Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Tuesday, 20 January 2015

Kirimkan aku

Assalamualaikum

Ligat fikiran ku berpusing. Sehingga naik runsing aku di buatnya. Kenapa? Kenapa ku rasakan seperti, aku...... HILANG?! Ya. Aku hilang. Aku hilang dalam jalan menuju-Nya. TERkandas? Entah. Sungguh aku tak tahu. Aku lalai dalam dunia ku. Lalai dalam kebingungan yang ku cipta sendiri....

Aku perlu seseorang. Seseorang untuk mendakap ku erat, memberi perhatian buat ku, mendampingi ku sepenuh masa, dalam melalui hitam putih, pahit manis perjalanan Menuju-Mu yang telah Engkau tulis buat diri ku sedari azali di Luh Mahfuz-Mu Wahai Pencipta langit dan bumi.

Kadang, TERdetik kebaikkan di hati. Namun, mudah saja kejahatan membasmi perasaan itu. Aku menurut sahaja apa hati kecil ku mahukan. Ampunkan hamba-Mu ya Tuhan yang Maha Pengampun

Ya. Jujur, selama melalui jalan-Mu, aku agak bahagia. Tetapi aku juga agak sengsara. Mana mungkin boleh aku berubah secara drastik. Menukar diri ku yang jahat pada hari ini, kepada yang baik sepenuhnya di hari esok.

Jalan ini penuh onak dan duri. Bila aku tertusuk duri, mudah saja diri ini menangis, meraung dan merajuk untuk berhenti di pertengahan jalan. Luka yang pedih membuatkan aku berasa perit untuk meneruskan perjalanan ini.

Aku tahu, di penghujungnya punya keindahan yang tidak mungkin dapat ku rungkai melalui kata-kata. Keindahan yang tidak mungkin mampu ku fikirkan melalui otak pemberian-Mu, yang Maha Esa.

Aku terjatuh. Aku terjatuh dalam jalan menuju-Mu. Ini angkara sang pendamba teman buat di neraka kelak, Syaitan. Aku perlu seseorang untuk membantu ku bangkit semula. Meyakinkan ku untuk meneruskan perjalanan ku tanpa ada sebarang gusar dan merasakan apa yang ku rasakan sebagaimana mula-mula dulu aku rasakan kemanisan dalam jalan menuju-Mu. Aku inginkan kemanisan itu.

Cuma.... aku bingung. Aku tidak tahu siapa boleh membantu ku untuk terus mara ke hadapan tanpa melencong ke mana-mana simpang yang menyesatkan diri yang acapkali dengan mudah tergoda pada hasutan syaitan durjana laknatullah. Ya. Aku punya sahabat. Tapi mereka jauh. Terlalu jauh sehingga boleh ku abaikan nasihat mereka.

Aku insan lemah yang tak berdaya. aku perlukan kekuatan. Mungkin ini ujian bagi ku. Tapi aku perlu TEMAN ya Allah. Teman yang boleh mendampingi ku di setiap waktu yang berdetik, di setiap saat yang kian berlalu dari hari ke hari. Kirimkan dia yang ikhlas buat diri ku untuk membantu aku terus maju ke jalan-Mu ya Rabb.

sekian,
HambaMu yang hina.

No comments:

Post a Comment

Any comment?