Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Wednesday, 28 October 2015

Hmm

Assalamualaikum~ and hello

Well yeah. Its been a long time. A very long time I guess. Is there perhaps anybody still waiting an entry from this blog? Hahaha. I dont care if theres any readers or not. I just wanna share my thought. My words. My feelings.

Well as u guys dont know, I get into politeknik last june 2015. Alhamdulillah. Almost 1semester. I did it. I make it hahah. This is my Final Week actually. Tomorrow is my last paper. Wish me luck inshaAllah! Hee ;)

So, I got a little problem with my friends. Its was my fault. And pardon me please. Because I got no time to think about the probs. Cause ya. Iam having a final heree. So i need to focus a little bit. But, kita hanya mampu merancang. I cant even focus. Just akhir-akhir ni tiba-tiba rasa macam dada dihimpit sesuatu yg berat. I mean today actually huhu.

My friends still cant trust me. Im dissapointed with myself. With everything. Actually, ikutkan kepala hotak TAK waras aku, aku mau walk away sahaja. Leave them. Go far away from this stupidos things call 'FRIENDSHIP' Well pardon me for saying its a stupid things. Tiba-tiba emosi pula hahah.

I've been hurt by friendship for thousands time. Iam sorry for being such a sucks friends. Iam sorry. But iam hurt as well. And its stupid if I blame others for this. Cause, its clearly my fault. Mine! I just. I just hope everything can be fixed back. Im tired of being like this. I wouldnt masuk campur anymore. I wouldnt. Sebab aku terlalu penat. I'll let this be. Until u needs me. Only if u need me. Ya. Im here. Always ready accepting u back. Or, should I just say 'iam available if u wanna make me as ur friend back' should i? Hahah

Well akhir kalam, take ur time. Take as much as u want. I wont bother. Bcos I thought the one that have rights to take me back is u. Its okay. To be hurt. By my ownself. Iam getting used to it ;)

Tuesday, 5 May 2015

Sahabat.

Assalamualaikum

Sahabat,
Kuatkan aku. Kuatkan aku untuk kekalkan ukhuwah kita. Buatkan diri ku yakin akan diri mu. Agar, tidak sesekali diri ini gentar berkata TIDAK pada ukhuwah yang terjalin.

Sahabat,
Aku takut. Takut yang teramat sangat. Takut ukhuwah ini nanti bakal aku benci. Takut bakal aku tinggalkan. Takut bakal ku pandang sampah.

Sahabat,
Setia pada ku. Sungguh, aku cuma pendamba tawa nangis mu buat membuang sunyi yang bersarang di dada.

Sahabat,
Aku rindu akan diri mu yang jauh di sana. Titipkan doa buat diri ini. Agar, rindu ini bisa terubat ya wahai penghias hati.

Sahabat,
Aku sayang akan diri mu. Tolong, jangan persiakan kasih yang ku beri. Jangan tinggalkan aku terapung-apung tanpa ada tangan yang sudi menyambut.

Sahabat,
Andai nanti aku pergi, sentiasalah hadiahkan aku penyejuk seksaan azab-Nya.

Sahabat,
Genggam erat tangan ku. Bawa aku ke Firdaus-Nya. Agar bisa ku kecap kebahagian bersama mu di syurga sang Pencipta.

Sahabat,
Aku sayang kamu.
Aku cinta kamu.

Sekian,
Penagih kekuatan ukhuwah

Saturday, 2 May 2015

Terima kasih :)

Assalamualaikum~

Ehem! Ehem! Its not a very important entry actually hahah. But for those yang terlibat, well yes! Ia memang penting. I write this entry because mau kasi penghargaan la kepada syikin sebab bekerja dengan kami walaupun sementara.

So, a big thank you *macam pelik ja 'big thank you' hahahah. Lantak gua lahh* to syikin la. Sebab sanggup kerja di kedai as a waiter di kedai kami. Dimanakah? Di fishermen corner. Lot 10. Anjung sitompok kuala penyu *promote └(^o^)┐*

Well, I really like u sebab bagus hahaha. I mean pekerja yang bagus lah. Even ada sedikit kelemahan, tapi yes. U did a great job. Sudah bisa menggantikan aku la kalau aku teda. Untuk itu, tahniah syikinnnn hahahahah

So, good luck la untuk sekolah and for anything u do ( ˘ ³˘)❤ hahahha. Once again, terima kasih :)

Tuesday, 28 April 2015

I really miss you

Assalamualaikum

Dari pagi kemarin sampai sekarang, dengan nda semana-mana aku teringat dengan arwah Iwan(my cousin) Lebih-lebih lagi bila nampak status kak yan(his sister)  yang merindukan dia. Seriously, it's been a year cousin. I really miss you. Rindu sangat. Sangat rindu. Seriously don't know how to say rindu tu. But seriously, I miss you so much. I miss the moment and I miss you

28 April 2014. Kau pergi secara tiba-tiba. Its blurry. Yang aku ingat, aku mention kau banyak kali. Aku planned macam-macam untuk kau dengan aku. Aku sekolah dengan kau. Masuk tingkatan6. Kita kerja sama-sama. Tapi 28 April 2014, kau pergi buat selamanya. Tinggalkan aku. Tanpa sempat aku cakap aku rindukan kau sangat-sangat. Tanpa sempat aku jumpa kau lepas 10tahun lebih kita nda jumpa. Aku menyesal. Aku marah diri sendiri. Sebab apa? Sebab selama 10tahun lalu, aku nda pernah ingat untuk try contact kau balik. I feel so stupid

2013.... Aku tiba-tiba teringat mau cari kau di facebook. Aku jumpa. Aku add as friend. And ya. U did approve me. Tapi aku xsedar. Sebab lama sangat nda buka facebook. Aku lupa. 2014. Tahun paling banyak aku ingat kau. Mention kau. Tapi still, aku xpernah terfikir untuk contact kau di facebook. Semalam. Genap 1tahun kau pergi. Aku check facebook. Baru aku perasan, kau approve aku. Perasaan aku? Once again, I feel so stupid!

Satu-satunya memori yang aku ada dengan kau is, kita pura-pura gaduh. Gaduh pasal opah. Konon opah is mine. Not urs. Gitu juga kau. Kau cakap, opah kau punya. Bukan aku. And another one. When I accuse u stole my money. Such a kiddo. Childish! Itu saja memori yang aku ada dengan kau. Yes. My heart did bleeding sangat-sangat. Sangat dalam. Sebab menyesal. Menyesal sebab nda cipta sebanyak mungkin memori dengan kau. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Kau satu-satunya cousin sebelah bapa yang aku rapat dari kecil.

Semoga arwah sentiasa dalam jagaan Allah. Semoga arwah tergolong dalam golongan orang beriman. Aku sayang arwah. Sayang sangat. Al-fatihah buat arwah. Semoga ini dapat melepaskan kerinduan buat arwah. I miss you Iwan. Semoga dalam jagaan Allah :')

Missing you,
Ur cousin.

Saturday, 18 April 2015

Sesumpah.

Assalamualaikum~

Yes. Sesumpah. Ada apa dengan sesumpah? Pelik ni. Tiba-tiba cakap pasal sesumpah *hahahah. Teda la pelik mana pun actually* actually, gua mo cerita pasal gua dan sesumpah. I think sifat sesumpah itu, which means bertukar-tukar warna mengikut situasi adalah lebih kurang sama dengan sifat aku. Mengapa begitu? Mengapa terlalu tega menyamai diri sendiri dengan seekor binatang bernama sesumpah?

Disini, aku tekankan. Aku cuma menyamakan sifat ku dan sifat sang sesumpah tersebut. Sesumpah menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekitar pada situasi tertentu dengan menukarkan warna badannya. Bukan dia menjadi benda lain selain dari dirinya. Tapi, dia masih seekor sesumpah yang hanya menukar warnanya demi keselamatan/kepentingan dirinya.

Apa kaitan aku dengan sesumpah? Aku juga begitu. Aku masih aku, cuma aku akan menyesuaikan perangaiku dengan certain person dalam certain situation untuk menselesakan diriku sendiri. See? I didn't do it to please people. But, thats just me. Thats how I  react to people on the first time. So please. Know my true colors. Then judge me

Yours truely,
Kiddo Aj

Thursday, 16 April 2015

Zaman nda matang

Assalamualaikum~

See that entry? Hahah. Haahhh~ masa gua tengah mengemas pinggan mangkuk, gua sempat lagi menyanyi sambil gendang-gendang. The mothers pula cerita pasal nenek kawan gua.

Mc Lina : si mamat tu seumur kau ba tu kan kin?

Me : manadaaaa~ seumur aku pulang tu. Kawan ku ba tu! *semangat betul aku mempertahankan yang dia kawan aku hahahah*

Mom : nah awu. Kawannya pulang tu. Kawan banar tu. Kawannya bergaduh. Nda ko ingat dulu?

Haahhh. Bila mom start cakap 'inda ko ingat dulu?' terus aku pun do this face (●__●) hahahah. Terus terkenangkan zaman nda matang aku.

Flashback.....
Masa tu aku masih sekolah rendah. Nda tau umur berapa. Aku ikut makcik aku pergi kantin sekolah agama dorang. Sebab dulu makcik aku ni tukang kantin di sekolah dorang. Kami pula memang nda sama sekolah. Kami berpisah sekolah lepas kami prasekolah. Kalau nda silaplah.

Maka, pada hari tersebut masa rehat tu, ditakdirkan aku jumpa dia balik *aku nda pergi sekolah. Ntah kenapa hahaha. Dorang sekolahlah* Well aku masa kecil kira tomboy juga hahahah. Lepastu aku dengan dia ni kira musuh jugalah hahahah

Dia nampak aku. Then tiba-tiba dia cari gaduh. So aku pun on lah. Lepas tu masing-masing berjumpa depan pintu kantin. Diwaktu kesibukkan makcik gua berjual beli dengan other student, aku pula sibuk jadi taiko hahahah.

Pergaduhan yang singkat. Dia panggil aku. Aku datang. Dia tolak bahu aku. Then aku balas sampai dia jatuh. Lepas dia jatuh, terus dia senyum-senyum malu and lari hahahah.

Bila ingat balik, memang nda matang waktu tu. Sudahlah aku nda sekolah. Lepas tu pergi sekolah orang cari gaduhlah pula (^_^;) hahahah.

#ZamanNdaMatang

Got no work I guess~

Assalamualaikum~

Yeahh. Teda kerja. Best-best cerita, tangan pun lincah conteng-conteng seluar. Bagus sangat gua ni huahuahua. Tabiat dari sekolah lagi. Memang kain sekolah gua pun selalu kena huahuahua. Tracksuit pun nda terkecuali untuk diconteng hahahah

Sunday, 5 April 2015

Takdir aku

Assalamualaikum~

5:21 p.m. 05 april 2015-sunday.

We are at Yung Siang supermarket at membakut. Baru ja lepas hantar adik gua di SMAL-Sekolah Menengah Agama Limauan. Sekolah berasrama penuh. Sekolah yang aku pernah TERingin sangat mau masuk tapi nda kesampaian hahahah. Sila ketawa beramai-ramai huahuahua *poor me*

Jujur gua cakap lu beb. Gua nangis sebab nda dapat masuk sekolah tu. Nangis tengok keputusan UPSR-Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah gua yang nda seberapa tu

flashback.....

2008. I was a little kiddo. Just about 12-years-old.

Ku tatap kertas yang senipis kulit bawang itu. Tanpa ku sedari, airmata jernih mengalir lembut di pipi ku. Ntah mengapa aku menangis. Aku sendiri tidak pasti mengapa. Yang aku pasti, aku ingin menangis. Mungkin aku menangis kerana terlihat teman-teman ku yang menangis melihat keputusan mereka. Keputusan aku tidaklah seteruk mereka. 50/50 kata orang. Aku mendapat 2A 2C 1B

Usai mengambil keputusan, aku duduk di bustop. Menunggu kedatangan ayahnda untuk mengambil ku dari sekolah. Selang beberapa minit kemudian, ayahnda datang. Aku terus masuk ke kereta dan ku tunjukkan keputusan ku. Sambil menangis, aku berkata "bulehkah ni masuk limauan?" ayah cuma tertawa dan memujuk hati kecil ini agar tidak bersedih.

p/s: i really forgot the entire things masa ambil result UPSR dulu hahaha. So, thats all yang I can share. Lagipun, memang part nangis tu ja pun aku mo highlight hahaha

                           ###

Akhirnya, aku di sekolahkan di SMKPKP-Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu. Mula-mula memang aku menentang keras. Sebab they called that school as 'sekolah buangan'. Ganas derr gelaran sekolah tu dulu hahahah. Well, siapalah yang mau masuk 'sekolah buangan'?! Nobody derr *tapi akhirnya, aku jugalah salah satu studentnya hahah*

Mungkin aku tiada jodoh dengan SMAL. Mungkin sebab Tuhan tahu aku nda kan mampu hidup di situ. Atau mungkin, aku yang nda berusaha sekeras-kerasnya untuk masuk sekolah tu. Tapi, ada hikmah di sebalik semua ni :')

Aku belajar kehidupan dan ukhuwah buat pertama kali di SMKPKP. Tapi, didikan agama yang kurang. Alhamdulillah. Genap 5 tahun menghabiskan waktu di SMKPKP, aku jumpa kawan-kawan aku yang sungguh menyedapkan jiwa *inshaAllah* Dan dengan doranglah aku dapat merasa nikmatnya cinta Allah :')

Kalau dulu, ya memang aku sedih nda dapat masuk SMAL. Tapi, sekarang aku nampak hikmahnya. If yes, aku diterima masuk oleh SMAL, I would never met them. Mungkin belum tentu aku jadi si budak agama. I am really grateful to meet them. Friends who accept me for whoever I am. Alhamdulillah. Bersyukur Allah kurniakan dorang dalam hidup aku.

Aku bangkit dengan dorang. Sama-sama mencuba meraih cinta Allah. Ini bukan satu sesalan. Tapi, ini takdir aku. Takdir yang Allah tentukan. What can I say? Sometimes, Allah wouldn't give what we want. But, Allah give what we need. How sweet is Allah :')

Friday, 6 February 2015

Rindu.

Assalamualaikum

Sayup-sayup kedengaran bunyi suara-suara pelanggan yang sedang rancak membincangkan mengenai kehidupan masing-masing, di gerai makan Anjung Sitompok. Bunyi kuali dan senduk berlaga juga tidak kurang hebatnya.

Aku di sini, duduk berhadapan tingkap. Melepaskan lelah sebentar, selepas melayan pelanggan yang menggila kerana kelaparan dan kehausan. Bertemankan rakan sekerja yang sedang lalai berhadapan dengan "war"nya dalam permainan Clash of Clan(COC), aku mulai membuat jari jemari kenit ku, berlumba-lumba menekan papan kekunci telefon pintar milik diri ini.

Rindu. Ya. Itu tajuk buat entry kali ini. Aku rindu. Pada siapa diri ini rindu? Pada roh dahulu yang pernah mendiami jasad ini. Pada roh dulu yang sangat garang dan ganas. Roh yang dahulunya berlagak samseng dan taiko. Ya. Aku rindu benar pada roh itu.

Sejak kenal pada Islam, pemakaian ku tentu saja ikut berubah. Lengan baju yang dahulunya di lipat sehingga menampakkan tangan kecil ini, sekarang sudah mulai aku tutupi. Kaki yang dahulunya bebas ku tayangkan, juga turut aku lindungi. Semuanya kerana Dia. Kesayangan nurani yang baru. Pencipta jasad buat roh penulis ini.

Perubahan pakaian tersebut membuatkan keperibadianku juga turut berubah sedikit demi sedikit. Aku yang dulunya garang, kini sudah mulai sedikit lembut. Aku yang dulunya samseng, sudah mulai menghilangkan kesamsengannya. Semua ku lakukan kerana Dia. Dia suka akan kelembutan. Maka kerana cinta pada-Nya, aku turutkan perintah-Nya. Tapi, aku rindu. Rindu pada roh samseng itu.

Roh yang ada sekarang cumalah roh yang nakal dan keanak-anakkan. Tiada lagi lipatan lengan yang taiko. Tiada lagi lipatan seluar seperti dahulu. Tiada lagi kegarangan seperti dahulu. Aku rindu. Rindu sekali. Ingin sekali menjadi samseng seperti dahulu. Aku rindu kamu wahai roh penghuni jasad.

Sekian,
Jasad yang merindui rohnya

Thursday, 5 February 2015

Luahan rasa

Assalamualaikum

Tepat jam 10:46 a.m. ibu jari ku, pantas saja menekan button "Blogger" di home screen telefon pintar, milik jasad sang penulis yakni aku *hahahah*

Jari jemari kenit ini gatal saja ingin menulis entry baru. Maka ku turutkan saja kata hati ini. Lagipun, ini saja tempat buat meluah rasa pahit manis, masam masin dan segala macam perasa lagi.

Tanpa sebarang amaran, otak geliga ini tiba-tiba saja TERkenangkan cerita lama. Normal. Aku memang seorang manusia yang suka mengimbau kenangan dan memori lama

Perlahan-lahan saraf otak ku menyelak tiap-tiap mukasurat yang sudah tertulis dalam memori ku. Tup! Belekkan terhenti. Ada sedikit calitan darah pada catatan tahun 2014. Mengapa begitu?

Oh. Kisah tiga abjad. Jujur, aku penat dan malas ingin mengulangkaji cerita tiga abjad dengan teman-teman dunia akhirat ku *InshaAllah*. Rentetan itu, adalah lebih afdhal ku abdikan saja cerita ini dalam blog kesayangan milik penulis.

Entry ini ku tulis sememangnya hanya mengenai luahan perasaan penulis tentang pengakuan BELIAU(ketua tiga abjad) terhadap diri ini. Bukan mahu memulakan satu pergaduhan baru. Tidak. Malah aku sudah terlalu penat untuk memulakannya

Pada tarikh yang aku sendiri tidak pasti bila, beliau telah meninggalkan group WhatsApp yang di ketuai oleh ahli tiga abjad. Keluarnya dia membuatkan kami tertanya-tanya sesama kami. Sekian lama mendiamkan diri, persoalan yang sama sentiasa menghantui diri. Akhirnya, ku hantar sebuah pesanan ringkas ke telefon bimbitnya.

Selang berapa hari kemudian, beliau membalas pesanan tersebut. Di dalamnya, beliau menyatakan mengapa dia keluar dari group tersebut dan beberapa kata-katanya, agak menghiris hati ku. Terlalu penat dengan pergaduhan, aku diamkan diri. Menjauh dan menyepi. Teks beliau aku klasifikasikan sebagai OVER-JUDGING.

Sebelum bertanya sendiri secara terus kepada beliau, aku sebenarnya telah terlebih dahulu menghantar pesanan ringkas di group WhatsApp tersebut. Mungkin cara ku yang kasar menyebabkan admin berasa kecil hati.

Aku tidak menyalahkan dia. Niat ku bertanya secara kasar adalah hanya untuk bergurau senda semata-mata. Namun, apa yang kita lihat positif, tidak semuanya positif pada pandangan manusia lain. Ya aku akui. Aku bersalah. Ampunkan aku. Halalkan makan dan minum ku.

Tak usah bermadah bicara. Jujur, aku agak TERkesan dengan pengakuan beliau yang menyatakan beliau SANGAT KENAL pada diriku. Walhal aku sendiri tidak tahu roh yang bagaimanakah yang menghuni jasad pemberian Ilahi ini. Bagaimana pula beliau yang bukan sejasad dengan roh ku boleh menyatakan beliau SANGAT KENAL dengan keperibadian ku? Aneh. Sungguh aneh

Aku sendiri masih cuba mengenal siapa aku sebenarnya. Jika beliau TERAMAT KENAL pada roh yang menghuni jasad penulis, maka tidak seharusnya perkara begini berlaku. Tidak seharusnya beliau berfikiran gurau senda itu satu kecaman buat beliau. Jika beliau benar TERAMAT KENAL pada diri ini, tidak seharusnya beliau mengeluarkan kata-kata seperti yang beliau nyatakan dalam mesej pesanan ringkas, yang beliau kirimkan ke telefon pintar penulis.

Beliau sendiri menulis "hati-hati. Fikir sebelum berbicara".  Tapi beliau sendiri TIDAK mengaplikasikan ayat tersebut dengan tindakan yang telah beliau lakukan ke atas diri penulis.

Tapi tidak mengapa. Bukan salah mereka. Mereka cuma manusia biasa yang terlalu banyak cacat celanya. Begitu juga aku. Aku cuma manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan ku.

Amaran keras ku beri buat mereka yang kononnya SANGAT KENAL akan diri kecil ini. Tolong jangan berlagak seperti engkau KENAL diri ini. Kerana aku sendiri sedang berhempas pulas cuba mencari keperibadian ku yang sebenar. Aku manusia biasa yang keanak-anakkan, yang hanya sekali sekala menjadi matang di situasi tertentu. Maka ampunkan aku atas kekurangan diri ini yang banyak mengguris hati kalian.

Sekian.

Thursday, 29 January 2015

kecundang

Assalamualaikum

Di hadapan cermin kaca aku termangu sendirian. Berfikir akan kehidupan ku. Tujuan aku diwujudkan. Matlamat ku sebagai seorang muslimah. Nafas dilepaskan panjang. Jawapan sudah terpampang di hadapan mata. Namun, tiada sedikit tindakan di lakukan

Aku tahu. Aku sedar. Malaikat maut itu sentiasa on time dengan kerjanya. Malah aku sedar diri ku seolah-olah cuba melalaikan diri pada dunia agar lupa yang aku bakal kembali ke alam barzakh

Aku mungkin kecundang. Apa alasan ku? Entah. Hanya itu mampu ku ungkap. Otak ku rancak saja berfikir mengenai kehidupan ku. Aku mahu kenal akan Islam sebenar. Ya. Itu niat ku. Tapi mana usaha ku?!

Kepala di jatuhkan. Fikiran ku berkecamuk. Mati TIDAK menunggu. Aku tahu! Berhenti mengingatkan ku! Kerana aku takut. Takut nanti tiada apa dapat ku buktikan pada Yang Maha Esa atas apa telah ku lakukan di atas bumi ini untuk agama yang di bawa oleh sang kekasih-Nya

Allahu, mungkin ini ujian buat diri yang hina. Alhamdulillah kerana Engkau masih sayang pada ku. Tapi, mana sayang ku pada Mu?! Apa bukti aku sayang pada Mu wahai kesayangan?! Ampunkan hamba-Mu yang hina ini

Sesak. Rimas. Kadang sedih. Kadang kecewa. Apa begini ujian permulaan bagi orang yang mula mahu mengenal Mu wahai Ar-Rahman?

Kuatkan aku ya Allah. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Jangan biar aku kecundang. Tetapkan hati ku hanya untuk Mu. Kuatkan aku ya Ar-Rahim. Aku lemah. Aku tahu ujian ini diberi kerana aku MAMPU. Maka, pinjamkan aku kekuatan-Mu. Agar, boleh aku hadapi ujian ini dengan sabar dan tabah. Ameen

Sekian,
Hamba-Mu yang hina

Wednesday, 21 January 2015

Tiga abjad

Assalamualaikum~

seusai mandi, aku terus mencapai telefon pintar berwarna hitam ku yang ku letakkan di atas katil sebelum masuk ke kamar mandi tadi, bagi memenuhi tuntutan badan yang mulai kepenatan

lincah saja jari jemari ini menekan button whatsapps di home screen ku. 3group yang menyala tanda ada "unread messages". ku buka group pertama, tiada apa yang penting. baca group kedua dan ketiga. mempunyai mesej yang sama.

ku baca sms tersebut. tiba-tiba...... anak mata ku terhenti pada perkataan OUM(Open University Malaysia). ya. aku tahu ia sebuah universiti. tapi bagi ku, ia mempunyai dua maksud. yang mana satu maksud lagi merupakan 3abjad utama dalam sebuah "keluarga" yang terdiri daripada 7orang kawan

asalnya, keluarga itu terbentuk apabila sekumpulan kawan sekelas mempunyai minat yang sama. Korea. ya. kami meminati korea. kesemua mereka minat pada K-pop. tapi aku, lebih kepada drama. dan orang yang paling berpengetahuan mengenai korea kami gelar sebagai 'OMMA' yang membawa maksud 'IBU' dalam bahasa lingua francanya

ahli keluarga yang selebihnya di atur mengikut bulan kelahiran masing-masing. dan aku, adalah anak yang bongsu. 3orang kakak yang mana di gelar "UNNIE" dan 3orang adik yang di gelar "MAKNAE". maka terbentuklah OUM(OMMA+UNNIE+MAKNAE)

pada awalnya, aku cuma menurut kawan ku menggelarnya 'OMMA'. di sebabkan itu, aku terjebak dengan keluarga ini. tapi, bagi ku ia tidak membawa erti. cuma 1 kumpulan suka-suka yang direka cipta atas dasar 'minat yang sama'

namun, bulan berganti bulan. hubungan keluarga yang dicipta, menjadi semakin erat. jujur, aku mulai sayang dengan hubungan itu. dan keluarga yang pada mulanya ku anggap 'tidak bererti' mulai menjadi separuh dari hidup ku. bagi ku, dasarnya keluarga itu terbentuk, tidak penting. apa yang penting, ukhuwah yang terjalin terasa lebih manis berbanding madu lebah yang masih segar dari ladang

namun, mahligai yang dicipta dibadai ombak sang pendengki, yakni syaitan laknatullah. ukhuwah yang terjalin mulai disirami perasaan benci dan dendam. darah muda yang mengikut nafsu mudah sahaja menurut hasutan syaitan menghancurkan hubungan yang terjalin

renggangnya ukhuwah tersebut semakin bertambah apabila kedudukan kelas kami mula berjauhan dengan kelas yang lain. 4dari kami masuk ke kelas science stream. dan selebihnya masuk ke dalam kelas ekonomi.

pada tahun sebelumnya, kelas kami juga berbeza. tapi kedudukan kelas yang dekat tidak menghalang kami untuk saling berkunjung dan tetap bermesra sesama kami

pergaduhan yang timbul mulai sampai di tahap klimaks. namun, sayang melebihi segala-galanya. OUM terus kekal disebabkan sikap tolak ansur yang dilakukan OMMA. namun, bagi ku pada waktu itu, OUM cuma satu lembaran sejarah berdarah yang mengguris kejam hati ku sehingga begitu parah untuk ku kenang.

tahun berganti tahun. usia kian meningkat. akhirnya, zaman persekolahan telah aku tinggalkan. mengenal Islam membuatkan aku terdetik untuk membuang sejarah tersebut. memadam terus dan menghilangkan OUM dari sejarah hidup ku

ku atur kemas kata-kata maaf ku buat mereka yang pernah ku sakiti. mesej ku hantar. maaf di terima. sungguh, beban ku terlerai. seperti batu besar sudah di angkat dari hati ku. dan aku menganggap OUM telah tiada. apa yang tinggal, ukhuwah yang terjalin atas dasar sayang kerana Allah

namun, sekali lagi kami di uji. mungkin kerana kami terlepas untuk mengenal wajah sebenar yang tersembunyi di balik wajah hadapan. mereka kekal dengan pendirian mereka. meneruskan persahabatan atas nama 'OUM'. tapi aku, sudah terlalu serik. tiada dendam yang ingin ku simpan. dan aku tahu mereka juga begitu. aku putuskan untuk menjauh dari mereka. mereka yang bagi ku bermasalah dengan ku. mereka yang pada pandangan ku mungkin tidak boleh berjalan mengikut gayaku

aku tahu, bukan semua manusia boleh menerima apa adanya kita. dan aku juga begitu. aku tidak boleh mengikut gaya perjalanan mereka. aku seperti magnet yang sama label. saling menolak. jadi aku memilih untuk menjauh agar kebencian yang terbina satu masa dahulu, tidak akan berulang. biar aku memilih jalanku. kerana aku lebih kenal siapa aku. dan ini jalan terbaik yang inshaAllah boleh menjamin agar aku sentiasa kekal positif pada mereka dan begitu juga mereka. inshaAllah

siapa kata sayang ku pada ukhuwah itu telah tiada? masih tersisa sayang buat ukhuwah tersebut. ya. aku masih sayang. aku masih ingin menyayangi mereka. tapi biar sayang ku dalam diam. dan inshaAllah biar berkekalan hingga ke syurga-Nya.

Tuesday, 20 January 2015

Kirimkan aku

Assalamualaikum

Ligat fikiran ku berpusing. Sehingga naik runsing aku di buatnya. Kenapa? Kenapa ku rasakan seperti, aku...... HILANG?! Ya. Aku hilang. Aku hilang dalam jalan menuju-Nya. TERkandas? Entah. Sungguh aku tak tahu. Aku lalai dalam dunia ku. Lalai dalam kebingungan yang ku cipta sendiri....

Aku perlu seseorang. Seseorang untuk mendakap ku erat, memberi perhatian buat ku, mendampingi ku sepenuh masa, dalam melalui hitam putih, pahit manis perjalanan Menuju-Mu yang telah Engkau tulis buat diri ku sedari azali di Luh Mahfuz-Mu Wahai Pencipta langit dan bumi.

Kadang, TERdetik kebaikkan di hati. Namun, mudah saja kejahatan membasmi perasaan itu. Aku menurut sahaja apa hati kecil ku mahukan. Ampunkan hamba-Mu ya Tuhan yang Maha Pengampun

Ya. Jujur, selama melalui jalan-Mu, aku agak bahagia. Tetapi aku juga agak sengsara. Mana mungkin boleh aku berubah secara drastik. Menukar diri ku yang jahat pada hari ini, kepada yang baik sepenuhnya di hari esok.

Jalan ini penuh onak dan duri. Bila aku tertusuk duri, mudah saja diri ini menangis, meraung dan merajuk untuk berhenti di pertengahan jalan. Luka yang pedih membuatkan aku berasa perit untuk meneruskan perjalanan ini.

Aku tahu, di penghujungnya punya keindahan yang tidak mungkin dapat ku rungkai melalui kata-kata. Keindahan yang tidak mungkin mampu ku fikirkan melalui otak pemberian-Mu, yang Maha Esa.

Aku terjatuh. Aku terjatuh dalam jalan menuju-Mu. Ini angkara sang pendamba teman buat di neraka kelak, Syaitan. Aku perlu seseorang untuk membantu ku bangkit semula. Meyakinkan ku untuk meneruskan perjalanan ku tanpa ada sebarang gusar dan merasakan apa yang ku rasakan sebagaimana mula-mula dulu aku rasakan kemanisan dalam jalan menuju-Mu. Aku inginkan kemanisan itu.

Cuma.... aku bingung. Aku tidak tahu siapa boleh membantu ku untuk terus mara ke hadapan tanpa melencong ke mana-mana simpang yang menyesatkan diri yang acapkali dengan mudah tergoda pada hasutan syaitan durjana laknatullah. Ya. Aku punya sahabat. Tapi mereka jauh. Terlalu jauh sehingga boleh ku abaikan nasihat mereka.

Aku insan lemah yang tak berdaya. aku perlukan kekuatan. Mungkin ini ujian bagi ku. Tapi aku perlu TEMAN ya Allah. Teman yang boleh mendampingi ku di setiap waktu yang berdetik, di setiap saat yang kian berlalu dari hari ke hari. Kirimkan dia yang ikhlas buat diri ku untuk membantu aku terus maju ke jalan-Mu ya Rabb.

sekian,
HambaMu yang hina.

Tuesday, 13 January 2015

2015

Assalamualaikum~

astaghfirullahalaziim. dah bersawang blog gua ahaks. k. I guess pembaca pun teda sudah hahahah. Its 2015 already oh hahaha.

ku munculkan diri ku di hari ini adalah kerana, daku baru TERjumpa satu application yang membenarkan si blogger menulis blog melalui telefon pintarnya. sungguh ambo tak tahu yang application ini wujud. maka kerana baru hari ini hamba mendownloadnya, maka baru hari ini juga hamba ter-update cerita hamba.

okay la. 2015. everyone gonna start like 'azam tahun baru is......' blablabla. boleh blah. sebab i dont think so azam itu terlaksana kerana how can YOU on 31/12/2014 suddenly change drastically into the NEW you at 1/1/2015?! hahaha. k merapu

apa aku nak sampaikan is. how can we change dalam masa 1hari? perlu istiqamah dan kesabaran. inshaAllah, kita akan menjadi rama-rama penghias dunia itu. aisehh. ayat

gua so far sihqt ja. And ambo sedang belajar mengenal Islam. ambo tidak mahu menjadi 'ISLAM ATAS IC' ambo mahu menjadi 'ISLAM BERISI' aisehh ahahah. so far, masih merangkak dalam mengenal Islam. masih seorang bayi. masih terlalu mentah untuk mengenal agama Tuhan pencipta alam

how can gua tetiba bertukar? hahaha. oke. gua memang the brutal one. the kiddo one. the celupar one. and what so ever la kan. actually i also dunno how can i change. mungkin sebab aku di kelilingi oleh kawan yg "TERPILIH" untuk berada di jalan menuju Allah

Alhamdulillah. hamba bersyukur. terasa disayangi Allah. padahal hamba ini manusia hina. kenapa Allah pilih? sebab Allah sayang. tetiba rasa Allah sweet. tetiba rasa cinta Allah lebih luas berbanding cinta manusia yang melalaikan aku di kala usia remaja. subahannallah. sesungguhnya, hidayah milik Allah

buat para readers(kalau ada lah) andai terdetik ingin menuju ke jalanNya, maka segera lah berubah. secara perlahan. inshaAllah. membuahkan hasil. me too begitu. perlahan2. inshaAllah terus istiqamah dan terus sado. andai ada mulut celupar menegur mu "BERLAGAK ALIM, USTAZAH/USTAZ" dan pelbagai lagi, abaikan. kerana, itu ujian kesayangan(ALLAH) untuk menguatkan kita ��

2015. keep sado. moga Allah redha