24 JULY-02 AUGUST 2013_RABU-JUMAAT
ASSALAMUALAIKUM~
#24 JULY 2013 _RABU
Hari ni bangun2 ja jam suda 4.20 lebih. Dekat jam 4.30. Mo imsak sudah ! My mom terlajak modop. Aku lagi la. Nda payah cakapla sayang oii. Ada earthquake pun aku nda sedar kali dek kerana nyenyaknya modop haha. Lepas sahur tu aku nda tidur lagi. Sebab semalam jam 9 lebih aku sudah modop. Jadi pagi ni mesti bangun dan baca buku untuk exam karang ! Jadinya aku bersiap2 dulu, baru membaca dan jam 6 lebih go to school. Azlin masih ikut nenek murni. Adul and Shukran motor lagi. Aku. Daddy hantar. Sebelum pergi sekolah tu, daddy buang sampah. Gua nampak kereta Q lalu.
Sampai sekolah, Q sudah terpacak depan lobi. Mungkin tunggu aku. Atau................... Morgana pendragon ? haha. Mula2 Q bawa naik pergi kelas. Gua nda mo. Sebab kejap lagi mesti loceng gila tu bunyi. Jadinya kami tunggu ja dibawah. Dan seperti yang sudah ku tau. Masa kami otw pergi tangga dekat bilik pafa. Yang berdekatan dengan dataran, loceng gila tu pun bunyi. Oke buat payah kaki melangkah ja. Baris.
Masuk kelas. Otw masuk kelas tu gua kacau tabir bebudak 3A. Ngam pula adik si Amira tu lalu. Then dia tegur
Amirul : Mengacau lagi
Aku senyum ja. I am so glad tu budak akhirnya bicara juga dengan aku. Sebab dia ni pendiam~ Pendiam la sangat bilang si Amira. Kemudian, exam berlangsung. Masa tengah menjawab tu, tiba2 pula si Jawl ni minta buku dengan cikgu Miza. Mental breakdown suda kan. Nda tau mo jawab apa. Durang dua urang gitu gini then tiba2 ada satu paper terkeluar dari buku tu. Buku tu buku si Nadia. Cikgu baca gini
Cikgu : Nadia natasha *****
Diam tiba2. Curious la kami ! Napa cikgu diam ? Terus durang bising la. Si nadia pun bising. Then cikgu kasi tunjuk tu paper tempat si Nadia. Ntah apa ke benda bertulis dalam tu. Lepas ja baca benda tu dengan penuh emosi dia lari2 dengan tangan pusing2 kelam kabut ambil pas then terus keluar. Kami ternganga. Q ketawa berabis tingu kelakuan budak tu.
Then lalui hari macam biasa. Well you know~ Kehidupan budak sekolah. Dan pulang
#25 JULY 2013 _KHAMIS
Siap and go to school. Lalui2 hari2 biasa. Tapi ada ja yang luar biasa sikit. Yap Chew Lena buat panas. Perempuan cina terakhir tu. Perempuan yang bertopengkan kebaikkan tu cari pasal dengan aku. Kami pergi toilet, then dia dengan overreact dia tu pergi tegur durang second family. Itu oke lagi. Yang aku marah ni, dia pergi peluk2 tu apdehal ? ! Kan kitaurang KONONnya family. Kalau Sulina peluk, aku ? Mesti la biasanya kami buat benda yang sama kan. Masa tu otak aku jammed. Apa yang aku boleh fikir cuma lah "Oh no ! How should I react ? ?" Takkan aku mo buat macam yang Sulina buat ? Sudah lah aku lama sudah nda buat gitu. Kekok la. In the end gua cuma diam and say "MAMA". Itu pun sebab dia tegur aku "ANAK".
Nda lama kemudian, Umi pula masuk. Tersepit lagi aku. Sunyi oke. Aku nda tau mo cakap apa. Then aku ni "PINTAR" la sangat pergi pecahkan kesunyian dengan cakap "BUTOT".Wow ! Then what I got ? Satu pelukan dari umi. Dan umi reply dengan "BUTOT UMI". Aku rasa, aku cuma burukkan keadaan. Sudahlah ada second family situ. Haishhh~ Then aku masuk tandas
Keluar dari tandas, semua orang dalam tandas tu aku tegur. Even Sania nda terkecuali okei. Tapi, untuk menegur second family punya member yang ke 4, aku tiada idea. Lidah aku kelu. Aku perasan dia perhatikan aku. Tapi aku nda tengok dia pun. Maybe dia mengharapkan aku untuk tegur dia.Tapi, aku nda tau kenapa mulut aku nda dapat bercakap bila dengan durang. So sorry~ :(
#26 JULY 2013 _JUMAAT
Akhirnya ! Aku tau juga apa ke benda yang bertulis dalam paper Nadia tu. Ala~ Yang si Nadia lari pecut meninggalkan kami tu. All thanks to Jawl sebab sudi bagitau. Weh, M4 ! Ingat senang ka mo pujuk si Jawl tu ? Kena cakap aku sayang dia sangat2 dulu baru dia bagitau. Itu pun lambat ! Sampai aku hampir putus asa ! Tapi, apa2 pun bagus la. Sebab, nda payah lah aku mo teringat2 benda tu masa belajar and jawab exam.
#29 JULY 2013 _ISNIN
Hari ni awal sikit datang sekolah. Sampai sekolah ja, jumpa Ira. Perempuan loyar tu. Hurgh~ Malas aku ! Haha. Sampai kelas pula, beriuh lagi dengan ayam. Amira la. Sapa lagi. Then loceng bunyi. Amira suggest mo escape, tapi belum sempat pun keputusan akhir kami buat, Si Abdul Hardy Hilman Abdul Halim tu sudah awal kunci pintu kelas. Depan belakang lagi dia kunci. Well, thank you so much Hardy !
So ? Camana kami mo keluar ? Sudahlah hari tu hari isnin. Mo panjat, pakai skirt pula. Dalam tu lagi ada Cak. But, luckily dia tidur. Mo nda mo, kami panjat sajala~ Sampai bawah, kami lambai2 Hardy. Sambil dalam hati (jangan pandang rendah dengan M4 ! Konon~! Haha) Hardy senyum ja tengok kami.
Otw masuk kelas, Umi tanya aku sudah cek ka belum PLKN tu. Aku cakap la belum. Sebab aku on9 guna hp. Tapi, ada sudah wakil aku yang tolong cek. Amira again. Aku nda dapat PLKN tu. Yang dapat Yap, Om dengan Ady. Itu ja kami tau. Pastu, Hardy tiba2 cakap
Hardy (Senyum2) : Aku nda payah cek ba. Aku tanya saja si Najib.
Aku (Serius) : Hahh ? Menipu ! Biar banar ? !
Hardy (Senyum2) : Awu ! Ea yang tick mana nama yang ea suka. Aku lagi tolong ea kemarin mentick
Aku (Serius) : Ahh ! Menipu ! Haha. Apa kuasanya sampai dapat mentick ?
Hardy masa tu muka blur+senyum2. Mungkin dia bingung sebab dia tengok muka aku masa tu memang muka orang yang percaya 100% dengan apa yang dia cakap dan mesti dia fikir aku bodoh sangat masa tu. Aku masa tu muka blank+serius+unbelieveable. Then masuk kelas, Exam. Aku fikir2 balik apa yang Hardy cakap tadi. Then dengan bodohnya aku perasan yang rupanya aku sudah salah faham. Rupanya Hardy cakap pasal Najib Tun Razak. Yang aku pula fikir Najib budak form 6 tu. Ala~ Budak baru disekolah kami yang si Along gilakan sangat tuuu. Haha. Masa tu aku rasa mo pengsan ja sebab menahan ketawa sorang2. Ya la~ Kan exam, karang aku tiba2 ketawa sorang2, mesti durang cakap mental breakdown sebab nda dapat jawab soalan. Paksa lah aku ketawa berabis sorang diri dalam hati.
Then masa kami jawab exam tu, cikgu Hamizah tiba2 cakap
Cikgu : Ahh~ Lupa. Hardy kirimsalam sama kamu semua. Dia mo pindah. Haha
Then kami berabis ketawa. Pindah apa ke bendanya kalau dia masih ada sini. Bukan setakat batang hidung dia ja ada sini. Segala badan dia pun ada sini. Pindah apa barangg~ Oke joke yang sangat lawak pagi2 tu.
Then rehat. Aku mo pergi tandas. Tiba2 aku nampak budak2 menengah rendah ni baru masuk kelas. Then aku tanya budak2 tu
Aku : Kamu baru keluar dari surau ka ?
Budak2 : Ha'ah
Aku : Banar2 ba. Baru seja ? Dari tadi kamu di surau ?
Budak2 : Ha'ah. Ya !
Terus aku berundur. Ya la~ Takut aku jumpa dengan si ANIB. Gila hapo kohh ! Aku balik pergi kelas. Lepas aku rasa line memang clear, aku terus jalan pergi tandas. Lepas dari tandas, Sudah kebiasaan aku untuk lalu di kawasan bilik cikgu Irewan. Jalan2, then stop kejap depan pintu hose reel tu. Urus tudung. Tak semana2 tiba2 mata ku terpandang kelibat Anib. Mulut ku terus mengukir senyuman. Senyuman panjang sampai lah aku masuk kelas. Then ayam penyibuk tu. Si Amira tanya aku. Kenapa aku senyum2 ? Tapi gua act besa ja. Then kami sempat chit chat. Ntah macam mana boleh pula cerita pasal si Om termasuk.
Amira : Si Om ba, ada ka dia tanya aku apa yang keluar science. Dia fikir aku tau ? Bungu. Haha
Aku : Hahh ? Ohh~ Ommm~ Aku fikir si Yap. Haha
Then kami ketawa2. Haihh~ Salah faham lagi aku. Mungkin sebab si Anib la tu aku jadi gitu. Kemudian, exam. Cikgu Syafiqa yang jaga. Cikgu ni memang suka melekat tempat kami. Buat aku rimas mo jawab soalan. Tapi nasib la dia nda jaga kami masa paper dia, kalau nda habis lah parah ! Tapi, aku suka juga la kalau dia melekat tempat aku, sebab cikgu tu harum. Haha~
Pastu paper lain lagi. Ustaz Malek yang jaga. Kami ulangkaji kejap. Then habis suda limit untuk kami ulang kaji. Tapi, si Yap and the rest masih lagi ulangkaji. Then ustaz pun cakap
Ustaz : Ba suda. Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sekelas : Haha.
Then, macam satu trend pula untuk kami. Kami mesti ikut apa ja style ustaz. Bukan apa. Lucu !
Sekelas : Bahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Aku : Bahhhhhhhhhhh~ Yap baaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh
Habis beriuh ustaz bagi paper. Aku kan buka kasut. Ustaz pandang kasut aku. Then pandang aku. Aku pandang ustaz. Then dia tegur
Ustaz : Kasut tu ba
Aku senyum ja. Kemudian kami pun start la menjawab. Masa menjawab tu, ngam2 ada Anib. Dia tutup pintu. Aku perhatikan lah dia. Then entah bagaimana, boleh2 pula dia pusing and pandang aku ! Haishh malu ! Aku harap la dia nda perasan yang aku perhatikan dia. Then otw pulang tu, aku pergi lah kelas durang. Test2 style dia tu. Bukan apa. Memastikan dia nampak aku dengan jelas atau nda ? Tapi bila aku tengok tempat duduk aku tu, macam kabur2. Harap la dia nda nampak. Menyedapkan hati sendiri jurhhh~
Mandangkan hari ni aku gitau bapa aku balik jam 2 padahal hari ni semua balik jam 1.20 aku pun blank. Bukan apa. Aku nda tau mo pi mana. 40 minit tunggu di pondok security tu ? Alamak ! Mati kering la aku. Tengah2 berfikir, jumpa pula cuzzy aku. Azlin. Dan tiba2 durang budak2 bustop tu panggil2 aku. Si Tanirah, Fatin and Errah. Nda la aku mo pergi situ. Ada si Anib hoii !
Then tiba2 dalam kecelaruan itu, aku teringat akan Adul. Abang aku ! Jadi sekarang, boleh lah aku pulang haha~! Ada makna juga aku pulang awal. Jadi aku pun tunggu la Adul di luar pagar tu. Syafiqa form 3 pun ada situ. Then kami chit chat la kejap. Ntah apa yang kami cakap tiba2 fiqa cakap
Syafiqa : Nda pa. Aku ada ni karang motor ku
Aku pun tunggu la mana motor yang dia cakap ni. Then, tiba2 motor Anib datang. Tapi bukan depan aku la. Sebelah aku. Tak jauh, tak dekat la jarak kami. Aku masa tu kaku. OMG ! Motor Anib rupanya yang fiqa cakap ni. Haduss~ Parah aku ! Aku yang dari tadi menengok2 kawasan durang Anib terus nda pandang2 lagi. Aku tengok dinding besar depan aku tu ja. Luckily durang jalan dulu dan baru Adul arrive. Hari ni aku naik motor tanpa pakai seluar. Seksi ! Malu la aku ! Biasanya kalau Adul bawa laju, aku marah ! Tapi kali ni, dia mo bawa laju, bawa lah. Memang aku malu. Hoii ! Kaki aku ni walaupun ko tengok macam kaki gajah, tapi bagi aku harga dia lagi mahal dari benda2 yang ada di dunia ni tau. Masa tu dalam fikiran aku "RUMAH" ja. Aku nda peduli lagi laju camana Adul bawa. Dengan tutup2 muka lagi aku masa tu. Tapi, walau dalam keadaan cemas cenggitu pun aku sempat marah Adul sebab bawa motor tu dekat dengan Anib. Malu la aku kalau Anib nampak aku dalam keadaan tu~ Seksi hoii !
#30 JULY 2013 _SELASA
Hari ni tiada perhimpunan rasmi. Dan hari ni juga aku lambat datang sekolah. Luckily nda kena tangkap. Dan hari ni hujan ! Alhamdulillah~ Tapi hari ni juga buat aku panas awal pagi ! Durang si Adul la ! Orang bagi bangun bukan pandai bangun. Ikutkan hati, mo ja aku tendang ! Hurgh~ Okei2. Sudah ! Sambung balik. Hari ni simple ja. Naik kelas, Exam then pulang.
#31 JULY 2013 _RABU
Hari ni sebenarnya plan nda mo turun perhimpunan. Tapi, bila dengar cikgu Irewan yang bercakap, mula la masing2 gelabah. Then last2 aku cakap "Heshh turun la". Jadi kami turun la. Dan tittle sebagai "BUDAK BAIK" memang akan sentiasa melekat tempat kami. Then mo masuk kelas. Balik lagi perangai kami macam dulu. Menyampuk masuk2 dalam barisan 5A. Aku dengan Yap main masuk2 gitu ja. Amira pula lawak. Camana style dia ? Dia pura2 tanya si Finah apa benda yang Finah pegang. Then dengan senyum2 dia bergerak makin lama makin dekat denga Finah and masuk barisan 5A. Apa la budak tu.
Masuk kelas, exam Add. Agak marah lah juga sebab soalan tu susah. Dan mula lah aku berkunyanyang sendirian dalam hati. Memang panas ! Masa ulangkaji pun nda dapat masuk apa. Sebab masih sakit hati dengan soalan tu haha.
#01 AUGUST 2013 _KHAMIS
Nothing happen. Semua nya macam biasa. Exam. Dan~ Oh yaa ! Hari ni kami bergambar dengan Sir Jeron. Sebab lepas cuti nanti dia sudah tiada. Bagus la haha. Oke mula2 tu durang semua malas mo turun. Then aku cakap "Jom la ! Last sudah dia sini".Tapi bila sampai sana, durang bergambar2 lagi dengan 5A. Dek kerana malas menunggu aku pun bawa M4 lari. Yap ja nda ikut. Entah dia pergi mana. Last2 kami kena panggil. Q dengan Cak ja yang tiada dalam gambar tu. Keras kepala betul !
#02 AUGUST 2013 _JUMAAT
Hari ni pula ada majlis. Pembahagian zakat dengan derma raya. Disebabkan majlis ni, kami terpaksa ambil exam Che 3 lepas cuti raya. Jujur, aku malas ! Lepas majlis tu, kami ada bersalam2. Mula2 tu nda mo bersalam. Tapi last2 pergi juga. Sebab mo tanya cikgu Nurul Che 3 apa yang keluar. Tapi cikgu cakap "RAHSIA". Then aku cakap dalam hati "Oh thanks so much cikgu ! Hurgh~" Pastu cikgu Seco kirimsalam dengan abang aku. Then aku dengan selamba cakap oke. Tapi jadi bingung bila Amira cakap "Abang mu yang mana satu ?" Dan mula lah aku terbayang2 abang2 aku. Ajid ka Adul ni ? Tapi, nasib la cikgu tu nda kenal dengan abang aku lagi 2 orang. Kalau nda bingung la aku. Then pulang.