Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Tuesday, 9 July 2013

School world 16

09 July 2013_SELASA

ASSALAMUALAIKUM~

Hallu~ Like usual wake up in the morning and go to school. (Nanyi ni macam lagu orang puteh tu arr~ Aku pun nda tau apa tajuk dia. Haha~)

Awal pagi pergi sekolah baris macam biasa. Perhimpunan rasmi so baris tempat pengawas. Dan aku pun nda tau lah napa lah cikgu Syafiqa dengan cikgu Sabtu hari ni banyak round2 tempat pengawas. Saya tak suka ! Sebab aku terpaksa bersembunyi supaya durang nda nampak dan durang nda la membebel tempat aku dan sekaligus ndakan memalukan aku. Kalau durang marah aku pastu kena suruh duduk depan ianya memalukan ! Serius !

Masuk kelas. Chit chat with Amira and Sulina. Q nda hadir lagi. Dua hari sudah. Tapi kali ni dia ada alasan. Alasan dia demam. Oke aku percaya. Dia nda kan bohong punya. Itu kebaikkan kaka Q aku ni huahuahua.

Matapelajaran pertama hari ni. Bi. Kitaurang bincang tu buku hijau. Yang 1119 tu. And guess what ? I dapat banyak markah penuh dalam practice tu~~~ And guess what again ? Rupanya Ady Akmar aka Dugong yang tolong jawab semua benda tu. Jadi kesimpulannya ? Bukan jawapan aku sebab aku langsung nda baca pun benda tu dan ada ku kesah ? Huahuahua. Kejam !

Oke. Jadi masa cakap2 Bi tu. Kami kena suruh baca kan. Then ada ayat ni "settlers bla bla bla income" aku lupa lepas settlers tu apa. Dan lidah aku terbeliut beliut menyebut perkataan tu akibat accident masa sebut perkataan "settlers" tu dan akhirnya ayat yang keluar dari mulut aku

Aku : Set........tlers eh apa benda kan ea cakap ni ?

Oke aku mula salahkan soalan bila aku yang salah. Dasar nda tau malu. Natural me. Tak malu punn~~ Huahuahua

Then teacher pun start la dia punya machine gun bebelan tu. Nasib la dia cuma cakap

Teacher Mazi : hahh hahh~ Tu la jarang kan cakap BI

Habis masa

Additional mathematics. Teacher Marha sorang yang sesangat menepati masa so, sebelum teacher keluar lagi dia sudah ada terpacak dekat kelas kami. Kami pun belajar lah macam biasa. Fun. But you know add maths. Selagi ko nda mampus cari jawapan then you will never success baby~! Perlukan ketabahan dan semangat jiwa yang kental serta otak yang kritis lagi kreatif untuk belajar add math. Habis masa

Rehat. Kami pergi kantin. Tapi nasi lemak habis. Sudah lah aku FRUST sebab adalah~ Dan makanan lagi habis. Aku kan kalau tengah bulan mengambang atau lebih dikenali sebagai bendera jepun ni memang akan FRUST sesangat bila ada ja benda yang buat aku nda puas hati. Benda remeh tu akan jadi nda remeh bagi aku kalau aku tengah bulan mengambang. Take a note bagi yang baca. Penting ! Mana la tau ko sakit kan hati aku tengah aku bulan mengambang kan. Susah tau benda ni aku mo kasi lupa kalau aku kena time bulang mengambang~!

Ahh sambung balik. Hardy lagi minta belanja. Ni pun atas perjanjian antara mulut. Dia hantar buku kuning aku belanja makan dan dia bayar balik. Tapi nasi lemak teda so paksa la aku belanja dia karipap dua. Tapi tiba2 saya nampak dia pegang duit dan mo membeli. Then aku fikir. I am totally dumb founded dan what ? ! Dia tipu aku ? ! Chet ! Tanya punya tanya rupanya duit Daus~ Haha. Sorry Hardy. And at least aku bagi dia 1 karipap.

Masuk. Tapi sebelum tu kitaurang pergi tandas. Dekat tandas jumpa pula geng oma. And kitaurang cer2 la pasal RM and cer pasal tutor. Tutor 5sc dengan 5A hari ni maths. Kami kongsi cikgu yang sama. So oma cakap

Oma : Jadi gabung ? Ehh  sama kamu ni ?  Hehhhh~~~

Well ianya menusuk. Serius. Well kami pun sebenarnya nda hingin gabung sebab kami teramat BANYAK masalah dengan kelas tu. So kitaurang pun tak hingin lah gabung !

BM. Belajar novel. Dan hari ni kami terlampau banyak cakap sampai kerja nda siap. And luckily cikgu suruh hantar khamis. Tapi saya kan orang baik so saya siapkan juga masa PSK. Baik la sangat. Sebenarnya malas mo buat kerja ruma banyak2 nanti malam huahuahua~! Masa tengah buat kerja BM tu datang la Folonika, Pvoline dengan Premilla membawa pesanan cikgu Rosnah. Cikgu seterusnya yang akan masuk kelas kami. Cikgu PSK. Kami kena suruh pergi library~ Yeayy ! Cikgu awak memang terbaik !

Sambung balik. Dia ketuk pintu kelas kami sampai pas yang kami sangkut di suis tu jatuh ! Haha. Folonika awak kuat. Then cikgu Norsinah cakap

Cikgu : Kuat jurus nya~ Haha


Habis masa. Masa untuk pergi library. 

Macam biasa Amira mesti awal2 lagi mo keluar dari kelas kami yang hebat tu. Dan Yap mengekori langkah Amira. Tiba2 saya nampak Amira tersenyum. Senyum yang ada agenda. Tapi aku nda tanya napa. Yap juga menunjukkan reaksi yang sama macam Amira. Then aku keluar. What did I saw ? T A M B U ! Chet ! Ayam punya manusia dua ekor. Ohh~ Sejuk aku masa tu.

Ngam2 Hardy panggil aku. So aku pun cepat2 melekat dekat tingkap and try too act cool. Durang Amira ketawa suda. Rasa macam mo lempang ja ayam dua ekor tu. Lepas tu aku cecepat jalan naik tangga. And sekaligus jalan dengan Shukrie. Alah~ Kawan si Adul la. Oke bahagian sini lawak. Kan aku depan Shukrie. Amira, Yap and the rest dibelakang dia. Then Amira cakap

Amira : Biar durang jalan sama2 haha

Terus masa di tangga Shukrie jalan laju2. And guess what ? Nadia masa tu tengah bersembunyi dekat almari. Tujuan dia sembunyi mo kasi kejut kami. Tapi malangnya Shukrie yang jadi mangsa ! Haha. Lawak gila jooo~~ Shukrie terkejut ! Haha padan muka. Lawak2. Nadia terus lari sebab salah orang. Kami apa lagi ketawa habis la. Balik2 lagi minta rewind dengan Along camana Shukrie terkejut. Sebab durang yang nampak.

Then masa aku dalam almari tu durang umi suruh sembunyi. Suruh aku kasi kejut durang si Adul. Sebab dia pun otw mo lalu situ. Malangnya durang jalan tempat yang bertentangan dengan arah kami mo kasi kejut. And you know what. Rupanya Shukrie bilang kami gila sebab kasi kejut dia haha

Adul : Sini kita lalu

Shukrie sambil senyum2 : Gila sidia tu

Camana aku tau dia cakap kami gila ? Adul lah yang bagi cerita masa kami pulang dari sekolah.

Dalam library kami cerita lah puas2. Lawak lah juga bila Hardy cakap

Hardy : Ui Mira nanti aku mengayau tempat mu arr

Amira : Hahh ?

Aku : Ea nda tau apa tu mengayau~ Hahah

Yap : Mengayau tu bukan menari nari ka ?

Hardy+Aku : Hahahah

Hardy : Ko ni Yap buat apa pulang aku mo menari tempat si Mira ? Haha

Aku+Amira : Hahaha

Amira : Bukan berjalan ka ?

Then last2 panggil Suen. Akhirnya kes mengayau pun selesai. Then Hardy pun teringat la dulu kami ada kasi main Amira juga pasal satu perkataan. "SKALUR". FYI benda ni ndada maksud pun. Tapi aku dengan Hardy sengaja cakap benda tu makanan. Sengaja la mainkan Amira. Lawak tingu muka dia yang blurr~ Haha.

Tapi kan lagu2 yang kena mainkan dalam radio tu semuanya yang menambahkan keFRUSTan ku ! Hesh ! Dalam library kami ada TV. Tapi kami biasa on radio dia ja. Habis masa.

Aku pergi hantar buku BM tempat cikgu Norsinah. Lepas tu aku pun mula lah melilau mencari kelibat cikgu Nurul. Eseh BM ayat aku ! Haha. Aku nda nampak dia. Then bila aku pusing belakang dia ada. Aduss. Then aku pura2 nangis bila nampak dia. Terus cikgu Hamizah cakap

Cikgu : Hahh napa pula ko nangis ni ?

Then cikgu Nurul pula cakap

Cikgu : Hahh kalau nangis nda payah masuk kelas

Aku : Nda cikgu. Bahagia ni.

Then aku cepat2 berambus. Heshh~ mampus aku. Suda lah dalam tu ramai cikgu. And aku sorang ja pelajar. So sebelum aku diketuk menjadi fishball macam yang my mom buat haritu lebih baik aku berhambuss~~~~

Kimia belajar mengira. Then adalah satu pengiraan ni cikgu Nurul tanya aku

Cikgu : Liyana dapat ? Ko nda dapat tu kan ?

Aku : Dapat cikgu

Cikgu : Menipu ! Menipu jatuh tangga guling2

Aku : ahh~ Nda dapat cikgu !

Chet kena ugut la pula. Buyuk cikgu ni ! Habis masa.

Sementara menunggu cikgu Jeron dan sementara menunggu bermulanya kelas tambahan kami pun chit chat la. Then kami kongsi makanan dengan durang2. Thank you Suenyira and Hazwani. Kamu lah yang terbaik.

Then masa dekat2 mo tutor tu durang Alai masuk kelas kami. Then aku cakap

Aku : Nahh~ Cikgu kesayangan kamu datang suda

Cikgu masa tu ada sudah tempat durang. Durang kan kena suruh duduk di kelas 6 rendah 1. Jadi ngam2 aku cakap "kesayangan" oma pula datang. Dan dia missunderstand dan mula tunjukkan kasih sayang nya pada saya. Sebenarnya aku cakap kesayangan tu pasal Jeron~

Then Yap lagi datang. Dia kasi hidu saya bau belacan. Kasi jeles la kunu. Sekali dia kasi hidu guna tangan KIRI ! Eshhhh~!!!! Mula2 aku nda perasan dan aku cakap lagi bau tu bau B*n*o*. Sekali aku perasan rupanya itu tangan kiri terus aku aduss~~~~ Yap pengotor nya awak ! Nasib la dia cakap dia nda berak. Harap la betul. Kalau nda habis aku terhidu tai si Yap. Heshhh~! Kena hidung aku lagi. Trauma okei !

Then kami serius la menjawab soalan Maths tu. Lepas tu siap. Dan cikgu Jeron izinkan kami pulang. Dengan penuh kebahagiaan kami, Aku dengan Amira pun pulang~ Sambil lambai2 lagi dekat budak2 form 5A. Haha wekkk !

Pulangss~~

p/s: Kemarin saya nda hadir. Kemarin cuma ada perjumpaan ibu bapa untuk budak2 PMR and SPM

No comments:

Post a Comment

Any comment?