Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Thursday, 29 January 2015

kecundang

Assalamualaikum

Di hadapan cermin kaca aku termangu sendirian. Berfikir akan kehidupan ku. Tujuan aku diwujudkan. Matlamat ku sebagai seorang muslimah. Nafas dilepaskan panjang. Jawapan sudah terpampang di hadapan mata. Namun, tiada sedikit tindakan di lakukan

Aku tahu. Aku sedar. Malaikat maut itu sentiasa on time dengan kerjanya. Malah aku sedar diri ku seolah-olah cuba melalaikan diri pada dunia agar lupa yang aku bakal kembali ke alam barzakh

Aku mungkin kecundang. Apa alasan ku? Entah. Hanya itu mampu ku ungkap. Otak ku rancak saja berfikir mengenai kehidupan ku. Aku mahu kenal akan Islam sebenar. Ya. Itu niat ku. Tapi mana usaha ku?!

Kepala di jatuhkan. Fikiran ku berkecamuk. Mati TIDAK menunggu. Aku tahu! Berhenti mengingatkan ku! Kerana aku takut. Takut nanti tiada apa dapat ku buktikan pada Yang Maha Esa atas apa telah ku lakukan di atas bumi ini untuk agama yang di bawa oleh sang kekasih-Nya

Allahu, mungkin ini ujian buat diri yang hina. Alhamdulillah kerana Engkau masih sayang pada ku. Tapi, mana sayang ku pada Mu?! Apa bukti aku sayang pada Mu wahai kesayangan?! Ampunkan hamba-Mu yang hina ini

Sesak. Rimas. Kadang sedih. Kadang kecewa. Apa begini ujian permulaan bagi orang yang mula mahu mengenal Mu wahai Ar-Rahman?

Kuatkan aku ya Allah. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Jangan biar aku kecundang. Tetapkan hati ku hanya untuk Mu. Kuatkan aku ya Ar-Rahim. Aku lemah. Aku tahu ujian ini diberi kerana aku MAMPU. Maka, pinjamkan aku kekuatan-Mu. Agar, boleh aku hadapi ujian ini dengan sabar dan tabah. Ameen

Sekian,
Hamba-Mu yang hina

Wednesday, 21 January 2015

Tiga abjad

Assalamualaikum~

seusai mandi, aku terus mencapai telefon pintar berwarna hitam ku yang ku letakkan di atas katil sebelum masuk ke kamar mandi tadi, bagi memenuhi tuntutan badan yang mulai kepenatan

lincah saja jari jemari ini menekan button whatsapps di home screen ku. 3group yang menyala tanda ada "unread messages". ku buka group pertama, tiada apa yang penting. baca group kedua dan ketiga. mempunyai mesej yang sama.

ku baca sms tersebut. tiba-tiba...... anak mata ku terhenti pada perkataan OUM(Open University Malaysia). ya. aku tahu ia sebuah universiti. tapi bagi ku, ia mempunyai dua maksud. yang mana satu maksud lagi merupakan 3abjad utama dalam sebuah "keluarga" yang terdiri daripada 7orang kawan

asalnya, keluarga itu terbentuk apabila sekumpulan kawan sekelas mempunyai minat yang sama. Korea. ya. kami meminati korea. kesemua mereka minat pada K-pop. tapi aku, lebih kepada drama. dan orang yang paling berpengetahuan mengenai korea kami gelar sebagai 'OMMA' yang membawa maksud 'IBU' dalam bahasa lingua francanya

ahli keluarga yang selebihnya di atur mengikut bulan kelahiran masing-masing. dan aku, adalah anak yang bongsu. 3orang kakak yang mana di gelar "UNNIE" dan 3orang adik yang di gelar "MAKNAE". maka terbentuklah OUM(OMMA+UNNIE+MAKNAE)

pada awalnya, aku cuma menurut kawan ku menggelarnya 'OMMA'. di sebabkan itu, aku terjebak dengan keluarga ini. tapi, bagi ku ia tidak membawa erti. cuma 1 kumpulan suka-suka yang direka cipta atas dasar 'minat yang sama'

namun, bulan berganti bulan. hubungan keluarga yang dicipta, menjadi semakin erat. jujur, aku mulai sayang dengan hubungan itu. dan keluarga yang pada mulanya ku anggap 'tidak bererti' mulai menjadi separuh dari hidup ku. bagi ku, dasarnya keluarga itu terbentuk, tidak penting. apa yang penting, ukhuwah yang terjalin terasa lebih manis berbanding madu lebah yang masih segar dari ladang

namun, mahligai yang dicipta dibadai ombak sang pendengki, yakni syaitan laknatullah. ukhuwah yang terjalin mulai disirami perasaan benci dan dendam. darah muda yang mengikut nafsu mudah sahaja menurut hasutan syaitan menghancurkan hubungan yang terjalin

renggangnya ukhuwah tersebut semakin bertambah apabila kedudukan kelas kami mula berjauhan dengan kelas yang lain. 4dari kami masuk ke kelas science stream. dan selebihnya masuk ke dalam kelas ekonomi.

pada tahun sebelumnya, kelas kami juga berbeza. tapi kedudukan kelas yang dekat tidak menghalang kami untuk saling berkunjung dan tetap bermesra sesama kami

pergaduhan yang timbul mulai sampai di tahap klimaks. namun, sayang melebihi segala-galanya. OUM terus kekal disebabkan sikap tolak ansur yang dilakukan OMMA. namun, bagi ku pada waktu itu, OUM cuma satu lembaran sejarah berdarah yang mengguris kejam hati ku sehingga begitu parah untuk ku kenang.

tahun berganti tahun. usia kian meningkat. akhirnya, zaman persekolahan telah aku tinggalkan. mengenal Islam membuatkan aku terdetik untuk membuang sejarah tersebut. memadam terus dan menghilangkan OUM dari sejarah hidup ku

ku atur kemas kata-kata maaf ku buat mereka yang pernah ku sakiti. mesej ku hantar. maaf di terima. sungguh, beban ku terlerai. seperti batu besar sudah di angkat dari hati ku. dan aku menganggap OUM telah tiada. apa yang tinggal, ukhuwah yang terjalin atas dasar sayang kerana Allah

namun, sekali lagi kami di uji. mungkin kerana kami terlepas untuk mengenal wajah sebenar yang tersembunyi di balik wajah hadapan. mereka kekal dengan pendirian mereka. meneruskan persahabatan atas nama 'OUM'. tapi aku, sudah terlalu serik. tiada dendam yang ingin ku simpan. dan aku tahu mereka juga begitu. aku putuskan untuk menjauh dari mereka. mereka yang bagi ku bermasalah dengan ku. mereka yang pada pandangan ku mungkin tidak boleh berjalan mengikut gayaku

aku tahu, bukan semua manusia boleh menerima apa adanya kita. dan aku juga begitu. aku tidak boleh mengikut gaya perjalanan mereka. aku seperti magnet yang sama label. saling menolak. jadi aku memilih untuk menjauh agar kebencian yang terbina satu masa dahulu, tidak akan berulang. biar aku memilih jalanku. kerana aku lebih kenal siapa aku. dan ini jalan terbaik yang inshaAllah boleh menjamin agar aku sentiasa kekal positif pada mereka dan begitu juga mereka. inshaAllah

siapa kata sayang ku pada ukhuwah itu telah tiada? masih tersisa sayang buat ukhuwah tersebut. ya. aku masih sayang. aku masih ingin menyayangi mereka. tapi biar sayang ku dalam diam. dan inshaAllah biar berkekalan hingga ke syurga-Nya.

Tuesday, 20 January 2015

Kirimkan aku

Assalamualaikum

Ligat fikiran ku berpusing. Sehingga naik runsing aku di buatnya. Kenapa? Kenapa ku rasakan seperti, aku...... HILANG?! Ya. Aku hilang. Aku hilang dalam jalan menuju-Nya. TERkandas? Entah. Sungguh aku tak tahu. Aku lalai dalam dunia ku. Lalai dalam kebingungan yang ku cipta sendiri....

Aku perlu seseorang. Seseorang untuk mendakap ku erat, memberi perhatian buat ku, mendampingi ku sepenuh masa, dalam melalui hitam putih, pahit manis perjalanan Menuju-Mu yang telah Engkau tulis buat diri ku sedari azali di Luh Mahfuz-Mu Wahai Pencipta langit dan bumi.

Kadang, TERdetik kebaikkan di hati. Namun, mudah saja kejahatan membasmi perasaan itu. Aku menurut sahaja apa hati kecil ku mahukan. Ampunkan hamba-Mu ya Tuhan yang Maha Pengampun

Ya. Jujur, selama melalui jalan-Mu, aku agak bahagia. Tetapi aku juga agak sengsara. Mana mungkin boleh aku berubah secara drastik. Menukar diri ku yang jahat pada hari ini, kepada yang baik sepenuhnya di hari esok.

Jalan ini penuh onak dan duri. Bila aku tertusuk duri, mudah saja diri ini menangis, meraung dan merajuk untuk berhenti di pertengahan jalan. Luka yang pedih membuatkan aku berasa perit untuk meneruskan perjalanan ini.

Aku tahu, di penghujungnya punya keindahan yang tidak mungkin dapat ku rungkai melalui kata-kata. Keindahan yang tidak mungkin mampu ku fikirkan melalui otak pemberian-Mu, yang Maha Esa.

Aku terjatuh. Aku terjatuh dalam jalan menuju-Mu. Ini angkara sang pendamba teman buat di neraka kelak, Syaitan. Aku perlu seseorang untuk membantu ku bangkit semula. Meyakinkan ku untuk meneruskan perjalanan ku tanpa ada sebarang gusar dan merasakan apa yang ku rasakan sebagaimana mula-mula dulu aku rasakan kemanisan dalam jalan menuju-Mu. Aku inginkan kemanisan itu.

Cuma.... aku bingung. Aku tidak tahu siapa boleh membantu ku untuk terus mara ke hadapan tanpa melencong ke mana-mana simpang yang menyesatkan diri yang acapkali dengan mudah tergoda pada hasutan syaitan durjana laknatullah. Ya. Aku punya sahabat. Tapi mereka jauh. Terlalu jauh sehingga boleh ku abaikan nasihat mereka.

Aku insan lemah yang tak berdaya. aku perlukan kekuatan. Mungkin ini ujian bagi ku. Tapi aku perlu TEMAN ya Allah. Teman yang boleh mendampingi ku di setiap waktu yang berdetik, di setiap saat yang kian berlalu dari hari ke hari. Kirimkan dia yang ikhlas buat diri ku untuk membantu aku terus maju ke jalan-Mu ya Rabb.

sekian,
HambaMu yang hina.

Tuesday, 13 January 2015

2015

Assalamualaikum~

astaghfirullahalaziim. dah bersawang blog gua ahaks. k. I guess pembaca pun teda sudah hahahah. Its 2015 already oh hahaha.

ku munculkan diri ku di hari ini adalah kerana, daku baru TERjumpa satu application yang membenarkan si blogger menulis blog melalui telefon pintarnya. sungguh ambo tak tahu yang application ini wujud. maka kerana baru hari ini hamba mendownloadnya, maka baru hari ini juga hamba ter-update cerita hamba.

okay la. 2015. everyone gonna start like 'azam tahun baru is......' blablabla. boleh blah. sebab i dont think so azam itu terlaksana kerana how can YOU on 31/12/2014 suddenly change drastically into the NEW you at 1/1/2015?! hahaha. k merapu

apa aku nak sampaikan is. how can we change dalam masa 1hari? perlu istiqamah dan kesabaran. inshaAllah, kita akan menjadi rama-rama penghias dunia itu. aisehh. ayat

gua so far sihqt ja. And ambo sedang belajar mengenal Islam. ambo tidak mahu menjadi 'ISLAM ATAS IC' ambo mahu menjadi 'ISLAM BERISI' aisehh ahahah. so far, masih merangkak dalam mengenal Islam. masih seorang bayi. masih terlalu mentah untuk mengenal agama Tuhan pencipta alam

how can gua tetiba bertukar? hahaha. oke. gua memang the brutal one. the kiddo one. the celupar one. and what so ever la kan. actually i also dunno how can i change. mungkin sebab aku di kelilingi oleh kawan yg "TERPILIH" untuk berada di jalan menuju Allah

Alhamdulillah. hamba bersyukur. terasa disayangi Allah. padahal hamba ini manusia hina. kenapa Allah pilih? sebab Allah sayang. tetiba rasa Allah sweet. tetiba rasa cinta Allah lebih luas berbanding cinta manusia yang melalaikan aku di kala usia remaja. subahannallah. sesungguhnya, hidayah milik Allah

buat para readers(kalau ada lah) andai terdetik ingin menuju ke jalanNya, maka segera lah berubah. secara perlahan. inshaAllah. membuahkan hasil. me too begitu. perlahan2. inshaAllah terus istiqamah dan terus sado. andai ada mulut celupar menegur mu "BERLAGAK ALIM, USTAZAH/USTAZ" dan pelbagai lagi, abaikan. kerana, itu ujian kesayangan(ALLAH) untuk menguatkan kita ��

2015. keep sado. moga Allah redha