Sepatah aku . . .

Wa lopaslopas SPM ni tadak buat apa. Tanam anggur ajee. dah berbuah dahh hahah. eksen lelebih puik. nothing la. helping ma mom di kodai. tu ja

Sunday, 31 August 2014

DULU dan SEKARANG

Assalamualaikum :D hai fellas ! aku kembali meringankan tangan ku menekan tiaptiap kekunci notebook Asus warna putih kepunyaan abang ke tiga ku. Aisehhh~ complete ja kan bicara gua ? huahuahua

Okei so seperti yang para readers TAK tahu, gua telah menghidap beberapa penyakit. Uisehh macam serius kan ? hahaha. Tiada la serius mana. Just kena penyakit mata and sakit tekak and batuk sikit and selesema sikit and demam sikit. Aisehh semua la sikit kann hahah

Mengada seja gua mau mengadu sama kamurang kan ? hahah. Padahal nasihat MA pun gua nda ikut bhuaa hahah. Buang masa pergi hospital huahua. That practical MA sibuk tanya apa penyakit gua. Gua pun cakap la penyakit gua seperti yang gua senaraikan di atas. Sekali dia bagi pelbagai hadiah. Baik sangat MA tu dengan aku. Sayang MA muahmuah hahaha

Cakap pasal MA rasanya hati ini mulai jatuh pada MA hahaha. Sebab paci MA yang gua jumpa the other day begitu concern pada ku. Aku yang nda kisah langsung dengan penyakit yang menimpa diri act cool ja. Dia pula busy tanya itu ini. Padahal gua datang pergi situ pun sebab di paksa and sebab mau make sure gua nda terkena penyakit demam denggi. Well maklum la. Musim denggi. Hatihati sikit la derr.

Actually gua mau jadi MA. Ya lahh. Dari kecil lagi ditanya apa citacita ku ? ku bilang menjadi orang kaya heii ! hahaha. Okei jauh. Gua cakap gua mau jadi doktor. Doktor yang just checkcheck orang. Rupanya ia di panggil as Medical Assitant. Bukan doktor. Biasalah. Gua masa kecilkecil dulu babu sapu lantai pun panggil doktor sebab dia kerja hospital huahuahua. Sembarang kan gua ? tapi rasanya citacita itu seperti harus ku lepaskan. Buat masa sekarang lah. Sebab ? ada dehh. So aku pun beranganangan mau kahwin sama MA seja kalau nda dapat jadi MA muahaha

So, sambung balik. Kena penyakit ni pun sebab Allah kata KUN FAYAKUN hahah. Sebab hamba Allah sorang ni agak jajal. So di beri peringatan lee haisehh hahaha. Okei. Aku melalut. So kita ke berita yang ingin benar ku bangkitkan kepada andaanda sekalian

Seperti yang kita semua sedia maklum “Dunia dah maju. Zaman dah berubah” *benarkah pepatah ku itu ?* teknologi yang kian canggih dari masa ke masa membuatkan manusia turut always up-to-date. Well nda mau ketinggalan zaman la katakan. Biasalah kan. Tinggal sikit sudah di ketawakan. Tinggal solat ambil mudah la pulak ! *selfreminder*

Pasti anakanak yang seumur ku masih mengingati betapa manisnya zaman kanakkanak dulu. Di mana kita masih belum mengenal apa itu handphone tablet and etc. Kita bermain seperti kanakkanak. Yaa. Nama pun kanakkanak. Bermain dengan gembira dan penuh keriuhan. Terlalu indah dan manisnya untuk ku ungkap kembali waktu itu

DULU.......

Masa mulamula dulu bergelar kanakkanak *dulu bayi which mean im still that cute little baby* permainan pertama yang aku di ajar ialah permainan yang melibatkan pergerakan tangan. macammacam waktu itu. salah satunya ialah "Assalamualaikum" hahah. unik waktu itu. setakat Assalamualaikum boleh dipelbagaikan dengan di sambungsambung ayat hujungnya. contoh yang lain seperti sepsepsep, cici amerika dan banyak lagi sehingga aku sendiri terlupa apa namanya. to be honest aku TAK tahu apasal nama dia pelik semacam -_-

Permainan getah. Bermacam nama di berikan. Zero point. U black. Main dalam kelas. Kalau sekolah pagi susah sikit. Sebab waktu yang padat. Sekolah agamalah tempat kami bermain. Waktu rehat dihabiskan untuk bermain pelbagai permainan. Kawankawan semua tidak melepaskan peluang memperlihatkan kehandalan masingmasing membuka kaki melangkah merentas getah. Seronok waktu itu. Siap betting lagi gang siapa yang hebat

Lubang tikus. Masih segar di ingatan ku pada permainan ini. Aku tersenyum tatkala mengimbas kembali perkara yang pernah berlaku sedang aku seronok bermain permainan ini. Waktu itu sekolah agama. Mungkin badan yang kecil sukar membuat lompatan. Sedang aku cuba melompat tangan kawankawan ku yang sedang bersusun menegak, aku tersadung. Mungkin kaki kerdil ini terkena pada tangan mereka. Nah ! akibatnya aku tertanduk meja guru dan akhirnya kepala ku lebam. Aku dibawa berjumpa dengan ustazah Lasiah. Beliaulah yang mengubat kepala ku. Lucu

Permainan seterusnya ialah jadijadi. Agak pelik bunyinya kan ? entah siapa pengasasnya. Ini memang kegemaran ku. Berkejaran sampai tercungapcungap agak indah untuk di kenang. Kalau ada alat doraemon, iaitu mesin perentas masa. Pasti aku bakal tertawa melihat wajah comel itu keletihan mengejar temantemannya. Pet maksudnya berehat. Belum asi bermaksud belum bersedia. sudah ku menginjak usia remaja, baru aku mulai mempersoal bahawa "pet" dan "asi" seperti tiada persamaan langsung dengan makna yang diberikan

and the last one yang popular is my de dis is polendang hahahah. sudah usia ku menginjak usia remaja baru aku mulai tertawa dengan tajuk permainan ini. sungguh tak bererti. kami semua akan berpusing sambil memegang baju di bawah tangan 2orang yang di cantum menjadi seperti atap. dan apabila lagu habis dinyanyikan, sesiapa yang masih berada di bawah tangan pasti akan tertangkap. kemudian orang yang di tangkap harus memilih sesuatu dan akan menjadi konco salah satu si penangkap tersebut. kemudian akhirnya mereka akan berebut menarik sesiapa yang mereka mahu. masih ku ingat. mereka pasti mahukan aku bersama mereka. pelik -_- *tak sangka I popular satu masa dulu ahakss*

ouhya ! sebelum aku terlupa. one more okei huahuahua. ada ni yang paling lawak punya permainan hahahha. gini lagu dia "kami miskin kami miskin. kami kaya kami kaya. minta la dulu anak mu satu" hahahahahhaha punya lah pecah ketawa bila ingat balik lirik ni. lawak okei lawak. apadehal kau sembarang buleh minta anak orang ? hahah. dan dalam permainan ini aku juga jadi mangsa rebutan hahah. tapi apa yang pasti ia memang menyeronokkan. tiada galang gantinya rasanya permainan-permainan ini. dan aku rasa sudah tiada kanakkanak yang main permainan seperti ini

okei. cukup rasanya ku bangkitkan hal permainan tradisional pada waktu ini. kalau ku teruskan jua mendengar kata hati yang ingin saja mendedahkan semua permainan yang ku lalui, pasti anda sekalian rasa loya and feel like "doesn't she got something to do ? damn !" huahuahua. pepandai jer kan gua ? so pasal makanan actually nda banyak sangat untuk ku ungkap. just ni la satusatunya yang gua rasa sayang seribu kali sayang bebeh !


Masih ingat aiskrim raja kacang ? yaa. Kegilaan ku satu masa dulu. Masih ku ingat. Semakin waktu beredar, aku tetap menggilakan aiskrim itu. sampai sanggup ku cari di kedai seberang hahah. semalam. mom membeli aiskrim ini. sungguh. sumpah. lain dari yang dulu. betul wa cakap lu wehhhh. even pembungkus aiskrim tu pun lain dari yang lain. kalau dulu kertas. sekarang plastik. kau tengok pun tiada selera. serius wa cakap lu. nda bohong punyaa *sungguh nda sedap losap jugak 3batang aiskrim ni masuk dalam  perut haku huahuahua* saiz pun nda sama. rasanya masa tu macam mau baling ja dekat muka si pembuat aiskrim tu *sehh bajet lelebih. tampar karang* kadangkadang rasa macam mau ja buat demonstrasi "KEMBALIKAN AISKRIM RAJA KACANG YANG DULU" huahuahua tambirang


SEKARANG............

sekarang ? humph ! wa cakap simple seja la with kamurang. budak sekarang, gua pula lagi yang TERpaksa mintak ajar macammana mau tekan tablet bagai. laptop ni, hamboiii. diorang lagi hebat woh dari kitaa. memang la kita mau rakyat kita maju ikut teknologi. cuma, please ! JANGAN JADI HAMBA TEKNOLOGI. gua tanya diaorang pandai main sepsepsep ? terus selamba dengan muka blur mintak penampar dorang jawab "NDA" and gua shock okeh. serious. sumpah. nda mainmain. memang kejut. permainan yang gua rasa peneman hidup tu lah dorang nda tau macammana mau main ? ! rasa mau cekik sampai mati hahah. nasib anak orang. lastlast gua ajar la sikit mana yang gua mampu sehh hahah. terus gian anakanak hahah. lawaklawak

okei so thats all la. pasal makanan gua dah TERkomplen di atas dalam tajuk DULU hahah. saja la gua meng-update belog gua yang comel ni. entahentah para readers pun sudah blacklist nda mo baca belog gua garagara tiada cerita huahuahua. well guys, belum ada isu hangat untuk ku bangkitkan. so, jumpa lagi di entry akan datang :) Assalamualaikum ! adios bebeh ~

1 comment:

  1. join contest ni tau! hadiah menarik. lagi satu awak dah kene tag :p

    http://theieraziera.blogspot.com/2014/09/giveaway-by-zyrazhr.html

    ReplyDelete

Any comment?