Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Sunday, 28 April 2013

GUITAR

ASSALAMUALAIKUM~

Today gua mo share video guitar yang gua curi d fb semasa gua tengah menstalk ! Huahuahua. Seriously gua kalau dengar saja orang main gitar yang sentimental memang gua cair lah. Haha. Then enjoy it~


He is my bro friend. Sorry for show it without ur permission bro~ :P

Saturday, 27 April 2013

LOVE STORY~ :)

ASSALAMUALAIKUM~ :D

Hahaha today sa mo cer pasal LOVE STORY ! Geli ? Mbha hush ! berambus. Nda payah baca. Haha. Okai gua xmo cer panjang sebab this story might be long and tiring. So I'll just cer seja la.

Oke sebelum tu cer ne actually based on true story. Napa aku terpanggil untuk bercerita mengenainya ? Kerana ceritanya seperti didalam sebuah novel atau drama.

Aku cuma guna nama "AKU" dan "DIA" untuk gambarkan watak utama sebab identiti must rahsia la kan beb. Cerita ne memang 100% diceritakan balik oleh tuan punya badan. Tapi ada lah juga aku tambah2 sikit. Sikit ja nda banyak. Yang tulisan colour HITAM tu , etu cakap2 aku la tu. Tapi ada la juga colour ungu tu cakap aku. Sikit ja~ haha. Oke lets begin...............

2009. Masa tu aku tengah duduk2 sambil hafal PAFA. Waktu tu ne aku masi lagi junior. FRESH ! haha. 13 Tahun. Tengah aku syok menghafal PAFA dengan kawan2 aku datang pula sorang laki tingkatan 4. Senior aku la kan. Tiba2 dia cakap


"Ko ka si ****? ada orang mo jumpa ko"

Fulamak terkejut aku. Suda la nda bagi salam. Nasib la teda cigu time tu. So , memandangkan aku nda kenal pun manusia yang entah hebat ka nda sampai aku pula yang di suru jumpa dia aku pun nda la pigi sebagaimana suruhan tersebut. Suda nda kenal nda kan la aku mo pigi ? amacam kalau penculik ? Parah brade ! *tapi ko rasa ada ka penculik akan cakap 'ada orang mo jumpa ko' besopan la sangat punya penculik*

Oke lama da cerita tu berlalu. Nda lama kemudian aku dengar Bapa dia meninggal. INALILLAH~ Kesian juga aku dengan dia.

Kemudian cuti sekolah......................

Aku ada sorang jiran ne. Anak dia memang rapat dengan aku. Selama ne aku nda tau pun yang anak jiran aku tu rupanya anak buah dia. Jiran aku tu abang dia rupanya. Lagi pun kadang2 aku memang nampak dia pun petang2 tempat jiran aku tu. Then baru la aku tau dia tu sepa. Itu pun dengan pertolongan kazen dia and bapa aku.

Jadi mula dari situ la bunga2 CINTA aku mula berputik~~~ <3

######

Tahun 2010. Kemudian bermula lah musim baru. Buka sekolah. Bertambah lah satu nombor umur aku 14 tahun. Aku pun suda jadi budak senior sikit. Haha satu anak tangga ja aku naik.

Bila hati sudah jatuh confirm la ko mo kenal kan sepa dia. Jadi aku pun sedikit sebanyak ambil tahu la pasal dia ne. Amboi2 rupanya dia ne gangster juga. Tapi dia ne gaduh sebab TOLONG kawan and sebab ada orang yang CARI pasal duluan dengan dia*tapi rasanya tetap sorang gangster kan ?*

Ada satu hari tu dia mo gaduh. Dengan budak sekolah lain. Tapi sempat lagi dia tengok aku. Hmm apa laa. Kalau mo gaduh gaduh seja laaa.

Sepanjang waktu kami ada feeling antara satu sama lain. Aku selalu tengok dia dari jauh. Then dia pula bila tau ja aku ne suka dengan dia , apa lagi berabis la dia kirim salam tempat aku. Etu pun dia kirim dengan kawan baik aku. Sampai penat la mo jawab salam dia tu. Haha

Hujung bulan 10 dia ambil keputusan untuk jadikan aku GIRLFRIEND dia. Jadi dia bawa aku jumpa di tangga belakang kelas aku. Jadi aku pun tunggu la dia. Nda lama lepas tu aku nampak suda bayangan dia. Dia pun memang mo jalan sudah jumpa aku. Tiba2 ada suara lelaki panggil nama dia dibelakang. Terus dia jalan direct. Dia nda masuk pun simpang tempat aku bediri. Padahal jarak aku dengan dia dekat sangat. Rupanya kaawan baik dia yang panggil.

Lepas kejadian tu , dia undur diri. Aku heran. Kenapa ? Apa salah aku. Aku nangis. Ya. Sedih sangat. Start sini aku memang susah mo percaya dengan lelaki.

Kebetulan pula kaka kawan baik aku ne satu geng dengan dia. Jadi memang ada can la mo tanya kan napa dia undur diri. Jadi kesimpulan ceritanya. Rupanya kawan baik dia pun suka dengan aku. Jadi demi jaga persahabatan , dia sanggup lepaskan aku*bagus2 ! ndakan lah sebab perempuan yang bukan pun bini ko , ko mo gaduh dengan kawan BAIK ko kan ? esk3. xbek xbek !*

Tapi kawan baik dia nda perna pun cakap dia suka aku atau bawa aku kapel. Lepas abis sekolah aku dengar2 dia pigi KK.

#####

Tahun 2011. Tambah lagi umur aku. 15 tahun. Tahun ne aku PMR. Dia pun suda abis sekolah. SUNYI~

Satu hari tu aku belek2 majalah sekolah. Tiba2 aku nampak nombor dia. Aku pun ambilah nombor tu. Bermula lah penyamaran aku haha. Al maklum lah CINTA PANDANG PERTAMA susah mo lupa. Aku pun menyamar jadi orang lain. Dia pun layan ja aku. Aku rasa dia tahu yang menyamar tu sebenarnya aku.

Aku pernah jumpa dia. Tapi masing2 buat nda kenal. *SEDIHNYA~*

Tahun ne aku dengar dia banyak kemalangan motor. Tapi tuannya nda cedera , motornya seja cedera. Satu hari , motornya terbakar. Dia menangis tapi aku gembira. Sebab lepas tu dia teda motor suda mo bawa pigi merempit. Tapi , abangnya pula belikan motor baru. Hesh ! Kacau betul laa.

Kazen dia ada bagitahu aku yang dia sekolah di sarawak. 

######

2012. Aku sudah tua ! haha. Tapi aku tak pernah lupakan dia. Hmm~ 13 , 14 , 15 , 16 ! Ya 16 tahun. Aduss. Lamanya la suda dia tinggalkan aku. Taun ne aku lost contact dengan dia. Maybe dia tukar nombor baru.

Bulan puasa tu bapa aku dengan abang dia pigi mancing. Dia pun ada sekali. Bila bapa aku mention ja pasal kami terus dia malu2 haha. Ya ! Bapa aku tahu. Alamak~ Amacam bapa aku tahu ? Oke mari kita recall balik amacam bapa aku boleh tahu.


!~~~~~~~~!


'Masa dia datang mo jumpa aku tu kan. Ala~ yang time form 1 tu. Aku terus tanya bapa aku. Sepa orang tu ? Sebab kan kadang2 dia ada datang pigi rumah abangnya. Jadi dari situ lah bapa aku tahu pasal kami.'

Haah~ Macam Begitu lah ceritanya. Akhir tahun ne parents mo pindah balik pigi tempat asal kami. Mahu nda mahu paksa la ikut. Memang sedih la aku terpaksa tinggalkan sekolah aku. Ada kenangan dengan dia lagi. Aduss~

######

2013. Akhirnya aku jadi senior suda. Haha 17 tahun. Dan bermula lah kehidupan aku di sekolah baru. 

Satu hari ada sms dari nombor yang aku nda tahu. Siasat punya siasat rupanya dia tu budak form 3. Adik angkat kawan aku. Dia ajak kapel. Tapi................................ Hati aku masih dekat dia. Lagi pun budak masih tu. Kalau cerita aku dengan dia lain la. Aku nda minat budak kecil. Haha.

Sekarang ne aku fokus SPM first ! Buat masa ni memang aku nda sangkut mana2 laki di sekolah ne. Aku rasa aku pun malas suda mo fikir benda ne. 

Tapi walaupun gitu jauh disudut hati aku , aku memang masih tunggu dia. Orang cakap kalau jodoh nda ke mana. In Shaa Allah. Buat masa ne biarkan lah aku jalani hari-hari ne sebagai seorang pelajar dan anak.

Naa begitu la ceritanya. Best kan macam drama. Ada konflik segala. Huahuahua. Tapi kalau ko rasa nda best , diam2 saja ! :P Okai , wa chau ! ADIOS~ :)

Friday, 26 April 2013

SEKOLAH KU HARI INI

ASSALAMUALAIKUM~

Hai2. Oke today gua mo cer pasal sekolah gua hari ne. Memang banyak cerita. Nda lah jua banyak sangat. Banyak ka enda ? Ala~ Susah2 kamu ja lah yang putuskan banyak ka nda banyak cerita aku ne.

Cerita 1#

Hari ne adzrul kena gunting rambut. Huahuahua padan dengan muka ko. Tapi , serious gua bilang sama lu memang cantik rambut dia. Lagi comel dari yang sebelum ni. Haha Matcho hoo~

Cerita 2#

BM hari ni Q aka IeykaFaeza nda hadir. Patutnya hari ne bentang kerja komsas di kad manila. Kad tu pula tempat Q. Aduss~ Habis lah pula kami kena marah oleh cikgu. Kalau durang laki nda lupa buat di kad manila memang confirm kami pun nda kena. Sebab masa kami tu cikgu masih boleh handle api dia. Tapi disebabkan durang tu lupa ingatan sangat , kami pun kena. Durang ne macam "Kerana seekor kerbau bawa lumpur habis semua kena".

Cerita 3#

Yang bahagian sini teruk. Cikgu sejarah kami merajuk ! Parah. First time ne jo~ Ya la. Kalau aku jadi cikgu pun mana aku suka kalau ada anak murid yang sudahlah nda pandai menjawab bila disoal. Tunduk lagi tengok buku macam khuysuk sangat. Padahal mengantuk ! And bila kena soal tengok buku lagi padahal tadi sudah tengok buku. Bila bukan sesi pembelajaran bising pula masing2. Lepas tu memang tiap masa dia kami buat gini. Aduii cikgu mana la yang nda marah kan ?  Kami bukan apa. Kami tengok buku sebab takut buat eye contact dengan dia. Takut kena soal~ Hehe. Kadang2 tu dia soal yang sudah lapuk. Mana lah aku boleh ingat. Sebab aku malas ulangkaji. Hehe. Oke soalan dia memang ko faham. Tapi kadang2 bila ko bagi jawapan mesti dia cakap

"Ya meh ?"

Lepas tu bila dia jawab soalan tu mesti ko dengar jawapan dia sebiji sebulat macam jawapan ko. Haishh~ Tu yang buat aku kadang2 malas la mo jawab. Lagi satu aku rasa durang2 ne mengantuk. Aku nda lah mengantuk sangat. Tapi perasaan mengantuk tu ada la. Jadi tadi dia pot pet pot pet kejap. Then dia cakap

"Mm~ Kamu bacalah. Lepas tu bentang"

Lepas dia cakap gitu dia keluar kejap. And masuk balik pastu ambil barang2 dia dan keluar macam tu ja. Masing2 rasa bersalah. Amira lagi lah. Sebab masa dia pot pet pot pet tu nama si Mira lah yang dia sebut. Memanglah ko rasa bersalah kan ? Aduii esok lagi ada sekolah. Ikut jadual hari ni lagi. Confirm la dia ada lagi. Macam mana lah kami mo berhadapan dengan dia ne ? Ya Allah~

Cerita 4#

Lepas cerita cikgu sejarah tu. Kawan laki gua Adzrul , Khairul and Hardy terus mengampai. Yang gilanya kawan aku si Cak boleh2 dia pigi lepaskan kentut dia tempat manusia2 mengampai tu ? ! Ya Allah~! Buruknya lah perangai manusia sorang ne. Hesh ! Mihir ! Yang si adzrul dengan c Khai ne nda sedar. Si Hardy lah yang cepat2 terus ambil minyak wangi sumbat di hidungnya. Aduss  TALINGONG juga si cak ne ! Lepas tu abis suda kan dia kentut tu.

Dia sambung balik cerita sama Dugdug. Tiba2 Dugdug , Adzrul and khai lari. Hardy pula kasi sumbat balik minyak wangi di hidung dia. Nur pula teriak "ALONG !". Rupanya dia kentut lagi sekali ! Hesh ! Memang pengotorX10000000 sangat ! Bayangkan masa2 dia tengah syok cerita dia melepas. Lepas tu ekspersi muka dia selamba ja. Ehh~ NO feeling betul lah hamba Allah sorang ne.

Cerita 5#

Oke lupakan cerita kentut. Ni pula masa kami di bilik maths. Time ne kan kami tengah jawab soalan di kertas yang cikgu bagi. Amira pula teda mood sebab cerita sejarah tu. Sekali tengah2 jawab soalan ada bunyi pum pam pum pam nge ngo nge ngo di luar. Semua senyap. Nda lama lepas tu Hardy orang yang paling dekat dengan cikgu merangkap orang paling jauh dari pintu jadi orang pertama yang keluar dari bilik maths tu. Aku orang yang paling jauh dari cikgu merangkap orang paling dekat dengan pintu orang yang terakhir keluar. Aku , Amira dengan Yap nda berganjak pun. Sebab takut cikgu marah. Sekali last2 cikgu pun keluar. Amira dan Yap pula ikut keluar. Then kami cakap

"Jaga2 cikgu"

Ya laa. kan cikgu tu mengandung. Karang dia ada apa2. Habis EMERGENCY kami ! Rupanya Tanirah mengamuk. Bergaduh sama Ali. Boyfriend Yap haha. Teda lah men2 ja. Oke apa cer durang ni ? ni naa........

Kemarin durang Ali ada bagi surat cinta tempat Tanirah. Main2 la kan. Jadi Tanirah bagi surat tu tempat guru disiplin. Marah lah si Ali ni. Jadi masa di bilik PAFA durang mula suda lawan cakap. Sampai lah pigi atas maksud aku sampai la durang masuk kelas nda pandai habis cerita durang ne. Memang dari bawah tu Tanirah teriak2 sudah. Menangis lah dia. Jadi dia pun baling kerusi tempat Ali. Syukur lah Ali ne TAIKO gaduh haha. Jadi mengkali dia hafal sudah ne cara mo bertumbuk. Dapat lah si Ali elak tu kerusi. Lepas mengelak dia terus lari. Masa tu cikgu2 mula sudah berkumpul di kelas durang. Tanirah masih lagi gila meroyan. Tumbangkan segala meja. Sampai cikgu Alex Lai masuk pun dia masih gila meroyan sampai lah cikgu tu keluar balik. Takut kali haha. Yang aku lawak meja si Paten pun dia mo tumbangkan tapi nda jadi sebab si Paten pegang mejanya tu. Haha lawak juga.

Jadi lepas tu kami pun masuk balik pigi bilik maths. Kami nda nampak sebenarnya kejadian ne. Ne pun kena ceritakan oleh budak2 kelas tu. Amira yang tadinya teda mood terus gembira. Yap pun happy gila. masing2 cakap

"Yes ! Yes ! Ad cer. Ad cer"

Aku blank~ Nda faham ! Haiss~ Durang ne ntah apa2 la. Mo tunjuk TAIKO pun tunjuk tempat kerusi meja. Orang bertumbuk lah. Baru siok !

Esk3. Teruk arini kan~ Etu ja la. Yang membaca pandai2 lah jadi kan yang mana pengajaran dan yang mana patut ko contoh yerkk~ Chau ! Astalavista bebeh !

Thursday, 25 April 2013

KOSONG~

ASSALAMUALAIKUM

Hai all~ Well entry arini cumalah kata2 yang sudah lama terbuku di hati saje.

Serious ! Dia bukan siapa2 pun yang WAJIB untuk aku hormati atau sanjung macam seorang ratu. Kenal dia pun nda cukup umur lagi.

Dia bukanlah orang yang MENGANDUNGKAN aku selama 9 bulan. Bukanlah orang yang MENYUSUKAN atau memberi MAKAN masa aku kecil. Dia juga bukan orang pertama yang ajar aku untuk kenal 1 2 3 atau A B C.

Ya ! Serius dalam erti kata lain dia BUKAN apa2 untuk aku.

Dia KOSONG~

Teda maksud langsung pun untuk aku. Dia cuma orang yang suka MINTA PERHATIAN , MANJA , kuat MERAJUK , SENSITIF dan langsung nda MATANG untuk dijadikan sesuatu yang sangat bermakna atau important untuk aku. Dia TIDAK layak pun mo panggil aku derhaka atau kurang ajar. Sebab bukan dia yang besarkan aku. Bukan dia yang ajar aku bersopan. Malah dia lah yang minta itu ini tempat aku. Kalau dia main2 aku boleh terima lagi. Tapi dia cakap "DERHAKA" tu macam la aku ne anak dia.

Aku nda minta untuk benci dia. Dia yang jadikan aku begini.

Sunday, 14 April 2013

HAPPY BIRTHDAY DUGONG ! :P

ASSALAMUALAIKUM~ :)

Haa~ Lihat apa ku bilang. Mereka ini asyik melahirkan diri ke dunia. Hmm~ Boring la mo taip cer durang ne. Huahuahua. Tidak ba. Gua main2 seja.

HAPPY BIRTHDAY ADY AKMAR aka DUGONG aka DUGDUG~! Huahuahua. Hari yang teramatlah dinanti-nanti bagi orang2 yang ingin membalas dendam dengan engkau. Sebab kalau kasi kena orang time bday ko la yang jadi ketua kan. So today apa kata ko merasa pula "PENDERITAAN" manusia2 ini ? huahuahua

Hmm~ apa mo cakap ? Okai la gua mo say THANK YOU bebanyak sebab selalu bagi gua gula2 :D. Gua hepi ada kawan macam lu yang baik *baik ? sejak bila ? wekk !* and kawan yang menyampah juga la. Huahuahua

Hari jumaat yang INDAH dan penuh RAHMAT ini lu disiram dengan bangsat2 yang gila gilaan kan. huahua. Apa lu pikir lu nda kan kena ? Haha malangnya lu la manusia yang paling basah time tu. Okai gua berhenti berceloteh. Gua mo kasi cer sama viewer and stalker gua amacam lu boleh kena !

Pagi yang indah tu gua masuk kelas gua tak nampak pun c dugdug ne. Then beberapa minit lepas gua dalam kelas baru dia masuk. Jadi gua pun nyanyi la lagu birthday untuk dia. Then kami belajar macam besa. Dalam belajar2 tu ada juga soalan2 gini

Mo siram guna apa arr ?

Lepas tu time rehat girlfriend dia berabis ne bagi kami itu ini untuk kasi kena dugdug. Aduss baju dia pun kami curi supaya dia nda dapat tukar baju. Then kami naik mo pi kelas. Dalam perjalanan girlfriend dia panggil lagi. Hesh~! xhabis2 ! Buat sendiri laa. Apa pasal suru kami ? Bincang itu ini. Bila naik tingu rupanya ada dugdug. Aduii naa. PINTAR2 ! berbincang pun time ada orangnya. Last2 aku surrender xmo siram sebab suda la masa last tu kami pigi bilik maths. Mo siram dengan soya bangas aka basi ? Ya Allah~ terberanak karang cikgu maths gua. Habis kami huahuahua.

Then 11:35 a.m. B A L I K ! yahoo~ Tiba2 gua tingu cak mula suda block pintu. Hardy pun di luar suda. Yang ada air masing2 sedia suda mo siram. Apa lagi cikgu gua pun mula la bising sebab Hardy dengan Cak keluar tanpa izin. Nasib dia nda terberanak. Kalau enda cikgu tu pun basah tanpa kami siram. Sebab air ketuban pecah ! haha. Jadi dugdug pun start la panik. Mo larikan diri. Sekali c yap ready suda mo siram cepat2 dia lari. Alhamdulillah dia nda kena ! Kesian pintu mandi sebab c yap. Puchet ! Lepas tu aku pun ingat habis la ne suda. durang pun buat derr ja. Lepas tu melangkah ja kaki aku yang comel ne keluar dari bilik tu habis dugdug mandi oleh durang. Campin juga kawan2 gua ne berlakon kan. Memang dia la yang paling basah. Haha baru padan dengan muka ko. Senang hati aku tengok. kuikuikui

Ba etu saja la nda tau mo bilang apa lagi. Salam~ :)

Thursday, 11 April 2013

OH GEMBIRANYA~! :D

ASALAMUALAIKUM..

Hari ne apa aku mo cer ? huahuahua. Aku mo cer pasal c Perempuan (P) dan Lelaki (L). Cerita ne terpaksa dibuat gini supaya xsinggung mana2 pihak. :P

Oke malam tu aku tengah main komputer. Then henpon aku pun tiba2 berkentut.

  "DING DONG~!". 
[1] Message
O*** ***a

Then aku dengan muka berkerut dan tertanya2 in my heart *Apa koho pula ne ?* then dengan malasnya aku pun buka la mesej tu.

"Aku mo cakap something la"

"Apa ?"

"Sebelum tu aku mo minta maaf dulu sangat2. pastikan ada tempat ko untuk berpaut"

"? ? haahh ? apa ne ?*curios gila !*"

"(Still minta maaf and cakap2 lagi supaya aku xkena strok atau apa2 ka. kunu. haha)"

"(curios abis and tanya what n what n what ? !)"

"Sebenarnya c P kapel sama..... L ! (then brabis la minta maaf cakap itu dan ini sampai aku lupa apa benda la dia merapu ne.)"

"What ? ! jadi selama ne kami diperbodohkan la ? 4 bulan suda ? uwaa. ne memang big shock !(merajuk la kunu)"

"(minta maaf and menjelaskan perkara sebenar)"

"(aku pun paham la kunu. Tapi masih sakit hati la sebab begitu lama durang rahsiakan benda ne)"

So aku buat entry ne sebenarnya khas buat c perempuan dan c lelaki. Cuma mo bilang Congrats yorkk ! huahuahua. Bercinta2 juga tapi jangan lupa SPM yaa lalengs~ :D. Bukan aku galakkan budak2 bercinta. Kalau mo bercinta itu darling bercinta la. Tapi batas pergaulan kena jaga ya darling~~!!! Allah bagi perasaan sayang antara manusia bukan untuk ko guna pakai buat benda BODOH. Sayang antara manusia itu untuk rapatkan silaturrahim. Jadi kamu yang terdarling2 sebelum menikah itu jaga la batas pergaulan kamu sebaik-baiknya. sebab syaitan bilang "saat manusia (lelaki dan perempuan) duduk berdua-duaan. Akan ada aku berada di tengah untuk menyesatkan mereka." So , Biar kita menyesal hari ini, jangan menyesal lepas semuanya sudah xbule diubah lagi. Renung-renungkan darling~ tapi Kalau gatal sangat ko kahwin saja la senang ! huahuahua.

HARI KUALITI

ASSALAMUALAIKUM~ :D

TAHNIAH TAHNIAH TAKZIAH ! Takziah ? ? what the ? ! haha. Oke actually today adalah hari kualiti. Apa itu hari kualiti ? Hari kualiti ialah hari di mana pelajar yang kononnya berkualiti akan diberikan anugerah.  

Aku ? haha. Aku mo dapat anugerah ne ? Tolong laa~ Memang standard la dengan status aku yang ROCK ne. aku nda kan pernah dapat la kali. Ehh ! parnah jua. Time PMR dulu. Arr atu ta nganya anugerah ku dapat. Pelajar CEMERLANG la sangat~~~ huahuahua. Okei back to our poin.

Apa anugerah yang manusia-manusia ini dapat ? Durang ne dapat anugerah disebabkan KEHADIRAN yang penuh dalam setahun. Setahun ? jadi bulan 11 and 12 durang sekolah juga ? haha. tidak tidak sayang ! Durang dapat anugerah ne juga sebab TOP 3. Juga sebab KOKURIKULUM terbaik. essshhhhhhhh ! ! ! ! ! ! !  apasal gua cer benda ne ? BORED nya !

Sebenarnya gua cuma mo bilang TAHNIAH seja sama durang-durang yang dapat anugerah tu tapi melarat pula. Mm~ TAHNIAH Along , unni Lena and unni Mira. Kekalkan prestasi anda yerk ! :P

Unni IeykaFaeza kalau mo juga dapat tu anugerah berusahalah yaa. Jangan bising-bising lae sebab tia dapat tu anugerah. Nanti parah telinga aku mo dengar ko meraung. huahuahua.

Oh yaa ! Tadi time bergambar tu rasa siok pula. Haha. padahal sebelum bergambar punya bising mo balik. Malas kunu mo bergambar macam kantut. Tiba2 bontot rasa macam melekat ja di kerusi lepas bergambar. Sebab jarang2 kami satu kelas bergambar dengan pose skema. huahuahua. Jadi terINGIN la pula sekali lagi memFRAME kan gambar kami yang comel loteh ini ! kuikuikui.
So itu saja la gua mo bilang. Once again TAHNIAH yosh budak2 CEMERLANG~! :P

Tuesday, 9 April 2013

HAPPY BIRTHDAY JAWL~~ :D

HAI !

Hello darling~ apa kabar ? well hope kamurang sihat disamping keluarga terCINTA. Oke actually 7 APRIL is ADZRUL AREEZ aka JAWL birthday. HAPPY BIRTHDAY jo ! haha. 

So disebabkan birthday dia hari ahad memang kami xdapat la mo kasi kena dia tepat2 masa dia birthday kan. 

So , kami kenakan dia time hari isnin. ceritanya bermula apabila aku nampak ady aka dugong bawa sebiji telur ke sekolah. untuk apa benda tu ? mo masak ka ? kejap lae akan dibilang yerk adek2. haha. So hari isnin tu memang berjalan macam besa ja. Tapi yang LUARBIASA nya masa balik. muahahahahaha. apa yang luar dari biasa tu ? 

Ini dia. tepat pukul 2.00 p.m. teacher mazi pun lepaskan kami keluar dari library. well actually itu masa pulang. haha. so aku pun keluar la pigi pakai kasut aku yang BERSIH dan LAWA itu. tengah2 aku duduk untuk pakai kasut dan ngam2 lae time tu aku duduk bersebelahan dengan kasut jawl. jadi jawl ne pun mo pakai kasut kunu. malangnya sebiji telur telah jatuh dikepalanya ! haha. kerja sepa ? ady laaa. kan pagi2 tu dia bawa telur. haahh untuk itu la telur itu dibawa yaa adek2. haha lawak+kesian juga la tingu dia kena gitu. telur lae tu. yucks ! then lao sur aku c hazwani tu pura2 baik la kunu mo tulung siram kepala jawl dari telur yang busuk itu. sambil2 dia siram kepala jawl , tiba2 pula melarat pigi belakang badan jawl haha. nampakkan betapa kejamnya kawan2 gua ne ? esk3. xpatut xpatut ! padahal haritu dia bawa aku taubat ! hmm~ rupanya dia lae la perlu sangat2 bertaubat ! haha.

Then kami pun berangkat laa pulang meninggalkan dia. haha. aku pun xtau apa kejadian dia situ. apa2 pun HAPPY BIRTHDAY~! :D

HAPPY BIRTHDAY ! :)

Friday, 5 April 2013

UNTA DAN MANUSIA ?

HALLU~

Aritu gua ada baca ne buku DAKWAH. belek punya belek gua jumpa tajuk ne "antara unta dengan manusia". jadi gua pun tertarik la mo tulis ne benda dalam belog gua yang comel macam gua ne. haha. gua xniat pun mo puji diri sendiri. well~ kenyataan ! huahuahua. Ya Allah TAMBIRANG nya ! minta kena tandang pakah si dayang ane ? ! haha okei berhenti berimiginasi. berbalik kepada poin gua. okei bawah ne ialah benda2 yang tertulis dalam buku tu.

Ayat ke 17 surah al-Gashiyyah yang berbunyi ; "mengapakah mereka yang kafir masih mengingkari akhirat, tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan ?"
          Di dalam perihal lain, apakah hikmah dan pengajaran yang kita dapati daripada binatang yang bernama unta ini ? dan mengapa al-Quran banyak kali mengulang nama dan sifat unta ?
          Sudah pasti banyak perkara yang dapat kita pelajari dari kejadian unta, oleh sebab itu Allah seru kita supaya kaji tentang unta.

          Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti manusia, antaranya (secara ringkas) ialah :

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap  tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu unta senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat kepada Allah dan selalu amalkan agama.
3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempatnya kembali, dalam kehidupan biasa apabila berjumpa binatang yang hilang , ia hendaklah diiklankan untuk dikembalikan kepada tuannya. Tetapi unta tidak pernah diiklankan kerana unta tahu jalan untuk pulang ke tempat asalnya. Begitu juga manusia, kita seharusnya kenal siapa tuhan kita dan tahu tempat kembali iaitu akhirat.

4. Unta tidak melakukan hubungan seks dihadapan manusia kerana malu yang tinggi, bahkan jika ia tahu ada manusia yang mengintai waktu ia mengawan, maka ia akan marah dan mungkin membunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi. Bukan senang-senang buat maksiat dikhalayak ramai, bahkan ada yang lebih teruk daripada binatang dalam bab ini hingga tidak malu bercumbu cumbuan di khalayak ramai.

5. Unta tidak berkongsi pasangan macam binatang lain. Maka manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga

6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula ia akan tetap berasa selesa kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Maka manusia harus pandai bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana sekeliling.

7. Bahagian-bahagian dari unta banyak manfaatnya hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta oun boleh dijadikan ubat. Maka, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa membei manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun kepada umat.

okei. ni la apa yang tertulis dalam buku tu. so renung-renungkan~~ :D

SUMBER : MAJALAH DAKWAH

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


Hello all~~ uwaa. sangat sangat lama ow gua xbuka ne belog. sori2. okei aritu gua jalan2 di fb. hehe gua nampak la ne benda. so gua share laa. In Shaa Allah bermanfaat !

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

SUMBER : FACEBOOK

Monday, 1 April 2013

WANI BIRTHDAY

HOLLA~!

HAPPY BIRTHDAY to my lao sur~ HAZWANI ! well lepas sorang , sorang kamu lahir arr. haha. lao sur wo harap ni sentiasa sihat. wo also mendoakan ni sukses dunia akhirat and also sukses SPM A+ straight okai ! gua sebagai kawan , adik and anak murid ko yang COMEL ne doakan ko sukses sukses sukses yerk ! huahuahua. okai. gua xtau mo cakap apa lae.

Arr ! gua mo say THANK YOU so much la sebab tiap kali cuti bila ada keja ruma gua memang datang ruma ko kan ? haha sebab apa ? sebab mo meniru. dan ko dengan senyuman dan muka pura-pura baik akan bagi buku ko dan biarkan aku tiru keja ko. ataupun ko sengaja kasi tiru ? untuk kasi bodoh aku ka ? haha. okei la gua pun xmo tuduh sembarang.

sayang ow kan aku xhadir ne time durang siram ko. kesian my lao sur~~ macam mana la ko balik ? mesti basahkan. suda la naik kereta c kujek. esk3. memang xpatut durang buat my lao sur gini~ jahat durang ne ! haha. apa kurang nya aku. sama ja pun sebenarnya. haha.

okai la. etu ja gua mo bilang~ have a nice day lao sur~~!!! :D