Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Friday, 6 February 2015

Rindu.

Assalamualaikum

Sayup-sayup kedengaran bunyi suara-suara pelanggan yang sedang rancak membincangkan mengenai kehidupan masing-masing, di gerai makan Anjung Sitompok. Bunyi kuali dan senduk berlaga juga tidak kurang hebatnya.

Aku di sini, duduk berhadapan tingkap. Melepaskan lelah sebentar, selepas melayan pelanggan yang menggila kerana kelaparan dan kehausan. Bertemankan rakan sekerja yang sedang lalai berhadapan dengan "war"nya dalam permainan Clash of Clan(COC), aku mulai membuat jari jemari kenit ku, berlumba-lumba menekan papan kekunci telefon pintar milik diri ini.

Rindu. Ya. Itu tajuk buat entry kali ini. Aku rindu. Pada siapa diri ini rindu? Pada roh dahulu yang pernah mendiami jasad ini. Pada roh dulu yang sangat garang dan ganas. Roh yang dahulunya berlagak samseng dan taiko. Ya. Aku rindu benar pada roh itu.

Sejak kenal pada Islam, pemakaian ku tentu saja ikut berubah. Lengan baju yang dahulunya di lipat sehingga menampakkan tangan kecil ini, sekarang sudah mulai aku tutupi. Kaki yang dahulunya bebas ku tayangkan, juga turut aku lindungi. Semuanya kerana Dia. Kesayangan nurani yang baru. Pencipta jasad buat roh penulis ini.

Perubahan pakaian tersebut membuatkan keperibadianku juga turut berubah sedikit demi sedikit. Aku yang dulunya garang, kini sudah mulai sedikit lembut. Aku yang dulunya samseng, sudah mulai menghilangkan kesamsengannya. Semua ku lakukan kerana Dia. Dia suka akan kelembutan. Maka kerana cinta pada-Nya, aku turutkan perintah-Nya. Tapi, aku rindu. Rindu pada roh samseng itu.

Roh yang ada sekarang cumalah roh yang nakal dan keanak-anakkan. Tiada lagi lipatan lengan yang taiko. Tiada lagi lipatan seluar seperti dahulu. Tiada lagi kegarangan seperti dahulu. Aku rindu. Rindu sekali. Ingin sekali menjadi samseng seperti dahulu. Aku rindu kamu wahai roh penghuni jasad.

Sekian,
Jasad yang merindui rohnya

Thursday, 5 February 2015

Luahan rasa

Assalamualaikum

Tepat jam 10:46 a.m. ibu jari ku, pantas saja menekan button "Blogger" di home screen telefon pintar, milik jasad sang penulis yakni aku *hahahah*

Jari jemari kenit ini gatal saja ingin menulis entry baru. Maka ku turutkan saja kata hati ini. Lagipun, ini saja tempat buat meluah rasa pahit manis, masam masin dan segala macam perasa lagi.

Tanpa sebarang amaran, otak geliga ini tiba-tiba saja TERkenangkan cerita lama. Normal. Aku memang seorang manusia yang suka mengimbau kenangan dan memori lama

Perlahan-lahan saraf otak ku menyelak tiap-tiap mukasurat yang sudah tertulis dalam memori ku. Tup! Belekkan terhenti. Ada sedikit calitan darah pada catatan tahun 2014. Mengapa begitu?

Oh. Kisah tiga abjad. Jujur, aku penat dan malas ingin mengulangkaji cerita tiga abjad dengan teman-teman dunia akhirat ku *InshaAllah*. Rentetan itu, adalah lebih afdhal ku abdikan saja cerita ini dalam blog kesayangan milik penulis.

Entry ini ku tulis sememangnya hanya mengenai luahan perasaan penulis tentang pengakuan BELIAU(ketua tiga abjad) terhadap diri ini. Bukan mahu memulakan satu pergaduhan baru. Tidak. Malah aku sudah terlalu penat untuk memulakannya

Pada tarikh yang aku sendiri tidak pasti bila, beliau telah meninggalkan group WhatsApp yang di ketuai oleh ahli tiga abjad. Keluarnya dia membuatkan kami tertanya-tanya sesama kami. Sekian lama mendiamkan diri, persoalan yang sama sentiasa menghantui diri. Akhirnya, ku hantar sebuah pesanan ringkas ke telefon bimbitnya.

Selang berapa hari kemudian, beliau membalas pesanan tersebut. Di dalamnya, beliau menyatakan mengapa dia keluar dari group tersebut dan beberapa kata-katanya, agak menghiris hati ku. Terlalu penat dengan pergaduhan, aku diamkan diri. Menjauh dan menyepi. Teks beliau aku klasifikasikan sebagai OVER-JUDGING.

Sebelum bertanya sendiri secara terus kepada beliau, aku sebenarnya telah terlebih dahulu menghantar pesanan ringkas di group WhatsApp tersebut. Mungkin cara ku yang kasar menyebabkan admin berasa kecil hati.

Aku tidak menyalahkan dia. Niat ku bertanya secara kasar adalah hanya untuk bergurau senda semata-mata. Namun, apa yang kita lihat positif, tidak semuanya positif pada pandangan manusia lain. Ya aku akui. Aku bersalah. Ampunkan aku. Halalkan makan dan minum ku.

Tak usah bermadah bicara. Jujur, aku agak TERkesan dengan pengakuan beliau yang menyatakan beliau SANGAT KENAL pada diriku. Walhal aku sendiri tidak tahu roh yang bagaimanakah yang menghuni jasad pemberian Ilahi ini. Bagaimana pula beliau yang bukan sejasad dengan roh ku boleh menyatakan beliau SANGAT KENAL dengan keperibadian ku? Aneh. Sungguh aneh

Aku sendiri masih cuba mengenal siapa aku sebenarnya. Jika beliau TERAMAT KENAL pada roh yang menghuni jasad penulis, maka tidak seharusnya perkara begini berlaku. Tidak seharusnya beliau berfikiran gurau senda itu satu kecaman buat beliau. Jika beliau benar TERAMAT KENAL pada diri ini, tidak seharusnya beliau mengeluarkan kata-kata seperti yang beliau nyatakan dalam mesej pesanan ringkas, yang beliau kirimkan ke telefon pintar penulis.

Beliau sendiri menulis "hati-hati. Fikir sebelum berbicara".  Tapi beliau sendiri TIDAK mengaplikasikan ayat tersebut dengan tindakan yang telah beliau lakukan ke atas diri penulis.

Tapi tidak mengapa. Bukan salah mereka. Mereka cuma manusia biasa yang terlalu banyak cacat celanya. Begitu juga aku. Aku cuma manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan ku.

Amaran keras ku beri buat mereka yang kononnya SANGAT KENAL akan diri kecil ini. Tolong jangan berlagak seperti engkau KENAL diri ini. Kerana aku sendiri sedang berhempas pulas cuba mencari keperibadian ku yang sebenar. Aku manusia biasa yang keanak-anakkan, yang hanya sekali sekala menjadi matang di situasi tertentu. Maka ampunkan aku atas kekurangan diri ini yang banyak mengguris hati kalian.

Sekian.