Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Friday, 26 April 2013

SEKOLAH KU HARI INI

ASSALAMUALAIKUM~

Hai2. Oke today gua mo cer pasal sekolah gua hari ne. Memang banyak cerita. Nda lah jua banyak sangat. Banyak ka enda ? Ala~ Susah2 kamu ja lah yang putuskan banyak ka nda banyak cerita aku ne.

Cerita 1#

Hari ne adzrul kena gunting rambut. Huahuahua padan dengan muka ko. Tapi , serious gua bilang sama lu memang cantik rambut dia. Lagi comel dari yang sebelum ni. Haha Matcho hoo~

Cerita 2#

BM hari ni Q aka IeykaFaeza nda hadir. Patutnya hari ne bentang kerja komsas di kad manila. Kad tu pula tempat Q. Aduss~ Habis lah pula kami kena marah oleh cikgu. Kalau durang laki nda lupa buat di kad manila memang confirm kami pun nda kena. Sebab masa kami tu cikgu masih boleh handle api dia. Tapi disebabkan durang tu lupa ingatan sangat , kami pun kena. Durang ne macam "Kerana seekor kerbau bawa lumpur habis semua kena".

Cerita 3#

Yang bahagian sini teruk. Cikgu sejarah kami merajuk ! Parah. First time ne jo~ Ya la. Kalau aku jadi cikgu pun mana aku suka kalau ada anak murid yang sudahlah nda pandai menjawab bila disoal. Tunduk lagi tengok buku macam khuysuk sangat. Padahal mengantuk ! And bila kena soal tengok buku lagi padahal tadi sudah tengok buku. Bila bukan sesi pembelajaran bising pula masing2. Lepas tu memang tiap masa dia kami buat gini. Aduii cikgu mana la yang nda marah kan ?  Kami bukan apa. Kami tengok buku sebab takut buat eye contact dengan dia. Takut kena soal~ Hehe. Kadang2 tu dia soal yang sudah lapuk. Mana lah aku boleh ingat. Sebab aku malas ulangkaji. Hehe. Oke soalan dia memang ko faham. Tapi kadang2 bila ko bagi jawapan mesti dia cakap

"Ya meh ?"

Lepas tu bila dia jawab soalan tu mesti ko dengar jawapan dia sebiji sebulat macam jawapan ko. Haishh~ Tu yang buat aku kadang2 malas la mo jawab. Lagi satu aku rasa durang2 ne mengantuk. Aku nda lah mengantuk sangat. Tapi perasaan mengantuk tu ada la. Jadi tadi dia pot pet pot pet kejap. Then dia cakap

"Mm~ Kamu bacalah. Lepas tu bentang"

Lepas dia cakap gitu dia keluar kejap. And masuk balik pastu ambil barang2 dia dan keluar macam tu ja. Masing2 rasa bersalah. Amira lagi lah. Sebab masa dia pot pet pot pet tu nama si Mira lah yang dia sebut. Memanglah ko rasa bersalah kan ? Aduii esok lagi ada sekolah. Ikut jadual hari ni lagi. Confirm la dia ada lagi. Macam mana lah kami mo berhadapan dengan dia ne ? Ya Allah~

Cerita 4#

Lepas cerita cikgu sejarah tu. Kawan laki gua Adzrul , Khairul and Hardy terus mengampai. Yang gilanya kawan aku si Cak boleh2 dia pigi lepaskan kentut dia tempat manusia2 mengampai tu ? ! Ya Allah~! Buruknya lah perangai manusia sorang ne. Hesh ! Mihir ! Yang si adzrul dengan c Khai ne nda sedar. Si Hardy lah yang cepat2 terus ambil minyak wangi sumbat di hidungnya. Aduss  TALINGONG juga si cak ne ! Lepas tu abis suda kan dia kentut tu.

Dia sambung balik cerita sama Dugdug. Tiba2 Dugdug , Adzrul and khai lari. Hardy pula kasi sumbat balik minyak wangi di hidung dia. Nur pula teriak "ALONG !". Rupanya dia kentut lagi sekali ! Hesh ! Memang pengotorX10000000 sangat ! Bayangkan masa2 dia tengah syok cerita dia melepas. Lepas tu ekspersi muka dia selamba ja. Ehh~ NO feeling betul lah hamba Allah sorang ne.

Cerita 5#

Oke lupakan cerita kentut. Ni pula masa kami di bilik maths. Time ne kan kami tengah jawab soalan di kertas yang cikgu bagi. Amira pula teda mood sebab cerita sejarah tu. Sekali tengah2 jawab soalan ada bunyi pum pam pum pam nge ngo nge ngo di luar. Semua senyap. Nda lama lepas tu Hardy orang yang paling dekat dengan cikgu merangkap orang paling jauh dari pintu jadi orang pertama yang keluar dari bilik maths tu. Aku orang yang paling jauh dari cikgu merangkap orang paling dekat dengan pintu orang yang terakhir keluar. Aku , Amira dengan Yap nda berganjak pun. Sebab takut cikgu marah. Sekali last2 cikgu pun keluar. Amira dan Yap pula ikut keluar. Then kami cakap

"Jaga2 cikgu"

Ya laa. kan cikgu tu mengandung. Karang dia ada apa2. Habis EMERGENCY kami ! Rupanya Tanirah mengamuk. Bergaduh sama Ali. Boyfriend Yap haha. Teda lah men2 ja. Oke apa cer durang ni ? ni naa........

Kemarin durang Ali ada bagi surat cinta tempat Tanirah. Main2 la kan. Jadi Tanirah bagi surat tu tempat guru disiplin. Marah lah si Ali ni. Jadi masa di bilik PAFA durang mula suda lawan cakap. Sampai lah pigi atas maksud aku sampai la durang masuk kelas nda pandai habis cerita durang ne. Memang dari bawah tu Tanirah teriak2 sudah. Menangis lah dia. Jadi dia pun baling kerusi tempat Ali. Syukur lah Ali ne TAIKO gaduh haha. Jadi mengkali dia hafal sudah ne cara mo bertumbuk. Dapat lah si Ali elak tu kerusi. Lepas mengelak dia terus lari. Masa tu cikgu2 mula sudah berkumpul di kelas durang. Tanirah masih lagi gila meroyan. Tumbangkan segala meja. Sampai cikgu Alex Lai masuk pun dia masih gila meroyan sampai lah cikgu tu keluar balik. Takut kali haha. Yang aku lawak meja si Paten pun dia mo tumbangkan tapi nda jadi sebab si Paten pegang mejanya tu. Haha lawak juga.

Jadi lepas tu kami pun masuk balik pigi bilik maths. Kami nda nampak sebenarnya kejadian ne. Ne pun kena ceritakan oleh budak2 kelas tu. Amira yang tadinya teda mood terus gembira. Yap pun happy gila. masing2 cakap

"Yes ! Yes ! Ad cer. Ad cer"

Aku blank~ Nda faham ! Haiss~ Durang ne ntah apa2 la. Mo tunjuk TAIKO pun tunjuk tempat kerusi meja. Orang bertumbuk lah. Baru siok !

Esk3. Teruk arini kan~ Etu ja la. Yang membaca pandai2 lah jadi kan yang mana pengajaran dan yang mana patut ko contoh yerkk~ Chau ! Astalavista bebeh !

No comments:

Post a Comment

Any comment?