Assalamualaikum
Di hadapan cermin kaca aku termangu sendirian. Berfikir akan kehidupan ku. Tujuan aku diwujudkan. Matlamat ku sebagai seorang muslimah. Nafas dilepaskan panjang. Jawapan sudah terpampang di hadapan mata. Namun, tiada sedikit tindakan di lakukan
Aku tahu. Aku sedar. Malaikat maut itu sentiasa on time dengan kerjanya. Malah aku sedar diri ku seolah-olah cuba melalaikan diri pada dunia agar lupa yang aku bakal kembali ke alam barzakh
Aku mungkin kecundang. Apa alasan ku? Entah. Hanya itu mampu ku ungkap. Otak ku rancak saja berfikir mengenai kehidupan ku. Aku mahu kenal akan Islam sebenar. Ya. Itu niat ku. Tapi mana usaha ku?!
Kepala di jatuhkan. Fikiran ku berkecamuk. Mati TIDAK menunggu. Aku tahu! Berhenti mengingatkan ku! Kerana aku takut. Takut nanti tiada apa dapat ku buktikan pada Yang Maha Esa atas apa telah ku lakukan di atas bumi ini untuk agama yang di bawa oleh sang kekasih-Nya
Allahu, mungkin ini ujian buat diri yang hina. Alhamdulillah kerana Engkau masih sayang pada ku. Tapi, mana sayang ku pada Mu?! Apa bukti aku sayang pada Mu wahai kesayangan?! Ampunkan hamba-Mu yang hina ini
Sesak. Rimas. Kadang sedih. Kadang kecewa. Apa begini ujian permulaan bagi orang yang mula mahu mengenal Mu wahai Ar-Rahman?
Kuatkan aku ya Allah. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Jangan biar aku kecundang. Tetapkan hati ku hanya untuk Mu. Kuatkan aku ya Ar-Rahim. Aku lemah. Aku tahu ujian ini diberi kerana aku MAMPU. Maka, pinjamkan aku kekuatan-Mu. Agar, boleh aku hadapi ujian ini dengan sabar dan tabah. Ameen
Sekian,
Hamba-Mu yang hina
No comments:
Post a Comment
Any comment?