Allah bulan disember dia pulang. Bahagia~ Haha. Malam takbir tu my dad ada call dia. Tapi durang nda mo cakap banyak sebab takut abang saya nangis. Cengeng nya ! Haha. Ya. Sebenarnya kami MANJA dengan parents. Even luaran kami nampak seja tough, tapi sebenarnya semua pun bebudak hingusan ! Huahuahua. Lepas tu big bro suruh aku text dia. Aku text la kunun. Ada la dia pesan "Abang ada kirim 200 tu. Angpau kamu. Bagi2 la. Bagitau mama arr." Dapat text ni memang aku bahagia. 200 ko bahagi 5 dapat 40 ringgit kan sorang ? Tapi, tiba2 text dia berbunyi seperti ini "Bagi2 lah 10 ringgit sorang. Beli barang sekolah kamu arr." Dan muka aku masa tu. -_-"~. Hancur harapan ! Oh ya ! Tema baju tahun ni HIJAU !

Oh ya ! Tahun ni my granny also beraya dekat Putatan, KK. So, sunyi la juga di rumah tu. Tiada my cousins pulang. Dan buat pertama kalinya juga kami langsung tidak menyediakan apa2. Serius ! Ketupat ? Rendang ? Tiada tu semua di rumah. Aku sendiri pun nda tau cemana boleh lupa benda2 tu semua. Yang aku tahu, baju raya. Tu ja haha. Memang rasanya tahun ni aku lalui hari2 aku tanpa sebarang plan. Maksud, apa benda yang mo jadi, jadi lah. Cuti pun sebenarnya aku nda tau. Yang aku tahu, bila cikgu cakap cuti, aku cuti. Tapi mandangkan kawan2 aku semua sibuk tanya bila cuti (macam lah nda boleh tengok cuti tu dalam kalendar sendiri kan ? Mo juga tanya2. Buat panas betul ! Haha.) Aku pun TERpaksa lah tengok bila cuti.

Raya pertama. Macam aku sudah cakap tadi, tiada makanan ! Yang ada diatas meja hanyalah lemang yang granny bagi dan sigup my daddy. Ada lah juga kuih2 raya. Tapi, itu pun kau boleh kira guna jari. Serius ! Tapi, tiba2 my mom dapat light bulb ! Kitaurang masak NASI LEMAK ! Yup ! Tak pa la. Unik dan special lah pagi raya kami tanpa kuah kacang segala rendang haha. Lepas sembahyang, sarapan segala kami pun bertolak ke kubur. Aku stay dalam kereta ja. My mom and bebudak jantan masuk kawasan perkuburan tu. Ramai juga lah aku nampak disitu. Ada si Cak dengan adik dia. Budak2 kompang. Bahagian palu2. Ketua kampung aka datuk aku pun ada situ dengan anak2nya. Azlin and her family lepas dari kubur terus pergi Weston. Kampung durang.

Dalam kereta. Masa di kuburan

Then kami beraya di rumah saya, rumah my uncle ustaz Rashid and lastly kami pergi rumah my aunt. Aunty Rozieah. Dan kami terus stay sana, tidur sana sampai lah malam. Itu ja kami buat time raya pertama. Malamnya kunun kami mo beraya. Tapi aunt zieah cakap "lambat suda". Jadinya kami pun malas la jalan. Masing2 suda merajuk and marah2. Sebab raya pertama kami habiskan dengan tidur dan makan sendiri2 ja di rumah my aunt. Aku yang sudah siap bertudung ni pun terus buka baju balik. Transform into a sexy lady. No more baju kurung. Huahuahua.

With cuzzy Izzah at home sweet home

Lovely and sweet cuzzy. Ikram and Izzah

Makan sakan tempat uncle Rashid

Bergambar sat dirumah uncle Rashid. Ambil kenangan sambil menjealouskan my aunt Zana yang nda balik tahun ni

Hijau ! Lama mo ambil gambar ni okei. 8 ja. Nda cukup sorang !
Comel2 adik2 aku ni. Zulfahmi munif dengan Ikram naim

Adik beradik Shin Chan nii. Himawari dengan shin chan. Haha. Aiman dengan Izzah


Raya kedua. Raya kedua paginya tu kami sudah pergi rumah aunt Zieah. Tapi petangnya barulah kami jalan pergi beraya. Itu pun lambat. Sebab ada orang datang berayakan. Saudara durang Azlin. Padahnya my aunt, mama Azlin nda dapat pergi beraya sebab menunggu kedatangan saudara husband dia tu. Kami pula puas beraya sampai lah malam.

Hujan. Ni style sebelum pergi tempat my aunt Zieah
Dah tukar style la pulakk !

Penat beraya. It's shooting time~ With jo Ajid

I am KIDDO AJ !

With cuzzy Azlin.

Belakang rumah aunt Zieah. Larikan diri dari tetamu (Saudara Azlin). Huahuahua


Raya ketiga. Pepagi lagi kami sudah pergi kedai Wonderful gara2 mencari tudung yang sesuai untuk baju aku tu. Dan sungguh nda sangka aku jumpa tudung yang exactly the same colour dia dengan warna baju aku tu. Lepas shopping kejap, kami pun bertolak pergi rumah my aunt. Di situ pula, macam juga kemarin. Pagi tu kami tiada buat apa2. Cuma layan tetamu yang datang dan basuh2 semua alat2 makan. Kemudian tidur. Pastu petangnya barulah kami jalan. Sampailah malam. Durang daddy, big bro, Ajid and Syamir beraya di Tambunan tempat pa long. Putatan tempat abah. And Keningau tempat aki. And my aunt Nahamsiah sudah pulang KK hari ni.

Muka baru bangun tidur

Dah puas beraya. Shooting again with cuzzy Nadiah

With my lovely hubby Ikram Naim~!

Kid is just a kid. Never grow up


Raya keempat. Hari ni aku nda pergi mana2 pun. Malas. My mom dengan durang2 Azlin and my aunt Zieah ja pergi beraya. Beraya dua hari cukup memenatkan bagi aku. Malamnya kami cuma beraya dalam bilik aku ja. Haha. Kami tengok wayang. Lepas tu Ajid suruh pula ambil air sejuk dengan kuih2 raya. Lepas tu aku pula tukang tuangkan minuman untuk durang (Selaku tuan bilik la konon nya). Suasananya macam beraya la. Then kami cakap2 la. Konon durang beraya dalam bilik aku. Lepas tu kejap lagi aku beraya dalam bilik durang. Then bilik mom, dapur and tandas. Ngokk kan. Apadehal durang mo beraya sampai dalam tandas. Lawak juga la. Ketawa2 ja kami berabis.

Raya kelima. Hari ni kami pergi beaufort. Rasanya start hari ni hari raya sudah baibai kot untuk kami. Tiada apa2. Cuma beli barang2 untuk persiapan buka kedai. Kami buka kedai di anjung sana. Yang dekat pasar tu. Orang2 Kuala Penyu ramai2 la datang situ arr. Huahuahua. Kedai kami paling hujung.

Urus tudung sebenarnya nii

Abaikan tangan. Yang ada hanya aku.

Ajid yang POYO. Trust me !

Nak bergambaq. Tapi silau

Comel dakk aku ? Tengkiuhh. Jerawat dan mole itu merosakkan penampilan gua. In sha Allah akan ku hapus !

Dari kiri. Syamir, aku and Ajid

Adik beradik gila shooting !

He is just trying to act cool


Testing actually. Terang ya jerawat itu

Dari kiri, Syamir, Ajid and lovely mom
Raya tahun ni aku kurang dapat angpau aka duit raya. Dan semakin lama memang confirm nda kan dapat. Aunt Zieah bagi 5 ringgit, pa long bagi 10 ringgit, Hadi bagi 10 ringgit. Ok la. Walaupun aku nda jalan jauh2 dan beratus2 rumah, aku sudah boleh dapat 25 ringgit. Cukup la tu. KONON ! Huahuahua. Cousin2 aku, yang bebudak tu sampai lah juga seratus lebih duit durang. Ada la ni yang aku mo pauu huahuahua !

So I guest, itu saja lah cerita untuk raya tahun ni.

Saturday, 17 August 2013

School world 27

24 JULY-02 AUGUST 2013_RABU-JUMAAT

ASSALAMUALAIKUM~

#24 JULY 2013 _RABU
Hari ni bangun2 ja jam suda 4.20 lebih. Dekat jam 4.30. Mo imsak sudah ! My mom terlajak modop. Aku lagi la. Nda payah cakapla sayang oii. Ada earthquake pun aku nda sedar kali dek kerana nyenyaknya modop haha. Lepas sahur tu aku nda tidur lagi. Sebab semalam jam 9 lebih aku sudah modop. Jadi pagi ni mesti bangun dan baca buku untuk exam karang ! Jadinya aku bersiap2 dulu, baru membaca dan jam 6 lebih go to school. Azlin masih ikut nenek murni. Adul and Shukran motor lagi. Aku. Daddy hantar. Sebelum pergi sekolah tu, daddy buang sampah. Gua nampak kereta Q lalu.

Sampai sekolah, Q sudah terpacak depan lobi. Mungkin tunggu aku. Atau................... Morgana pendragon ? haha. Mula2 Q bawa naik pergi kelas. Gua nda mo. Sebab kejap lagi mesti loceng gila tu bunyi. Jadinya kami tunggu ja dibawah. Dan seperti yang sudah ku tau. Masa kami otw pergi tangga dekat bilik pafa. Yang berdekatan dengan dataran, loceng gila tu pun bunyi. Oke buat payah kaki melangkah ja. Baris.

Masuk kelas. Otw masuk kelas tu gua kacau tabir bebudak 3A. Ngam pula adik si Amira tu lalu. Then dia tegur

Amirul : Mengacau lagi

Aku senyum ja. I am so glad tu budak akhirnya bicara juga dengan aku. Sebab dia ni pendiam~ Pendiam la sangat bilang si Amira. Kemudian, exam berlangsung. Masa tengah menjawab tu, tiba2 pula si Jawl ni minta buku dengan cikgu Miza. Mental breakdown suda kan. Nda tau mo jawab apa. Durang dua urang gitu gini then tiba2 ada satu paper terkeluar dari buku tu. Buku tu buku si Nadia. Cikgu baca gini

Cikgu : Nadia natasha *****

Diam tiba2. Curious la kami ! Napa cikgu diam ? Terus durang bising la. Si nadia pun bising. Then cikgu kasi tunjuk tu paper tempat si Nadia. Ntah apa ke benda bertulis dalam tu. Lepas ja baca benda tu dengan penuh emosi dia lari2 dengan tangan pusing2 kelam kabut ambil pas then terus keluar. Kami ternganga. Q ketawa berabis tingu kelakuan budak tu.

Then lalui hari macam biasa. Well you know~ Kehidupan budak sekolah. Dan pulang

#25 JULY 2013 _KHAMIS
Siap and go to school. Lalui2 hari2 biasa. Tapi ada ja yang luar biasa sikit. Yap Chew Lena buat panas. Perempuan cina terakhir tu. Perempuan yang bertopengkan kebaikkan tu cari pasal dengan aku. Kami pergi toilet, then dia dengan overreact dia tu pergi tegur durang second family. Itu oke lagi. Yang aku marah ni, dia pergi peluk2 tu apdehal ? ! Kan kitaurang KONONnya family. Kalau Sulina peluk, aku ? Mesti la biasanya kami buat benda yang sama kan. Masa tu otak aku jammed. Apa yang aku boleh fikir cuma lah "Oh no ! How should I react ? ?" Takkan aku mo buat macam yang Sulina buat ? Sudah lah aku lama sudah nda buat gitu. Kekok la. In the end gua cuma diam and say "MAMA". Itu pun sebab dia tegur aku "ANAK".

Nda lama kemudian, Umi pula masuk. Tersepit lagi aku. Sunyi oke. Aku nda tau mo cakap apa. Then aku ni "PINTAR" la sangat pergi pecahkan kesunyian dengan cakap "BUTOT".Wow ! Then what I got ? Satu pelukan dari umi. Dan umi reply dengan "BUTOT UMI". Aku rasa, aku cuma burukkan keadaan. Sudahlah ada second family situ. Haishhh~ Then aku masuk tandas

Keluar dari tandas, semua orang dalam tandas tu aku tegur. Even Sania nda terkecuali okei. Tapi, untuk menegur second family punya member yang ke 4, aku tiada idea. Lidah aku kelu. Aku perasan dia perhatikan aku. Tapi aku nda tengok dia pun. Maybe dia mengharapkan aku untuk tegur dia.Tapi, aku nda tau kenapa mulut aku nda dapat bercakap bila dengan durang. So sorry~ :(

#26 JULY 2013 _JUMAAT
Akhirnya ! Aku tau juga apa ke benda yang bertulis dalam paper Nadia tu. Ala~ Yang si Nadia lari pecut meninggalkan kami tu. All thanks to Jawl sebab sudi bagitau. Weh, M4 ! Ingat senang ka mo pujuk si Jawl tu ? Kena cakap aku sayang dia sangat2 dulu baru dia bagitau. Itu pun lambat ! Sampai aku hampir putus asa ! Tapi, apa2 pun bagus la. Sebab, nda payah lah aku mo teringat2 benda tu masa belajar and jawab exam.

#29 JULY 2013 _ISNIN
Hari ni awal sikit datang sekolah. Sampai sekolah ja, jumpa Ira. Perempuan loyar tu. Hurgh~ Malas aku ! Haha. Sampai kelas pula, beriuh lagi dengan ayam. Amira la. Sapa lagi. Then loceng bunyi. Amira suggest mo escape, tapi belum sempat pun keputusan akhir kami buat, Si Abdul Hardy Hilman Abdul Halim tu sudah awal kunci pintu kelas. Depan belakang lagi dia kunci. Well, thank you so much Hardy !

So ? Camana kami mo keluar ? Sudahlah hari tu hari isnin. Mo panjat, pakai skirt pula. Dalam tu lagi ada Cak. But, luckily dia tidur. Mo nda mo, kami panjat sajala~ Sampai bawah, kami lambai2 Hardy. Sambil dalam hati (jangan pandang rendah dengan M4 ! Konon~! Haha) Hardy senyum ja tengok kami.

Otw masuk kelas, Umi tanya aku sudah cek ka belum PLKN tu. Aku cakap la belum. Sebab aku on9 guna hp. Tapi, ada sudah wakil aku yang tolong cek. Amira again. Aku nda dapat PLKN tu. Yang dapat Yap, Om dengan Ady. Itu ja kami tau. Pastu, Hardy tiba2 cakap

Hardy (Senyum2) : Aku nda payah cek ba. Aku tanya saja si Najib.

Aku  (Serius) : Hahh ? Menipu ! Biar banar ? !

Hardy (Senyum2) : Awu ! Ea yang tick mana nama yang ea suka. Aku lagi tolong ea kemarin mentick

Aku (Serius) : Ahh ! Menipu ! Haha. Apa kuasanya sampai dapat mentick ?

Hardy masa tu muka blur+senyum2. Mungkin dia bingung sebab dia tengok muka aku masa tu memang muka orang yang percaya 100% dengan apa yang dia cakap dan mesti dia fikir aku bodoh sangat masa tu. Aku masa tu muka blank+serius+unbelieveable. Then masuk kelas, Exam. Aku fikir2 balik apa yang Hardy cakap tadi. Then dengan bodohnya aku perasan yang rupanya aku sudah salah faham. Rupanya Hardy cakap pasal Najib Tun Razak. Yang aku pula fikir Najib budak form 6 tu. Ala~ Budak baru disekolah kami yang si Along gilakan sangat tuuu. Haha. Masa tu aku rasa mo pengsan ja sebab menahan ketawa sorang2. Ya la~ Kan exam, karang aku tiba2 ketawa sorang2, mesti durang cakap mental breakdown sebab nda dapat jawab soalan. Paksa lah aku ketawa berabis sorang diri dalam hati.

Then masa kami jawab exam tu, cikgu Hamizah tiba2 cakap

Cikgu : Ahh~ Lupa. Hardy kirimsalam sama kamu semua. Dia mo pindah. Haha

Then kami berabis ketawa. Pindah apa ke bendanya kalau dia masih ada sini. Bukan setakat batang hidung dia ja ada sini. Segala badan dia pun ada sini. Pindah apa barangg~ Oke joke yang sangat lawak pagi2 tu.

Then rehat. Aku mo pergi tandas. Tiba2 aku nampak budak2 menengah rendah ni baru masuk kelas. Then aku tanya budak2 tu

Aku : Kamu baru keluar dari surau ka ?

Budak2 : Ha'ah

Aku : Banar2 ba. Baru seja ? Dari tadi kamu di surau ?

Budak2 : Ha'ah. Ya !

Terus aku berundur. Ya la~ Takut aku jumpa dengan si ANIB. Gila hapo kohh ! Aku balik pergi kelas. Lepas aku rasa line memang clear, aku terus jalan pergi tandas. Lepas dari tandas, Sudah kebiasaan aku untuk lalu di kawasan bilik cikgu Irewan. Jalan2, then stop kejap depan pintu hose reel tu. Urus tudung. Tak semana2 tiba2 mata ku terpandang kelibat Anib. Mulut ku terus mengukir senyuman. Senyuman panjang sampai lah aku masuk kelas. Then ayam penyibuk tu. Si Amira tanya aku. Kenapa aku senyum2 ? Tapi gua act besa ja. Then kami sempat chit chat. Ntah macam mana boleh pula cerita pasal si Om termasuk.

Amira : Si Om ba, ada ka dia tanya aku apa yang keluar science. Dia fikir aku tau ? Bungu. Haha

Aku : Hahh ? Ohh~ Ommm~ Aku fikir si Yap. Haha

Then kami ketawa2. Haihh~ Salah faham lagi aku. Mungkin sebab si Anib la tu aku jadi gitu. Kemudian, exam. Cikgu Syafiqa yang jaga. Cikgu ni memang suka melekat tempat kami. Buat aku rimas mo jawab soalan. Tapi nasib la dia nda jaga kami masa paper dia, kalau nda habis lah parah ! Tapi, aku suka juga la kalau dia melekat tempat aku, sebab cikgu tu harum. Haha~

Pastu paper lain lagi. Ustaz Malek yang jaga. Kami ulangkaji kejap. Then habis suda limit untuk kami ulang kaji. Tapi, si Yap and the rest masih lagi ulangkaji. Then ustaz pun cakap

Ustaz : Ba suda. Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sekelas : Haha.

Then, macam satu trend pula untuk kami. Kami mesti ikut apa ja style ustaz. Bukan apa. Lucu !

Sekelas : Bahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Aku : Bahhhhhhhhhhh~ Yap baaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh

Habis beriuh ustaz bagi paper. Aku kan buka kasut. Ustaz pandang kasut aku. Then pandang aku. Aku pandang ustaz. Then dia tegur

Ustaz : Kasut tu ba

Aku senyum ja. Kemudian kami pun start la menjawab. Masa menjawab tu, ngam2 ada Anib. Dia tutup pintu. Aku perhatikan lah dia. Then entah bagaimana, boleh2 pula dia pusing and pandang aku ! Haishh malu ! Aku harap la dia nda perasan yang aku perhatikan dia. Then otw pulang tu, aku pergi lah kelas durang. Test2 style dia tu. Bukan apa. Memastikan dia nampak aku dengan jelas atau nda ? Tapi bila aku tengok tempat duduk aku tu, macam kabur2. Harap la dia nda nampak. Menyedapkan hati sendiri jurhhh~

Mandangkan hari ni aku gitau bapa aku balik jam 2 padahal hari ni semua balik jam 1.20 aku pun blank. Bukan apa. Aku nda tau mo pi mana. 40 minit tunggu di pondok security tu ? Alamak ! Mati kering la aku. Tengah2 berfikir, jumpa pula cuzzy aku. Azlin. Dan tiba2 durang budak2 bustop tu panggil2 aku. Si Tanirah, Fatin and Errah. Nda la aku mo pergi situ. Ada si Anib hoii !

Then tiba2 dalam kecelaruan itu, aku teringat akan Adul. Abang aku ! Jadi sekarang, boleh lah aku pulang haha~! Ada makna juga aku pulang awal. Jadi aku pun tunggu la Adul di luar pagar tu. Syafiqa form 3 pun ada situ. Then kami chit chat la kejap. Ntah apa yang kami cakap tiba2 fiqa cakap

Syafiqa : Nda pa. Aku ada ni karang motor ku

Aku pun tunggu la mana motor yang dia cakap ni. Then, tiba2 motor Anib datang. Tapi bukan depan aku la. Sebelah aku. Tak jauh, tak dekat la jarak kami. Aku masa tu kaku. OMG ! Motor Anib rupanya yang fiqa cakap ni. Haduss~ Parah aku ! Aku yang dari tadi menengok2 kawasan durang Anib terus nda pandang2 lagi. Aku tengok dinding besar depan aku tu ja. Luckily durang jalan dulu dan baru Adul arrive. Hari ni aku naik motor tanpa pakai seluar. Seksi ! Malu la aku ! Biasanya kalau Adul bawa laju, aku marah ! Tapi kali ni, dia mo bawa laju, bawa lah. Memang aku malu. Hoii ! Kaki aku ni walaupun ko tengok macam kaki gajah, tapi bagi aku harga dia lagi mahal dari benda2 yang ada di dunia ni tau. Masa tu dalam fikiran aku "RUMAH" ja. Aku nda peduli lagi laju camana Adul bawa. Dengan tutup2 muka lagi aku masa tu. Tapi, walau dalam keadaan cemas cenggitu pun aku sempat marah Adul sebab bawa motor tu dekat dengan Anib. Malu la aku kalau Anib nampak aku dalam keadaan tu~ Seksi hoii !

#30 JULY 2013 _SELASA
Hari ni tiada perhimpunan rasmi. Dan hari ni juga aku lambat datang sekolah. Luckily nda kena tangkap. Dan hari ni hujan ! Alhamdulillah~ Tapi hari ni juga buat aku panas awal pagi ! Durang si Adul la ! Orang bagi bangun bukan pandai bangun. Ikutkan hati, mo ja aku tendang ! Hurgh~ Okei2. Sudah ! Sambung balik. Hari ni simple ja. Naik kelas, Exam then pulang.

#31 JULY 2013 _RABU
Hari ni sebenarnya plan nda mo turun perhimpunan. Tapi, bila dengar cikgu Irewan yang bercakap, mula la masing2 gelabah. Then last2 aku cakap "Heshh turun la". Jadi kami turun la. Dan tittle sebagai "BUDAK BAIK" memang akan sentiasa melekat tempat kami. Then mo masuk kelas. Balik lagi perangai kami macam dulu. Menyampuk masuk2 dalam barisan 5A. Aku dengan Yap main masuk2 gitu ja. Amira pula lawak. Camana style dia ? Dia pura2 tanya si Finah apa benda yang Finah pegang. Then dengan senyum2 dia bergerak makin lama makin dekat denga Finah and masuk barisan 5A. Apa la budak tu.

Masuk kelas, exam Add. Agak marah lah juga sebab soalan tu susah. Dan mula lah aku berkunyanyang sendirian dalam hati. Memang panas ! Masa ulangkaji pun nda dapat masuk apa. Sebab masih sakit hati dengan soalan tu haha.

#01 AUGUST 2013 _KHAMIS
Nothing happen. Semua nya macam biasa. Exam. Dan~ Oh yaa ! Hari ni kami bergambar dengan Sir Jeron. Sebab lepas cuti nanti dia sudah tiada. Bagus la haha. Oke mula2 tu durang semua malas mo turun. Then aku cakap "Jom la ! Last sudah dia sini".Tapi bila sampai sana, durang bergambar2 lagi dengan 5A. Dek kerana malas menunggu aku pun bawa M4 lari. Yap ja nda ikut. Entah dia pergi mana. Last2 kami kena panggil. Q dengan Cak ja yang tiada dalam gambar tu. Keras kepala betul !

#02 AUGUST 2013 _JUMAAT
Hari ni pula ada majlis. Pembahagian zakat dengan derma raya. Disebabkan majlis ni, kami terpaksa ambil exam Che 3 lepas cuti raya. Jujur, aku malas ! Lepas majlis tu, kami ada bersalam2. Mula2 tu nda mo bersalam. Tapi last2 pergi juga. Sebab mo tanya cikgu Nurul Che 3 apa yang keluar. Tapi cikgu cakap "RAHSIA". Then aku cakap dalam hati "Oh thanks so much cikgu ! Hurgh~" Pastu cikgu Seco kirimsalam dengan abang aku. Then aku dengan selamba cakap oke. Tapi jadi bingung bila Amira cakap "Abang mu yang mana satu ?" Dan mula lah aku terbayang2 abang2 aku. Ajid ka Adul ni ? Tapi, nasib la cikgu tu nda kenal dengan abang aku lagi 2 orang. Kalau nda bingung la aku. Then pulang.

Tuesday, 23 July 2013

School world 26

23 July 2013_SELASA

ASSALAMMUALAIKUM~

Jam 3 pagi henpon gua sudah bising suru gua bangun. Kiranya mo beramal la jam 3 tu. Sekali gua kasih mati and niat mo beramal ntah pergi mana. Then 4.08 a.m. Mama kasih bangun pergi sahur. Oh mai gadd~ Mengantuk saya. Bangun sahur. Lepas sahur aku menghadap Allah. Sedar diri ini sudah lama melupakan yang Maha Kuasa. Itu pun sebab berhajat. Astaghfirullahazimm~ Jangan tiru saya. Amalan anda bawa kubur nanti, sendiri2. Jadi, sendiri mau ingat laa~

Lepas tu aku baca buku. Hari ni first trial. Dalam membaca tu mata aku pun mula berat. Aku tidur kejap. Jam 6 bangun balik. Siap apa yang patut and chau~ Go to school. Hari ni kami semua jalan berasingan lagi. Azlin dengan nenek Murni, Adul dengan Shukran motor. Aku pula dady hantar. Sampai sekolah gua terus pergi dewan.

Baris macam biasa. Dibelakang dengan para pengawas. Hari ni perjumpaan mentor mentee. Mentor aku ntah mana. Cikgu Sabtu cakap kalau siapa tiada mentor boleh berhambus ! Tapi tu pun kami ja dia suruh berambus. Budak trial. Disebabkan malas mo tunggu mentor gua, Puan Sarah tu. Aku pun cepat2 berambus. Aku pun tak hingin la duduk lama2 di dewan tu.

Masuk kelas ada sudah si Cak. Dia nda turun lagi. Bagus la ko ni awang~ Gua terus duduk tempat gua. Sementara tunggu budak2 yang jumpa mentor durang masuk kelas, kami pun ulangkaji la konon. Padahal satu pun nda masuk bila aku datang sekolah. Aku bercerita dengan Yap. Ntah apa cerita kami aku pun lupa suda.

Then Jawl call

Jawl : Liyana !

Aku : Eshh ko ni~ Aku tengah syok ketawa ni. Apa ?

Jawl : Sepa budak tu ?

Then kami cerita2 la. Pastu aku cakap

Aku : Ko minat ? Ehh~ Gitau tu naa (Diana)

Jawl senyum : Aku minat kau seja

Pastu kami cer lagi. Then dia cakap lagi benda yang sama. Dia minat kepala hotak dengan aku. Puikh ! Dia cakap lagi yang aku pun minat dia dulu. Ohh mai gadd~ Serius saya terkejut ! Dalam fikiran masa tu "Hoi ayam ! Bila masa aku minat ko ?" Pastu aku teringat masa form 4 aku selalu main2 dengan dia. Then I just say "Mm~ Ya kan". Terfikir pula. Sudah lama nda main2 dengan dia. Rindu kenangan itu ? Tidak ! Tapi rindu dengan kenakalan ituu~ Haha.

Then teacher Maziah on the way. Kami pun bersiap2 la. Bersiap sedia untuk berperang dengan kertas BM 1. Alhamdulillah~ Peperangan ini saya rasa tidak terlalu menekan. Then rehat. Kami ulangkaji lagi konon ! Teman Q pergi tandas and pergi bilik BOSS.

Datang pergi kelas mo panggil Amira. Suru dia jumpa cikgu Secolastica. Tapi ada cikgu Norsinah suda. Jadinya, exam lebih penting. Gua sampai kelas terus duduk. Jawab soalan BM kertas 2. Kertas yang ni pun boleh lahh~ Then gua cerita dengan Adul. Gua di kelas. Adul di kelas dia. Gua kasitau dia gua pulang 1.20. Then cikgu Nurul Ein pun tegur. Dia ketuk meja aku. Tersedar kejap. Kejap ja. Pastu aku sambung balik. Then pulang. Masa kami sampai bawah, lebih kurang beberapa tapak ja mo sampai pondok security, saya pusing belakang. I saw Burning :) ~

Then saya cari2 Adul. Tiba2 pula nampak durang second family. Durang dari tadi sudah nampak saya. Tapi saya pura2 nda nampak dan teruskan pencarian konon. Then menunggu dan menunggu akhir nya Adul sampai. Then gua berambus dari sekolah tu.

Tengok bustop nampak Burning again~ :)

Monday, 22 July 2013

School world 25

22 July 2013_ISNIN

ASSALAMMUALAIKUM~

Hi there ! Actually hari ni mo belajar la kunu lepas sahur. Sekali belajar modop toii~ Lepas sahur gua tidur. Then bangun balik, 5.30 a.m. Bersiap2 itu ini then go to school. Hari ni Adul and Shukran jalan pergi sekolah guna motor. Azlin pula kena hantar oleh my nenek. Saya pula sorang with my daddy.

Mandangkan hari ni awal so gua naik atas. Kami cer2 lah pasal semalam. Semalam gua sitau durang Q, Mira and Yap pasal saya sama Burning. Lepas tu kami Q datang. Loceng bunyi, kami pun turun. Dekat bawah kami cerita2 lagi pasal semalam dengan Sulina. Then gua pergi urus kehadiran and terus masuk kelas. Lepas masuk kelas gua pergi stalk burning~ Tapi dia xda hari ni. Ntah napa dia xda

Belajar macam biasa. FIZIK, Cikgu Hamizah. BI Teacher Maziah nda masuk. So, Cikgu Jerron take over. 3 masa. Sebab lepas BI masa dia. Kami jawab soalan. Then rehat pergi surau. Dengar ceramah. Rafizan buat hal nda mo jadi model sembahyang. Nasib cikgu Azmah sabar. Alai suda ketakutan dan mula peluk gua. Then masuk kelas. Sejarah, Cikgu Syafiqa. Luckily 1 masa. Tapi berita buruk bila Yap bagitau yang dia masuk masa cikgu Norsinah nanti. Masa last. Aduss~ Masa kami belajar Sejarah cikgu ada cakap

Cikgu : Bla3(Sebut tajuk) ini la yang kamu akan buka nanti bila interview

Cak : Interview. Apa cikgu ? Subjektif ?

Cikgu : Interview ko tanya subjektif ? Inda~ Objektif, subjektif, esei

Sekelas : Hahaha

Cak masa tu tutup muka suda. Malu~~ Haha. Ada ka interview ada subjektif segala. Padan muka ko malu oleh cikgu. Habis masa kami belajar PI. Ustaz Malek. Kami dikelas ja. Belajar tajwid and jawi. Pastu Cak cakap

Cak : Camana eja "PANADOL" dalam jawi

Ustaz : Ahh awang cuba laa

Dia pergi eja la. Sekali dia eja gini "PANDOL". Haha ketawa kami berabis. Habis masa. Sejarah lagi balik. Cikgu bagitau apa yang keluar. Pastu habis masa. Masa BM yang kedua kami susun meja. Barisan kami penuh. Gua hairan. Patut la. Nadia pergi menyampuk~ Patut la penuh. Last2 Ira undur diri. Dia pergi la barisan durang Yap. Sorry Ira. Gua xmo duduk mana2. Gua cuma mo situ ! Then Cak buat lawak. Dia kasi "Belah tengah" dia punya rambut. Pastu act ngokk. Haha lului. Then pulang. Otw turun jumpa Adul.

Pastu durang Nadia dengan Amira cer2 pasal markah MM. Markah gua paling tinggi. Dan itu juga hasil daripada tembak dan meniru~ Huahuahua. Pastu sampai pondok security kami chit chat. Then Errah tegur

Errah : Liyan. (Buat signal tunjuk ada kereta suda)

Then kami pulang~

p/s: Esuk Trial~~~!!!! Oh My Gaddd ! ! >.<

Sunday, 21 July 2013

HAPPY BIRTHDAY Q, CHERA AND JIJI

ASSALAMUALAIKUM~

Happy birthday kepada my sister Q, Chera and Jiji aka sunyiooo~~~~~~ Pukul 2 lebih gua terbangun then terus text Q. Chera dengan Jiji pula gua wish di facebook seja. Gud luck untuk SPM~ Semua pun batch 96. 9A++++++++ ! In sha Allah~ :D

Friday, 19 July 2013

School world 24

19 July 2013_JUMAAT

ASSALAMMUALAIKUM~

Pukul 2 lebih tiba2 aku tersedar. Tengok hp *2 Message*. Dua2 dari Sulina. Dia tanya aku bila aku wish Q. Terus aku teringat, then gua text Q. Pastu tidur balik. Then 4 lebih kena kasi bangun. Sahur. Tengah2 sahur tiba2 azan. Tapi "Allahu akbar, Allahu akbar" ja dia cakap. Suda la dalam mulut aku masa tu ada makanan. Tapi aku telan juga haha. Sekali tunggu2 dia sambung tiada pun. Hesh~ Buat panik ! Hari ni lepas sahur aku nda tidur terus. Aku menyiapkan barang2 sekolah.

Hari ni lambat lagi. Jam 7 baru sampai sekolah. Tapi nda tulis nama pun. Kami lalu ja gitu. Aduss suda la hari ni pakai stokin pink mandangkan aku ada stokin tu ja. Wekk~ Geli okei ! Sampai sekolah relaks2 lagi jalan. A little bit kelam kabut la juga disebabkan takut orang nampak tu stokin~ Haha. Naik kelas. Then nda lama kemudian ada teacher Alicesia

BIOLOGI. Teacher Alicesia. Kami budak2 yang ambil kuiz kimia jawab kimia. Yang lain ntah buat apa. Buat kerja Bio la ba kan. Bincang lagi kami kunu. Si Ira lagi tolong saya jawab tu benda. Haishh~ Ntah apa la kejadian tu benda. Harap la dapat sijil. Hoho~ Habis masa

BI. Teacher Maziah. Masih lagi kami jawab kimia. Then kena suruh hantar. Lepas tu kami jawab soalan literature yang teacher bagi lagi. Tapi nda siap. Then last2 hari isnin hantar. Kalau nda hantar isnin bi nda credit. Aduss~ Apa ni teacher. Ugut ! Habis masa

Rehat. Hari ni satu sekolah kami semua rehat pada waktu yang sama. Hari ni langsung tiada peluang mo tengok Burning~ Pergi surau, baca yassin. Habis waktu rehat

Pastu macam biasa lalu jalan belakang. Sebab jalan utama dekat tandas tu terlampau crowded. Naik pergi kelas. Tunggu cikgu. Murid yang baik kan kami. Mencari cikgu.

BM. Cikgu Norsinah. Komsas lagi. Belajar pasal Seloka si Luncai and salin nota juga jawab soalan. Yap pula frust sebab kena leter ustazah. Sebab hal asrama la. Pasal makanan. Habis masa

Additional mathematics. Cikgu Marhazilawatie. Jawab soalan dari paper yang dia bagi. Habis masa

Pulang ja gua terus pecut. Sebab pulang kan. Hoho~

p/s : Hari ni Suenyira nda hadir. Hardy yang duduk tempat dia

Thursday, 18 July 2013

School world 23

18 July 2013_KHAMIS

ASSAMMUALAIKUM~

Lately gua memang sembarang ja. Lepas gua makan sahur, gua terus mengampai tidur ! Nda lah terus sangat. Gua tunggu la juga lebih kurang 10-20 minit gitu baru gua tidur balik. Esh3. Ape nak jadi dengan anak AJ ni ? Okei2. Jam gua kasi bangun jam 5.30 a.m. Tapi gua bangun jam 5.41 a.m. Then seterika baju, mandi dan pergi sekolah. Azlin nda hadir lagi hari ni.

Otw pergi sekolah, sudah nampak Burning dengan motor dia. Jadi kesimpulannya kami sampai sekolah sama2. Gua sempat lagi bagi tau Adul hari ni gua pulang jam berapa masa di bustop tu. And masa tu memang ada burning. Tapi gua nda tingu dia la. Gua rasa macam kitaurang dua2 sebenarnya saling mengelak. Yup ! Itu perasaan saya. Otw masuk pagar sekolah Qamah panggil

Qamah : Liyana !

Aku toleh 2 3 kali.

Qamah : Kurang asam !

Aku tengok dia. Then cakap

Aku : Qam lakas !

Qamah : Relaks ba. Awal lakat

Aku : Awal kepala mu

Qamah : Haha

Then gua jalan ja direct pergi tapak perhimpunan. Dataran la mana lagi. Sampai ja situ terus bagi beg gua tempat Along. Minta pegang kejap. Mo urus tali kasut. Terbuka ! Then last2 kitaurang tukar beg pula. Baris macam biasa. Fatin balik2 panggil saya. Tapi saya "nda" dengar. Ntah la. Malas. Sebab mungkin saya takut terpaksa hipokrit. Saya nda benci Fatin. Saya sayang Fatin. Cuma ada la manusia yang saya terpaksa berhipokrit bila tengok dia. Fatin kan biasanya berdekatan dengan orang tu. Jadi kalau Fatin panggil aku then kami bercerita biasanya manusia tu akan lihat kami. Dan gua rasa lain. Disebabkan gua nda dapat buat benda yang sama dekat dia jadi gua rasa lebih baik gua abaikan panggilan Fatin daripada gua terpaksa bicara pula dengan manusia itu.

Perhimpunan hari ni nda nampak pula Amira dengan Q. So saya fikir "Ohh~ Mesti durang bertugas di pintu pagar". Then tiba2 Atul panggil

Atul : Liyana

Saya toleh

Atul : Ko nda puasa arr

Saya bingung~

Atul : Tu gula2 dalam beg mu

Tapi sebenarnya tu beg Along

Aku tengok Yap and say

Aku : Ko sabotaj aku ni kan ?

Then kami merepek la sana berdua

Pengumuman itu ini then kami masuk kelas. Masa mo masuk kelas tu. Masa kami mo naik tangga tempat pengawas mengawas saya cakap dengan Umi

Aku : Nanti saya pegang beg Umi la masa naik

Umi : Eii~ Comel la kamu kemarin. Kalau ada gambar

Aku : Saya pegang beg si Khai ba tu mula2. Kan beg dia terbuka. Last2 berganti pula dengan Hardy, pastu Khai pegang beg saya. Then Jawl pegang beg Khai

Masa kami cerita2 tu durang budak 5A jalan suda. Dan budak paling last dalam barisan tu Hardy. Perasaan jadi budak 5A kan. Terus saya cakap

Aku : Nah umi ! Bagus kita berpegang dengan beg Hardy

Umi : Nah eya kan.

Terus umi berlari kejar Hardy. Aku pun ikut ja. Sambil pegang beg umi lagi. Jadi bertiga la kami macam kereta api masa tu. Yap nampak. Dia cakap "Hmm~ Eleleh"

Sampai kelas nampak Cak. Laki Q. Letak beg Along. Then nampak gula2 yang Atul sebut tadi dalam poket beg Along. Gua cakap la dengan Along

Aku : Long ko nda puasa arr ? (Sambil tunjuk gula2)

Along : Haha. Ko mo ? Ambil la

Aku : Aku dapat gula2~

Then gua duduk di meja Yap. Durang Amira datang terus gua kasi jeles dia dengan gula2 yang Along bagi. Memang keanak anakan~ Haha. Terus gua nampak cikgu otw. Gua cepat2 menyorok bawah meja dan tembus pergi kerusi gua. Malas la gua mo berpusing, meround pastu baru sampai di meja gua sendiri. Umi tengok then umi cakap

Umi : Liyana~ Eleleh

Yap : Urang kici. Kalau umi payah lagi

Aku : Kalau umi tersekat lagi tu dibawah meja

Umi : Eya ba

Then cikgu datang. BM. Cikgu Norsinah. Kami buat latihan tatabahasa. Habis masa.

Then belum sempat apa2, sudah Suenyira cakap

Suenyira : Kimia pigi makmal

Gua pula lepas cikgu keluar terus pergi hantar buku kuning tempat cikgu Cosmas. Otw tu Hardy pula panggil

Hardy : Liyana ! Liyana !

Aku toleh dia

Hardy : Ko ambil pd tempat si Kuja

Dengar ja nama tu terus aku berambus. Dia panggil pun aku nda kisah sudah. Buat badmood di pagi hari ja. Lepas hantar buku kuning gua lalu kawasan bebudak tingkatan 3. Hardy tengok pun gua nda peduli suda. Malas~~~

Lepas tu masuk makmal. CHEMISTRY. Cikgu Nurul Ein. Cikgu bagi clue sikit pasal apa yang keluar masa trial nanti. Habis masa.

Otw naik pergi kelas. Gua and Q chat bout my blog. Dia cakap la yang dia suda baca semua. And dia stalk lagi si Burning kemarin. Stop it Q ! Nanti awak pula yang jatuh hati dengan dia.

PAI. Ustaz Malek. Hari ni di kelas ja. Sebab ada budak2 di bilik PAFA. Dengan semangatnya kami tunggu Ustaz ditingkap menghadap bilik guru hehe. Dan Amira can detect yang saya a little bit moody. Then she ask. Then I say bout Hardy. Salah Hardy sebab menyebut nama manusia itu. Susah untuk saya melupakan benda past. Dan memang susah untuk saya melupakannya sebab benda tu berlaku masa saya bulan mengambang. Benda tu sangat menyakitkan hati. Sebab tu amat payah untuk saya kembali baik dengan manusia tu seperti dulu.

Then Ustaz masuk. Belajar macam biasa. Habis masa.

Pergi surau. Hari ni tekun dengar Ustaz Azmah bagi ceramah. Lawak ! Habis masa

Naik pergi kelas. Q and Amira act lagi kunu berlari hanya untuk ke kelas Sejarah. Saya pula ? Malas la mo act. Buat penat ! Masa durang Q mo masuk, cikgu pun baru sampai rupanya.

SEJARAH. Cikgu Syafiqa. Kami belajar macam biasa. Habis masa.

Additional mathematics. Cikgu Marha. Belajar bab baru lagi. Bab 7. Probability. Kami salin nota. Cak tidur. Tiba2 bahagian durang Nadia buat muka hairan tingu bahagian durang Hardy. Durang tutup Hidung. Hardy pula menghidu minyak wangi. Biasanya kalau durang gitu, si Cak kentut. Tapi si Cak tidur. Nda kan dia kentut masa tidur ? Ohh tidak ! Teruknya~

Kadang2 bila dengar cikgu Marha bercakap lawak juga. Masa dia menerang dekat kami. Yap tanya camana mo jawab soalan ntah yang ke berapa tu. Jadi dia terangkan la. Dan ada perkataan last yang dia sebut lawak. Aku mo terketawa. Last2 aku lari tempat Sue supaya nda ketawa. Habis masa

MM. Cikgu Jeron. Jawab paper lagi. Masing2 ingat tu paper test. Kalau test lagi habis la tu manusia. Memang saya anti la sama dia. Kami jawab2 la tu paper. Tapi banyak kami kasi tinggal. Masa tu jam 2 lebih sudah. Aku rimas sudah nda pandai pulang. Then dia suruh hantar. Kami yang belum siap ni hantar ja. Pastu tunggu punya tunggu, nda juga sir ambil paper tu. Tiba2 masa kami mo berbincang balik dia tanya

Sir : Siap ?

Terus kami tutup paper and hantar. Suda dia pungut. Tapi kami ni nda juga bergerak. Ingatkan perlu say "THANK YOU" lagi dekat sir tu. Tapi gua nampak Cak keluar suda. Terus gua cakap

Aku : Sir ! Pulang ?

Then dia angguk. Apa lagi gua, pecut la terus keluar. Masa tu kan jam 2 lebih sudah. Jadi kalau pulang masa tu memang ada erti.

Amira : Ni kalau pulang ada erti suda ni

Aku : Iya ba.

Masa gua chau, gua dengar lagi Amira cakap

Amira : Eh ? Dia chau gitu ja ?

Pastu kami pulang laaa. Otw tu aku cakap2 la dengan Suen

Sue : Lan ! Hari ni naik motor lagi ko ?

Aku : Nda lah. Berkain

Sue : Nda ko ikut abang mu ?

Aku : Ko nda ikut abang mu ? (Sir Jeron) Haha.

Saja gua menyakat dia. Kami chat2 la sampai bawah. Then aku cakap lagi

Aku : Ko ba, nda ko ikut abang mu si Jeron. Bermotor. Haha

Suen : Ahh !

Aku : Jeron bin Osman. Ngam ehh ! Hahaha

Suen : Bida ehh !

Then ada suda Adul. Gua pun pulang~

Wednesday, 17 July 2013

School world 22

17 July 2013_RABU

ASSALAMMUALAIKUM~

Bangun sahur. Makan then makan lagi ubat gastrik dengan vitamin B pastu tidur balik. Bertuah ! 5.42 a.m. Gua bangun dari katil. Then bersiap mandi segala and go to school. Azlin nda sekolah. Demam.

Sampai sekolah terus pergi dataran. Berbaris. Jumpa Q. Nampak Cak. Terus cakap

Aku : Oi ! Tu na laki ko

Q : Yaa~ Saya nampak. Dia la mula2 yang aku nampak

Sambil senyum2 lagi dia cakap. Alamak ! Awak demam ka Q ? Pastu saya letak beg di tangga. Dekat bilik PAFA. Bukan yang dekat koperasi. Another stairs. Pastu pergi berbaris. Chit chat dengan Yap. Hari ni Syafiq adik Nur yang baca peraturan sekolah. Then Amira tumpukan perhatian. Tapi bila cikgu Sabtu yang bercakap dia buat acuh nda acuh ja. Amira Amira~

Kemudian saya urus kehadiran and buku kuning. Lepas urus tu semua nda turun lagi pergi dataran. Terus hantar buku kuning tempat cikgu Cosmas and get out. Otw mo turun jumpa Amirul. Adik Amira. Kemarin gua minta tolong dia hantar buku kuning tempat cikgu Cosmas. Tapi dia nda mau. So tadi gua jumpa dia gua pun start la tahan dia.

Aku : Oi ! Ko kemarin nda tulung aku

Amirul : Apa pula. Itu kan kerja kamu

Pastu masing2 berambus. Otw turun. Masa dekat tangga jumpa pula geng Omma. Nasib dia nda minta salam. Then terus jalan pergi bilik PAFA. Sementara tunggu Ustaz Malek. Kami chit chat la kejap. And masa Ustaz sampai Q pula ngam2 buat gaya macam tarian korea tu. Aku nampak suda ba tu ada ustaz. Tapi lidah aku kelu mo bagi tau Q. Sama la macam Amira punya kes. Dia mo terlanggar cikgu Alex baru kami tunjuk2.

PAFA. Ustaz Malek. Kami tiada belajar. Ustaz bagi tau tajuk apa yang keluar untuk trial nanti. Habis masa.

Naik pergi kelas. Suppose to be BIOLOGI. Teacher Alicesia. Tapi bagusnya cikgu tiada. Jadi chit chat la kami. Tengah2 chat datang pula cikgu Syafiqa. Awalnya dia datang. 8.10 a.m. Dia suda datang. Masa dia datang pintu tu bertutup. Terus dia pun terkilan and say

Cikgu : Siapa tutup pintu ?

Semua nda tau. Pastu Hardy buka pintu then cikgu lari. Merajuk lagi ! Dia cakap

Cikgu : Kalau kamu nda mau belajar nda payah la

Alamak cikgu ni~ Sensitif pula. Last2 Hardy pergi minta maaf. Kami pula anxious. Menunggu khabar dari Hardy. Then dia datang senyum2. Kami pun hairan. Kami tanya dia pergi ka nda temoat cikgu Syafiqa. Then dia start la cerita

Hardy : Cikgu tanya siapa yang tutup pintu tu. Aku cakap ntah. Pastu bila aku datang sini baru aku ingat rupanya aku wa yang tutup pintu tu. Haha

Sekelas : Hahahaha

Kan dia mo tidur tadi. Jadi dia tutup tu pintu. Then dia sambung lagi

Hardy : Pastu cikgu lagi salah tingu jam. Aku tanya cikgu. Cikgu masuk jam berapa ? 9. Sekarang jam berapa ? 9. Terus lang ku. Biar banar cikgu ni ? cikgu cakap iya. Cuba ko tingu tu jam. Aku tingu baru jam 8.30. *Eh ! Biar banar cikgu ni.* Jam 8.30 jua ni cikgu. Terus cikgu cakap ahh ya ka ?

Sekelas : Hahahahah

Umi : Ahh~ Cikgu cover line tu

Hardy : Ehh~ Aku bagi tau la cikgu karang aku yang tutup pintu tu

Umi : Ko bagi tau la yang ko mo tidur

Then last2 dia jalan lagi sekali pergi bilik guru. Dia mengaku salah la. Pastu dia datang balik pergi kelas

Sekelas : Apa cerita ?

Hardy : Aku sengaja cakap. Cikgu aku yang tertutup pintu tu. Terus lang cikgu nah ko kan ! Terus aku cakap aku mo tidur ba tadi cikgu.

Sekelas : Haha

Hardy : Ahh cikgu cakap ea datang 10 minit lagi. Pastu baca awal2 semua 7.2.

Aku : Mmhemhem~ "TERIMA KASIH" Hardy "TERIMA KASIH" !

Aduss~ Nda pasal2 pula kena suruh membaca. Sepatutnya PJK. Cikgu Jackson. Tapi ganti dengan cikgu Syafiqa.

SEJARAH. Cikgu Syafiqa. Kami belajar macam biasa. Tengah2 belajar Cak kentut. Then cikgu cakap

Cikgu : Ehh~ Buruknya perangai. Kalau si Liyana sama kau reject terus

Aku masa tu buat muka "What ? ! Cikgu ! Nonsense !"

Habis masa

Rehat pergi surau. Dengar ceramah. Hari ni OUM duduk bersama semua. Gua senyap ja. Habis masa. Keluar. Masa pakai kasut Amira tegur

Amira : Hmm~ Senyap jee

Aku senyum ja then say : Weh I'm going to the toilet.

Q : Aku pun mau

Sampai tandas langsung tiada air. Terus nda jadi. Pastu tunggu durang Amira. Masuk kelas. Start bad mood.

MM. Cikgu Jeron. Durang laki start melarikan diri. Gua dengan Amira act mo lari. Padahal dia nampak suda. Cikgu masuk. Pastu Amira tanya

Amira : Ko okei ka ?

Aku : Bad mood

Amira : Just now and surau ?

Aku : Yup !

Pastu paper MM kena edarkan. Gua dapat 39. Kena denda ! Kena suruh menyanyi. Aku, Umi, Q, Nur, Jawl, Hardy and Khai. Aduss~ Tau lagu apa kami nyanyi ? Lagu ABC ! Pastu kena rakam lagi ! Ehh marah nya saya ! Duduk balik tempat masing2 then Amira tanya lagi

Amira : Ko oke ka ni ?

Aku : Napa ?

Amira : Menakutkan ba !

Pastu buat pembetulan. Durang Yap minta ajar soalan num 10. Dia tanya kami

Cikgu : Kau ?

Aku nda jawab pun dia tanya. Aku terus bangun and sedia minta ajar. Dia ajar2 la. Tapi aku nda ambil perhatian pun. Peduli saya ! Then dia tanya aku

Cikgu : Ko mana jawapan ?

Aku : Ahh ? Arr~ Mengira~!

Jawl : Haha

Cikgu : Ahh ko kira dulu

Oke marah ! Malas la gua dengan manusia tu ! Hurgh~! Luckily habis masa.

Tik tak tik tak. Bising bunyi suis kena hidupkan kena matikan. Hardy la tu. Then dia cakap

Hardy : Nah rusak suda ! Nda mo hidup !

Aku : Macam mana mo hidup kalau ko tekan2 suis tu cepat2 !

Umi : Butot marah ! Haha. Butot jangan marah

Then kami chat2. Pastu baru turun. Masa tu last turun Aku, Yap, Hardy, Jawl, Khai and Cak. Aku masa tu belakang Khai. Aku nampak la beg dia ni nda berzip. Jadi aku pegang beg Khai. Pastu kami jalan lah. Aku tetap juga pegang beg dia sambil jalan. Sampai dekat makmal aku cakap

Aku : Ehh lambat ehh ko ni !

Then dia berhenti ! Malas aku~ Haha. Pastu aku pergi lagi berpegang dekat beg Hardy. Pastu Khai pegang beg aku. Jawl pegang beg Khai. Berempat la kami macam kereta api. Lambai2 lagi kunu tempat budak2 haha. Umi pula suka ba.

Umi : Eeii~ Comel ! Comel ! Haha

Q : Ehh sejak bila pula laki mu ni 3 ?

Amira : Tapi ada satu ndada~ (Cak)

Malas aku melayan budak dua orang ni~

Fizik kami kena bagi tau apa yang keluar trial nanti. Macam biasalah. Mesti bergila dengan cikgu Hamizah. Banyak lagi jawapan kami dapat awal2 haha. Habis masa~

Pulang gua terus direct pergi pondok security. Tunggu Adul. Hari ni pulang dengan dia. Naik motor

Pastu jumpa Adul

Aku : Ret ! Aku tunggu sini

Adul angguk. Tunggu punya tunggu lambat~ Sempat lagi nampak burning~ Burning juga tingu bahagian kitee~ Hoho

Then go home~

p/s : Hari ni Nadia nda datang sekolah. First time. And kemarin Yap puasa. Sampai la juga jam 6.

School world 21

16 July 2013_SELASA
ASSALAMUALAIKUM~

Bangun sahur lepas tu tidur balik huahuahua. Masa sahur suda suffer cause of gastric. But luckily masa pagi2 tu oke suda. Bangun jam 5.30 lebih pastu terus sediakan segala barang2 sekolah. Bersiap and go to school.


Perhimpunan rasmi, so tunggu saja di dewan. Chit chat kejap dengan Syafina bout MM. Then Khairie buka pintu belakang dewan and kitaurang pun masuk. Masuk ja terus ambil kerusi dan ambil port duduk belakang tempat pengawas lerr. Duduk2 tunggu M4 turun. Datang Along letak kerusi sebelah aku. Minta tolong jaga. Nda lama datang Umi. Umi duduk di kerusi Along. Then you know what ? I purposely act manja dekat Umi supaya THOSE people can see that how different is my action when I was with them ! Chit chat dengan Umi.

Pastu mula lah berbaris macam biasa. Saya dengan Sulina mula menarik kerusi pindah dekat belakang. Pengawas kan ada dua barisan. Jadi kami M4 semua berbaris dekat barisan pengawas yang kedua. And Penny dengan Hazwani paksa pindah depan. Saya pindah belakang sebab nda mo kantoi. Ya la. Saya kan bukan pengawas. Sulina pula mo tidur. Tu pasal pindah belakang.

Masa orang sibuk menyampaikan segala laporan and pengumuman kami pun sibuk bercerita. And kami 5 Science dapat kehadiran yang terbaik lagi untuk minggu lepas. Terbaik ? Betul ? Hanya kami yang tahu hahaha. Lepas habis semua guru berucap, now it's time for our principal to give a speech too. Q sempat merekodkan berapa lama pengetua berucap menggunakan jam saya. Mm~ Lebih kurang 8 minit and beberapa saat lah dia berucap. Lepas tu habis perhimpunan. Kami cepat2 chau.

Seperti biasa 3 orang pengawas tu. Q, Amira and Sulina mesti akan ponteng bertugas. Bertugas mencek bebudak. Dengan langkah berhati2 yang dimulakan oleh Q merangkap penolong ketua pengawas kami pun berjaya berhambuss dari situ. Q yang naik dahulu terus direct naik tingkat atas. Kami bertiga pula lalu tingkat dua. Otw tu kami chat la pasal cerita yang saya kesejukkan tu. Ala~ Omma laa.

Mo sampai atas Q say

Q : bahh !

Mo kasi kejut kami la tu. Malangnya nda jadi. Kemudian kami masuk kelas and terus melekat ditingkap menghadap bilik guru. Tujuannya ? Tujuan saya adalah untuk melihat Burning. Mereka ? Don't know~ Maybe saja2 follow saya. Then nda lama kemudian ada Burning. Then ada pula my cuzi. Jalan dengan Ann. Hurgh~ Geli ! My cuzi ni balik2 tunjuk tempat kami. Gua pun hairan. Then I thought "Ohh~ Mesti dia fikir kami escape" Ya la. Durang kan budak2 yang paling awal keluar. Kami pula sepatutnya lepas durang baru keluar. Tapi ni lain pula. Awal2 suda kami terpacak di tingkap. Tu pasal dia tunjuk2 kott~

BI. Teacher Maziah. Kami bincang pasal paper exam. Teacher masuk dengan baju hitam. Elegant black ! Mula lah kenakalan kami

Aku : Huyoo~ Elegant black ! Elegant black !

Teacher cuma tersenyum and say

Teacher : Hmm~ Saja sekali sekala lawa2

Nda lama kemudian I thought "Wow ! Hubungan kami dengan teacher suda kembali baik. And teacher pun sudah kembali riang". Bincang2 pasal paper then habis masa.

ADDITIONAL MATHEMATICS. Teacher Marhazilawatie. Bagi salam and baca doa. Pastu dia terus bagi kami sekeping paper. Paper untuk kami tulis markah Add math tahun lepas dengan tahun ni. Then target teacher untuk kami dan juga reason kenapa kami nda dapat capai target. My result, target and reason is

2012 : 22

2013 : 20

Target : 30

Target Trial nanti : 37

Sebab :

  1. Sukar mengaplikasikan rumus
  2. Kurang membuat latih tubi sendiri
  3. Kurang memahami kehendak soalan
Ni la benda yang aku tulis di paper tu. Sepatutnya aku tulis "Tiada ulangkaji" lagi ba tu di paper. Tapi nda berani. Takut lah dimarah. Then buat latihan and habis masa.

Rehat. Kitaurang pergi masjid. Hari ni Ustaz Malek yang bagi ceramah. Well suka juga la. Dengar ceramah. Then habis masa pergi tandas and masuk kelas.

Suppose to be BM. Cikgu Norsinah. Tapi entah mana cikgu. Tapi masa ni gua sudah kesakitan. Gastric menyerang ! Ya Allah~ Masa tu doa2 ja supaya nda muntah. Sudahlah tiada air di tandas. Gila apa kah kalau aku termuntah ! Nasib baik lah aku cuma sendawa. Bukan sendawa kenyang. Sendawa mengeluarkan angin. Angin pula bau muntah. Hurgh~ Bau !

Sepanjang masa BM dengan PSK aku duduk bawah tingkap menghadap bilik guru. Sakit~! Durang pula balik2 cakap

Member kelas : Berapa bulan ?

Q : Adzrul ! Bini mu mo bersalin !

Aku masa tu langsung tiada tenaga mo balas membalas segala macam. Jadi nya aku diam ja. Masa Amira bising2 cari pasal pun aku diam ja. Dalam hati aku ada sudah ayat yang aku mo balas. Tapi penyakit halang aku untuk keluarkan ayat tu dari mulut. Aku mengampai dekat Q ja. Aku genggam tangan dia. Sakit tau ! Cuma penghidap gastrik seja tau betapa seksanya bila kena gastrik.

Masa tengah stay2 dekat tingkap sambil kesakitan Jawl mo buka gambar Najib. Ala~ Perdana menteri. Then Along say

Along : Oi dek ! Jangan ! Gambar boyfriend ku tu

Bila master of noise diam. Class pun sunyi jak. Masing2 dengan kerja masing2

CHEMISTRY. Cikgu Nurul Ein. Gua masih sakit sikit. So buat kerja dia pun dalam keadaan mengampai. Pastu cikgu mengajar la macam biasa. Then cikgu suruh mengira. Mengira2 segala macam then cikgu tegur aku

Cikgu : Jangan jadi macam saturang ni. Dari cikgu masuk lagi dia tidur

M4 : Gastrik

Saya dalam hati just say *Thank you dear sisters*

Cikgu : Eleh~ Jadi nanti balik ko buka puasa la ?

Aku : Hehe~ Yaa. (Kunun la. Padahal saya tidur supaya nda seksa sangat)

Then sini saya sihat sudah sikit. Jadi mula la saya mengacau si Amira. Saya cakap2 la dia "Perempuan pemalas" segala. Membalas la kunu. Sebab tadi masa BM dengan PSK langsung nda dapat balas kan. Habis masa

Pulang la kami. Saya jalan tunduk2. Sebab bila jalan tegak memang rasa sakit. Sampai ja di pondok security saya terus duduk. Nda lama kemudian ada Adul datang ambil.

Go home~

p/s : Q bilang dengan saya yang Burning handsome bila dia senyum ! I like ! Huahuahua. :)

Monday, 15 July 2013

School world 20

15 July 2013_ISNIN

ASSALAMUALAIKUM~

Bangun pepagi lebih kurang jam 4.00 mo sahur. Sahur soto makasar woo~ Haha. Pepagi lagi kami suda ketawa gila gilaan. Gara2 si Ajid la tu. Masa sungkai aka buka puasa tu kami cer2 la pasal nanti sahur mo makan apa. Jadi saya tanya my mom

Aku : Arr. Esuk bule ka tu arr sahur soto makasar ?

Mama : Bule ehh. Kalau mama buat nasi nya malam ani.

Aku : Huyoo~ Si Ajid malarkan nda dapat makan soto makasar. Esuk bule laa~

Ajid : Ehh~ Nama ku lagi di jualnya. Padahal ea yang mau

Aku : Nah ! Banar jua tu. Ko jua bila mama masak soto makasar ko ndada. Bila ko sini ndada ta pulang.

Oke tu cerita masa sungkai aka buka puasa. Jadi masa sahur tu. Kami makan2 la. Terus lepas abis sahur kami cer la.

Ajid : Hmm~ Ani berbunga bunga hati ku mulih. Termakan suda soto makasar

Aku : Haha. Camani ko(Buat tangan style bebudak main pistol) pastu ko tingu urang sebalah ko cakap "feuu" sambil angkat kening haha. Lepas tu background lagu2 bahagia

Ajid : Hahaha. Emm~

Mama gua pun ikut juga ketawa2. Masa tu kami bertiga ja kan. Yang lain belum lagi bangun mo sahur. Banyak lah kami ketawakan. Then bersiap and go to school.

Mandangkan hari ni konon nya saya mo tiru kerja Fizik si Amira saya pun datang awal la kunu. Di bustop jumpa Shukrie. Ingat balik dia jadi mangsa kejutan. Buat aku senyum pagi2. Masuk kelas. Terus pinjam Fizik Amira. Mo meniru la ni kunu. Pastu Amira cakap

Amira : Oi ko angau ka ? Jangan la ko. Semalam aku kwho ko.(Yang ni bebudak kolony ja tau)

Aku : Ya ! Aku angau kenapa ? Haha

Amira : Ehhh

Q : Napa ?

Aku : Nda ba !

Then Amira cer la. Pastu cer2. Pasal burning again. Tajuk kami "kenapa durang cakap dia nda hensom ?" And while we were chatting "DIA" rupanya sedang memerhati. So masa Q mo sambung cer pasal burning saya pun kenyit2 mata supaya dia nda detect. Jadi Q pun sedaya upaya tutup identiti dia. Terus gua sambung mo meniru Amira punya kerja. Sekali Q cakap

Q : Aku nda buat tu

Aku terhasut : Ahh~ Betul ? !

Q : Ya

Aku : Betul ba ?

Q : Eya !

Amira : Bhua~ Ni anak. Cepat fikir

Aku berfikir~ Then terus bagi balik buku Amira. Memang hebat hasutan Q ! Pastu kami turun bawah. Ingatkan hari ni teda perhimpunan. Tapi malangnya ada. So kami turun ja la. Terus bawa sekali buku Fizik. Awal pagi ni Cikgu Hamizah. Otw mo turun Hardy bagi buku kuning. Tapi last2 dekat bawah Q bagi balik buku tu tempat Hardy. So dekat bawah kami berhimpun la. Saya ni balik2 mengadu kesejukkan. Bukan apa. Tadi masa kami otw pergi sekolah Shukran buka tingkap kereta tu. Alamak~ Sejuknya la~! Awal pagi yang indah ni dia buka. Aku cakap dengan Shukran

Aku : Kan ! Ko ni mo bunuh kaka ka ?

Shukran : Humm ? (Sambil tutup tingkap) Hehe 

Oke aku rasa masa tu sejuk dia macam mo mengigil. Sampai di dataran tu aku mengadu. Then omma yang dari tadi mendengar+memerhati cakap dekat aku

Omma : Mana. Cuba bawa kemari tangan yang kesejukkan tu

Then omma hulur tangan. Tangan tu style mo minta salam. Then I think itu cara dia mo minta kena salam oleh kami. Kami kan jarang dan teda suda salam dia sekarang ni. Then aku pegang la tangan omma.

Aku : Ehh ! Tangannya pun sejuk !

Tangan dia pun sejuk ! Terus aku buang tangan dia. And muka omma masa tu "What ? Ko buang tangan aku ? !" Dia macam terkejut+terkilan lah dengan tindakan aku tu. Tapi saya act besa ja. Then saya nampak muka burning. Oke to be honest dia tak handsome ! Handsome lagi kekasih aku. Uwargh ? Kekasih ? Hoho~ Teda la. Just joke ! Then masa "Mencek" saya tingu lagi. Dagu dia panjang. Tapi saya tetap nda puas hati. Mo ja aku panggil then tingu muka dia depan2.

Lepas jalankan misi aku tingu burning aku cakap

Aku : Okei times up !

Then saya jalan pergi makmal Fizik. Sambil2 tu tembirang2 la dekat pagar tingu para pengawas bertugas. Then durang Nur datang. Saya nampak buku kuning tu tempat Nur la pula. Last2 saya ambil dan saya la yang mo menghantar kunu. Kunu ! Saya jalan. Sampai kawasan budak2 kelas 3 Arif. Jadi saya pusing balik. Saya tingu durang Amira. Sengaja la kunu main2. Mencari burning. Jadi nya durang main2 la. Kami signal2 ja mandangkan kami jauh kan. Pastu "DIA" memerhati lagi. Aku buat signal "DIAM". Sebab dia memerhati kan. Takut dia detect.

Pastu ada budak2 3A tu keluar. Mo hantar buku kuning tu kan. Jadi saya tumpang sekali la minta hantar. Pastu nampak cikgu Hamizah dengan cikgu Nurul di belakang. Aku bersembunyi. And luckily cikgu Hamizah nda nampak. Tapi saya lupa rupanya cikgu Nurul nampak semua perbuatan aku. Oke kantoi !

Cikgu Miza : Huyoo~ Awal 5 Science hari ni

Terus aku bersembunyi. Cikgu Hamizah lalu la. Dia nda perasan. Jadi aku ketawa2 la sambil tunjuk cikgu tu. Sekali ada suara menegur

Cikgu Nurul : Ohh~ Mengumpat arr. Kasi tau ni !

Aku : Ehh manada cikgu.

Pastu tiba2 Azlin panggil

Azlin : Liyana

Aku : Apa ?

Azlin : Pinjam ba pen

Then saya bawa dia pergi tempat durang Yap. Box pencil saya tempat Yap. saya kasi pinjam la. Pastu bebudak 3 orang tu kumpul2. Pelik !

Amira : Liyan ! Kita stop dulu benda ni

Aku masa tu "Apa ka benda yang ko tiba2 merepek ni ?". Gitu la otak aku fikir. Ahh~ Rupanya pasal burning ! Si "DIA" suda dapat detect ! OMG ! Gilo apo koh~

FIZIK. Cikgu Hamizah. Kami belajar macam biasa. Dan macam biasa banyak cakap. Hardy masa tu wipe white board. Ntah apa ka cerita kami. Terus kami berpantun2 "Hutang emas di bawa mati"

Hardy cakap2. Terus aku teringat dia berhutang. Then saya cakap

Aku : Ehh~! Ko yang berhutang !

Then Hardy muka macam serba salah pun nda. Macam a little bit angry. Pastu saya berpantun baru dia ketawa. Pastu kami membentang. Q tukang tulis. Yap tukang bentang. Kami ? Tukang jawab soalan haha. Buat latihan. Then ketawa2 itu ini, habis masa kami pun chauu~

Otw naik atas kira mo kasi kejut budak2 yang duduk dekat tingkap tu. Tapi takut ada cikgu. So nda jadi. Masuk kelas. Wait for teacher.

BI. Teacher Maziah. Kami sign paper ULBS tu ja. Teacher sibuk sendiri. Jadi nya kami layan diri la. Then teacher tanya siapa nda hadir masa khamis tu. Kami cakap la Hardy nda hadir. Pastu dia tanya lagi siapa yang nda pernah ponteng sekolah. Ada lah beberapa budak baik. Amira, Nadia, Hazwani, Yap. Ni ja saya ingat. Then Hazwani cakap

Wani : Si Jue ?

Then Jue menafikan la. Terus saya bilang

Aku : Hehh~ Si Jue ni malu2 lagi !

Teacher : Masa PRU tu kan Jue ko nda hadir tu ?

Aku : Si Liyana pun teacher nda pernah ponteng

Member : Ehh~ Jangan la ko

Aku : Si Sarah ?

Amira : Butot ! Haha

Teacher : Eleh~ Sepa tu yang sms teacher pagi2 tu. Nda sekolah

Terus aku tutup2 muka.

Aku : Tapi teacher pun nda sekolah kan !

Sekelas : Hahaha~

Dalam kami ketawa2. Masa berlalu. Habis masa.

Kami cer2. Ntah apa yang aku cer dengan si Yap. Aku buat gaya. Terus si Yap cakap something yang menandakan cikgu Jeron datang suda and otw pergi kelas kami. Then aku tingu. Pastu kami saling berpandangan. Dari mata turun ke hati terus~ Haha. Ngongg ! Gila apa kah ! Memang dari mata turun ke hati. Nampak dia terus hati cakap "Haishh~ Kenapa la ko datang ?"

MM. Cikgu Jeron. Kami ada test. Okei susah soalannya ! Susa okei ! Suda la aku nda dapat jawab. Disitu juga dia round2. Ehh~ Buat malu aku ja la ! Pastu sebelum dia keluar dia cakap

Cikgu Jeron : Kalau gagal kena denda arr. Di bawah 50.

Habis masa.

Memang aku nda shock langsung pun dia cakap gitu. Dan aku memang suda tau. Then I thought in my mind "Hurgh~ That man seriously put me into a bad mood !" Tambah bad mood bila teringat "DIA"

Rehat. Macam biasa saya pergi tandas dulu baru la pergi surau. Di surau saya duduk dekat ustazah Naza. Durang Amira depan sikit. No chat ! Pastu durang Amira and Q pandang aku. Cakap pasal sejarah la. Sebab lepas rehat kami ada subjek Sejarah. Durang dua orang ni worry la kono cikgu berkunyanyang nanti kalau lambat masuk kelas. Then aku buat signal "Aku lagi rela di kunyanyang berbanding belajar". Then durang buat muka "Ya Allah budak ni~! Teruk !" Masuk kelas.

Otw masuk kelas kami cerita pasal burning. Mula2 bila durang Amira cakap "DIA" dapat detect suda pasal burning aku nda kisah. Tapi lama2 aku jadi marah+geram. Ehh yang dia sibuk apasal ? ! Then saya buat pernyataan

Aku : Walaupun dia nda hensom aku tetap suka dia

Then sampai suda ni dekat pintu kelas. Pastu act kunu kami lepas berlari. Ala~ Konon kami bergegas la mo pergi masuk kelas cikgu. Supaya cikgu rasa "Ohh~ Bagusnya kamu. Berlari hanya untuk ke kelas cikgu !"

SEJARAH. Cikgu Syafiqa. Kami belajar macam biasa. Dan cikgu balik2 tegur si Adzrul. Sebab dia senyum2. Apa yang disenyumkan nya pun kami nda tau. Biar lah dia. Habis masa

PI. Ustaz Malek. Tapi bahagianya ustaz teda. Huahuahua. Then Yap and non muslim yang lain turun pergi bilik sakit. Belajar moral. Q and Amira chit chat di tingkap menghadap bilik guru. Saya pula chat dengan Hardy pasal Fatinah. Yap yang mengantuk rela naik atas pergi kelas cuma untuk mengampai. Pastu cikgu durang datang paksa dia turun balik. Pastu nda lama dia naik balik. Masa ustaz ni kami habiskan dengan bercerita ja. Then Hardy panggil gua. First gua nda mo. Last2 gua datang juga tempat dia. Makin gua dekat makin dia jauh bawa gua keluar. Aku hairanlah. Rupanya dia mo tanya pasal OUM.

Hardy : Liyana ! Kamu kan OUM

Aku muka menyampah tapi curios : Hmmm~ Napa ?

Hardy : Apa tu SMILE ?

Aku : Napa ? Si Fatin masuk dalam situ ?

Hardy : Nda

Aku : Si Fatin nda masuk dalam situ ? Jadi ? !

Hardy : Nda. Anu ba. Sepa pengasas nya tu ?

Aku : Omma. Napa ?

Hardy : Ndada

Itu ja pun dia mo tanya aku. Aku ingat apa benda lah yang sangat private sampai dia mo panggil aku sorang2 siap bawa keluar lagi. Tengah2 chat datang cikgu Norsinah

BM. Komsas. Cikgu Norsinah. Baca sinopsis dan salin nota. Adalah beberapa orang budak kena suruh baca. Dan salah sorang nya si Jue. Besa la si Jue kalau membaca silent 'H'. Cikgu lagi tegur cara si Jue pronounce 'H' tu. Ketawa la ba kami. Yang lawaknya bila dengar si Hardy ketawa. Bukan apa. Dia ni manusia yang suka juga memperli cara si Jue cakap 'H'. Bila aku dengar ja Hardy ketawa confirm aku terbayang and teringat cara kenakalan dia tu. Tu yang buat aku terketawa tu. Habis masa

Otw mo pergi pondok security kami cerita2 la. Masih lagi pasal "DIA". Bukan apa. Aku geram ba ! Geram sangat okei ! Pastu sampai lah kami dibawah. Then gua letak buku atas kepala sambil nyanyi

Aku : Mana dia~ Kekasih hati ku (burning)

Then buku aku jatuh. Depan Amira. Then you know what ? Dia nda pungut pun. Hurgh~ Dia cakap dia malas tunduk. Oi ! Malas ko tu mengalahkan aku okei ! Pastu durang pergi bustop saya pula stay dipondok security. Jumpa lagi Azlin. Kami cer2 la pasal si Abang. My cuzi. Ada la kunu bebudak yang nda henti2 memuji kehensoman si Abang ni. Aku dengar Azlin cerita pun aku rasa macam mo tendang ja budak2 kegatalan tu. And saya baru tau rupanya abang dengan ann. Okei ! Gua TIDAK restu ! Sebab gua tak suka perempuan tu ! Dalam chat2 ada daddy~

Pulang~