Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Friday, 5 April 2013

UNTA DAN MANUSIA ?

HALLU~

Aritu gua ada baca ne buku DAKWAH. belek punya belek gua jumpa tajuk ne "antara unta dengan manusia". jadi gua pun tertarik la mo tulis ne benda dalam belog gua yang comel macam gua ne. haha. gua xniat pun mo puji diri sendiri. well~ kenyataan ! huahuahua. Ya Allah TAMBIRANG nya ! minta kena tandang pakah si dayang ane ? ! haha okei berhenti berimiginasi. berbalik kepada poin gua. okei bawah ne ialah benda2 yang tertulis dalam buku tu.

Ayat ke 17 surah al-Gashiyyah yang berbunyi ; "mengapakah mereka yang kafir masih mengingkari akhirat, tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan ?"
          Di dalam perihal lain, apakah hikmah dan pengajaran yang kita dapati daripada binatang yang bernama unta ini ? dan mengapa al-Quran banyak kali mengulang nama dan sifat unta ?
          Sudah pasti banyak perkara yang dapat kita pelajari dari kejadian unta, oleh sebab itu Allah seru kita supaya kaji tentang unta.

          Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti manusia, antaranya (secara ringkas) ialah :

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap  tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu unta senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat kepada Allah dan selalu amalkan agama.
3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempatnya kembali, dalam kehidupan biasa apabila berjumpa binatang yang hilang , ia hendaklah diiklankan untuk dikembalikan kepada tuannya. Tetapi unta tidak pernah diiklankan kerana unta tahu jalan untuk pulang ke tempat asalnya. Begitu juga manusia, kita seharusnya kenal siapa tuhan kita dan tahu tempat kembali iaitu akhirat.

4. Unta tidak melakukan hubungan seks dihadapan manusia kerana malu yang tinggi, bahkan jika ia tahu ada manusia yang mengintai waktu ia mengawan, maka ia akan marah dan mungkin membunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi. Bukan senang-senang buat maksiat dikhalayak ramai, bahkan ada yang lebih teruk daripada binatang dalam bab ini hingga tidak malu bercumbu cumbuan di khalayak ramai.

5. Unta tidak berkongsi pasangan macam binatang lain. Maka manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga

6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula ia akan tetap berasa selesa kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Maka manusia harus pandai bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana sekeliling.

7. Bahagian-bahagian dari unta banyak manfaatnya hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta oun boleh dijadikan ubat. Maka, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa membei manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun kepada umat.

okei. ni la apa yang tertulis dalam buku tu. so renung-renungkan~~ :D

SUMBER : MAJALAH DAKWAH

No comments:

Post a Comment

Any comment?