Assalamualaikum
:D hai fellas ! aku kembali meringankan tangan ku menekan tiaptiap kekunci
notebook Asus warna putih kepunyaan abang ke tiga ku. Aisehhh~ complete ja kan
bicara gua ? huahuahua
Okei so
seperti yang para readers TAK tahu, gua telah menghidap beberapa penyakit.
Uisehh macam serius kan ? hahaha. Tiada la serius mana. Just kena penyakit mata
and sakit tekak and batuk sikit and selesema sikit and demam sikit. Aisehh
semua la sikit kann hahah
Mengada seja
gua mau mengadu sama kamurang kan ? hahah. Padahal nasihat MA pun gua nda ikut
bhuaa hahah. Buang masa pergi hospital huahua. That practical MA sibuk tanya
apa penyakit gua. Gua pun cakap la penyakit gua seperti yang gua senaraikan di
atas. Sekali dia bagi pelbagai hadiah. Baik sangat MA tu dengan aku. Sayang MA
muahmuah hahaha
Cakap pasal
MA rasanya hati ini mulai jatuh pada MA hahaha. Sebab paci MA yang gua jumpa
the other day begitu concern pada ku. Aku yang nda kisah langsung dengan
penyakit yang menimpa diri act cool ja. Dia pula busy tanya itu ini. Padahal
gua datang pergi situ pun sebab di paksa and sebab mau make sure gua nda
terkena penyakit demam denggi. Well maklum la. Musim denggi. Hatihati sikit la
derr.
Actually gua
mau jadi MA. Ya lahh. Dari kecil lagi ditanya apa citacita ku ? ku bilang
menjadi orang kaya heii ! hahaha. Okei jauh. Gua cakap gua mau jadi doktor.
Doktor yang just checkcheck orang. Rupanya ia di panggil as Medical Assitant.
Bukan doktor. Biasalah. Gua masa kecilkecil dulu babu sapu lantai pun panggil
doktor sebab dia kerja hospital huahuahua. Sembarang kan gua ? tapi rasanya
citacita itu seperti harus ku lepaskan. Buat masa sekarang lah. Sebab ? ada
dehh. So aku pun beranganangan mau kahwin sama MA seja kalau nda dapat jadi MA
muahaha
So, sambung
balik. Kena penyakit ni pun sebab Allah kata KUN FAYAKUN hahah. Sebab hamba
Allah sorang ni agak jajal. So di beri peringatan lee haisehh hahaha. Okei. Aku
melalut. So kita ke berita yang ingin benar ku bangkitkan kepada andaanda
sekalian
Seperti yang
kita semua sedia maklum “Dunia dah maju. Zaman dah berubah” *benarkah pepatah ku itu ?* teknologi
yang kian canggih dari masa ke masa membuatkan manusia turut always up-to-date.
Well nda mau ketinggalan zaman la katakan. Biasalah kan. Tinggal sikit sudah di
ketawakan. Tinggal solat ambil mudah la pulak ! *selfreminder*
Pasti
anakanak yang seumur ku masih mengingati betapa manisnya zaman kanakkanak dulu.
Di mana kita masih belum mengenal apa itu handphone tablet and etc. Kita
bermain seperti kanakkanak. Yaa. Nama pun kanakkanak. Bermain dengan gembira
dan penuh keriuhan. Terlalu indah dan manisnya untuk ku ungkap kembali waktu itu
DULU.......
Masa mulamula dulu bergelar kanakkanak *dulu bayi which mean im still that cute little baby* permainan pertama yang aku di ajar ialah permainan yang melibatkan pergerakan tangan. macammacam waktu itu. salah satunya ialah "Assalamualaikum" hahah. unik waktu itu. setakat Assalamualaikum boleh dipelbagaikan dengan di sambungsambung ayat hujungnya. contoh yang lain seperti sepsepsep, cici amerika dan banyak lagi sehingga aku sendiri terlupa apa namanya. to be honest aku TAK tahu apasal nama dia pelik semacam -_-
Permainan
getah. Bermacam nama di berikan. Zero point. U black. Main dalam kelas. Kalau
sekolah pagi susah sikit. Sebab waktu yang padat. Sekolah agamalah tempat kami
bermain. Waktu rehat dihabiskan untuk bermain pelbagai permainan. Kawankawan
semua tidak melepaskan peluang memperlihatkan kehandalan masingmasing membuka
kaki melangkah merentas getah. Seronok waktu itu. Siap betting lagi gang siapa
yang hebat
Lubang
tikus. Masih segar di ingatan ku pada permainan ini. Aku tersenyum tatkala
mengimbas kembali perkara yang pernah berlaku sedang aku seronok bermain
permainan ini. Waktu itu sekolah agama. Mungkin badan yang kecil sukar membuat
lompatan. Sedang aku cuba melompat tangan kawankawan ku yang sedang bersusun
menegak, aku tersadung. Mungkin kaki kerdil ini terkena pada tangan mereka. Nah
! akibatnya aku tertanduk meja guru dan akhirnya kepala ku lebam. Aku dibawa
berjumpa dengan ustazah Lasiah. Beliaulah yang mengubat kepala ku. Lucu
Permainan
seterusnya ialah jadijadi. Agak pelik bunyinya kan ? entah siapa pengasasnya.
Ini memang kegemaran ku. Berkejaran sampai tercungapcungap agak indah untuk di
kenang. Kalau ada alat doraemon, iaitu mesin perentas masa. Pasti aku bakal tertawa
melihat wajah comel itu keletihan mengejar temantemannya. Pet maksudnya
berehat. Belum asi bermaksud belum bersedia. sudah ku menginjak usia remaja, baru aku mulai mempersoal bahawa "pet" dan "asi" seperti tiada persamaan langsung dengan makna yang diberikan
and the last one yang popular is my de dis is polendang hahahah. sudah usia ku menginjak usia remaja baru aku mulai tertawa dengan tajuk permainan ini. sungguh tak bererti. kami semua akan berpusing sambil memegang baju di bawah tangan 2orang yang di cantum menjadi seperti atap. dan apabila lagu habis dinyanyikan, sesiapa yang masih berada di bawah tangan pasti akan tertangkap. kemudian orang yang di tangkap harus memilih sesuatu dan akan menjadi konco salah satu si penangkap tersebut. kemudian akhirnya mereka akan berebut menarik sesiapa yang mereka mahu. masih ku ingat. mereka pasti mahukan aku bersama mereka. pelik -_- *tak sangka I popular satu masa dulu ahakss*
ouhya ! sebelum aku terlupa. one more okei huahuahua. ada ni yang paling lawak punya permainan hahahha. gini lagu dia "kami miskin kami miskin. kami kaya kami kaya. minta la dulu anak mu satu" hahahahahhaha punya lah pecah ketawa bila ingat balik lirik ni. lawak okei lawak. apadehal kau sembarang buleh minta anak orang ? hahah. dan dalam permainan ini aku juga jadi mangsa rebutan hahah. tapi apa yang pasti ia memang menyeronokkan. tiada galang gantinya rasanya permainan-permainan ini. dan aku rasa sudah tiada kanakkanak yang main permainan seperti ini
okei. cukup rasanya ku bangkitkan hal permainan tradisional pada waktu ini. kalau ku teruskan jua mendengar kata hati yang ingin saja mendedahkan semua permainan yang ku lalui, pasti anda sekalian rasa loya and feel like "doesn't she got something to do ? damn !" huahuahua. pepandai jer kan gua ? so pasal makanan actually nda banyak sangat untuk ku ungkap. just ni la satusatunya yang gua rasa sayang seribu kali sayang bebeh !
Masih ingat
aiskrim raja kacang ? yaa. Kegilaan ku satu masa dulu. Masih ku ingat. Semakin
waktu beredar, aku tetap menggilakan aiskrim itu. sampai sanggup ku cari di kedai seberang hahah. semalam. mom membeli aiskrim ini. sungguh. sumpah. lain dari yang dulu. betul wa cakap lu wehhhh. even pembungkus aiskrim tu pun lain dari yang lain. kalau dulu kertas. sekarang plastik. kau tengok pun tiada selera. serius wa cakap lu. nda bohong punyaa *sungguh nda sedap losap jugak 3batang aiskrim ni masuk dalam perut haku huahuahua* saiz pun nda sama. rasanya masa tu macam mau baling ja dekat muka si pembuat aiskrim tu *sehh bajet lelebih. tampar karang* kadangkadang rasa macam mau ja buat demonstrasi "KEMBALIKAN AISKRIM RAJA KACANG YANG DULU" huahuahua tambirang
SEKARANG............
sekarang ? humph ! wa cakap simple seja la with kamurang. budak sekarang, gua pula lagi yang TERpaksa mintak ajar macammana mau tekan tablet bagai. laptop ni, hamboiii. diorang lagi hebat woh dari kitaa. memang la kita mau rakyat kita maju ikut teknologi. cuma, please ! JANGAN JADI HAMBA TEKNOLOGI. gua tanya diaorang pandai main sepsepsep ? terus selamba dengan muka blur mintak penampar dorang jawab "NDA" and gua shock okeh. serious. sumpah. nda mainmain. memang kejut. permainan yang gua rasa peneman hidup tu lah dorang nda tau macammana mau main ? ! rasa mau cekik sampai mati hahah. nasib anak orang. lastlast gua ajar la sikit mana yang gua mampu sehh hahah. terus gian anakanak hahah. lawaklawak
okei so thats all la. pasal makanan gua dah TERkomplen di atas dalam tajuk DULU hahah. saja la gua meng-update belog gua yang comel ni. entahentah para readers pun sudah blacklist nda mo baca belog gua garagara tiada cerita huahuahua. well guys, belum ada isu hangat untuk ku bangkitkan. so, jumpa lagi di entry akan datang :) Assalamualaikum ! adios bebeh ~
DULU dan SEKARANG